Rabu, 14 September 2011

Vanilla Sugar

Kebelakangan hari ni masak-masak dessert saya suka letak vanilla sugar. Ada kawan-kawan saya tanya apa tu vanilla sugar? ada jual kat kedai ke? macam mana rupanya?rupanya macam gula jugak la cuma ada bau vanilla sebab saya letak vanilla bean dalam bekas gula dan biarkan selama 2,3 minggu baru guna gula tu.


Mula-mula masa saya tau pasal vanilla sugar ni daripada Alton Brown dalam show Good Eats, Food Network. Masa tu teringin sangat nak guna vanilla bean dalam masakan, tak nak guna esen vanilla. Saya cek harga dalam internet beli online vanilla bean ni...mak oiii mahainya sampaikan sebatang USD10. Kat supermarket dan kedai bagus pun tak jumpa vanilla bean

Pada suatu hari hehehehe, saya nak beli barang kat kedai bagus tapi ternampak kedai kek lain belakang kedai bagus ni. Saya nak pi survey ada bahan apa kat kedai ni. Tup-tup kat kaunter bayaran ada bungkusan macam ni, belek-belek rupanya VANILLA BEAN!!!!!!!!! Ohhoooo ada jodoh rupanya kita vanilla bean hehehehe.....harga dia jauh lebih murah masa saya cek kat tenet tempoh hari tau, bagusla kedai ni....next time kena shopping sini jela.

Mula-mula saya fikir nak masak macam-macam dengan vanilla bean ni tapi pikir-pikir balik buat pertama kalinya saya nak buat vanilla sugarla dulu. Next time baru masak-masak lak. 
Saya sediakan jar yang kedap udara macam dalam gambar kat atas ni dan masukkan gula.

Vanilla yang bau harum ni datangnya dari bean dalam batangnya. Nak ambik bean ni kena belah dari hujung hingga ke bawah tapi janganla sampai terputus.

Tarraaa....inila bean nya.....

Masukkannya ke dalam gula selama 2-3 minggu. Selepas tu bila buka penutup jar ni, wanginya bau vanilla dari gula ni. Gula yang berbau vanilla ni bolehla digunakan dalam masakan terutamanya bila buat dessert

Ingredients

  • 1 vanilla bean, whole or scraped
  • 2 cups granulated sugar
  • 1 airtight jar

Directions

If vanilla bean is whole, slice down side of bean with back of knife and scrape seeds into airtight container with the sugar. Bury bean in sugar and seal tightly with lid. Let sit for 1 to 2 weeks. Use as regular, granulated sugar.

2 ulasan:

Maryam berkata...

boleh saya tahu berapa harga vanilla tu?

Hafirdaus berkata...

Harga kat kedai yang saya kata murah tu sebatang SERINGGIT, murah sangat2. Baru-baru ni saya jalan2 kat kedai kek area alor star dan sungai petani harga sebatang vanila RM10.50 sebatang. Saya tak faham macam mana boleh jauh sangat beza harganya. Nak kata kualiti mungkinla or negara mana yang import vanilla tu. Kalau jumpa sebatang 2,3 ringgit tu borong sedozen pun tak rugi hehehe