Selasa, 6 September 2011

Look Out Point

Sehari sebelum balik kampung masa bulan posa aritu sempatla saya n da geng berbuka posa sama-sama. Walaupun masa tu dok cover je muka sebab chic pox naik menjadi-jadi kat kulit muka, dah serupa katak puru jadinya.

Kami berlima buffet kat Look Out Point kat Ampang dan beli buffet ni masa dia buat offer kat Groupon. Nak berbuka time weekends dah penuh orang booking, so kami decide booking hari jumaat je sebab mr.soulmate pun balik hari jumaat. Harga dia boleh tahan la tak mahal sangat sepadan dengan makanan yang disediakan. Bagi saya makanan dia tak sedap sangat, pizza je boleh tahan sikit tapi tu semua boleh dimaafkan lagi bila kita makan sambil menjamu mata tengok view sekitar Lembah Klang. Romantik jugak kalau candle light dinner dengan mr.soulmate je kat sini.

Tengokla makanan dia biasa-biasa je minum air siram

Ini view masa matahari tak terbenam lagi, leh nampak seluruh KL

Ini view dari meja kami makan, cantik jugak.

Tiada ulasan: