Klik sini

Rabu, 6 Februari 2013

Brownies Red Velvet

Best Blogger Tips
 Mr.soulmate request brownies marble cheese untuk makan-makan kat opis dia pastu saya cadangkan apa kata buat eksperimen daripada chocolate brownies kepada red velvet brownies pula sebab kebetulan saya buat tempahan kek red velvet juga. Mr.soulmate pun happy je nak rasa percubaan baru ni, so saya pun start la membaking kek ni.
Tak sempat nak merasa kek ni huhu sedih. Kena tunggu kelas start kalau nak buat kek ni sekali lagi sebab ada kawan-kawan boleh habiskan kek.  

Resepi seperti di bawah

  RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan utk brownies:
2 1/2 cawan (250gm) tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan (113gm) minyak canola
1 1/4 cawan gula castor
2 biji telur A
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu besar pewarna merah
1 cawan susu fresh
2 sudu besar perahan lemon/limau nipis

Cara:
Panaskan oven dgn suhu 180C.
Alas loyang 10" x 10" dgn baking paper dan lebihkan bahagian tepi utk memudahkan proses mengeluarkan brownies.
~ ~ ~

Masukkan perahan lemon/limau nipis ke dalam susu fresh dan kacau sedikit.
Biarkan selama 5 - 10 min. (kaedah ni menghasilkan buttermilk)
Masukkan pewarna merah ke dalam bancuhan susu dan kacau.
Simpan kejap dalam peti sejuk
~ ~ ~
Ayak tepung gandum bersama baking powder dan serbuk koko dan garam. Ketepikan.
Dengan menggunakan handwisk, kacau gula bersama minyak canola sehingga gula sedikit larut.
Masukkan telur dan kacau lagi hingga sebati.
Masukkan pula esen vanila dan bancuhan susu/buttermilk tadi. Kacau sebati.
Masukkan tepung yg diayak tadi dan kacau.
Dalam bekas lain campurkan cuka bersama soda bikarbonat dan cepat-cepat tuang dalam adunan kek(jgn overmix)
Tuangkan ke dalam loyang dan ratakan. (tinggalkan lebih kurang 2 - 3 sudu besar dan masukkan ke dalam piping bag/bag plastik bersih, utk mencorak bahagian atas topping/cheese)
Bakar selama 20 min menggunakan api atas bawah (atau sehingga bahagian atas masak sedikit)
Keluarkan dr oven dan tuang bancuhan lapisan cheese ke atasnya. Ratakan.
Gunting bucu piping bag/bag plastik dan paipkan secara melintang sehingga habis ke atas adunan cheese td.
Lorekkan secara ulang alik menggunakan lidi bersih.
Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar lagi lebih kurang 15 - 20 min.
Keluarkan dr oven dan biarkan sejuk. sebelum dipotong.

Bahan utk lapisan cheese:
250g cream cheese
3/4 cwn gula castor
1 biji telur gred A
5 sudu besar susu fresh

Cara:
Pukul cream cheese hingga gebu dan masukkan gula.
Pukul lagi hingga sebati.
Masukkan pula telur dan susu fresh.
Pukul hingga kembang dan ketepikan.

Memandangkan saya lupa sungguh nak simpan sikit adunan kek untuk buat corak atas kek ni, saya taburkan kek yang dihancurkan atas cheese. 

Selamat mencuba.

3 ulasan:

zafirah berkata...

Klau kukus mcm mna plk ya ?

zafirah berkata...

Klau kukus mcm mna plk ya ? Oven rosak..

Noor Hafirdaus berkata...

kalau kukus biasanya kena tukar letak double action baking powder. Biasanya kena ambil masa sehingga sejam lebih juga tapi kena cucukla kat tengah2 kot2 masih mentah sebab bergantung juga api kuat mana atas dapur tu. Tapi yang pasti kalau kukus, kek akan jadi lebih moist dari masak dlm oven ni. Oh ya...make sure jgn bagi titisan air kukus menitik atas kek ya. Kalau boleh balut dengan tower penutup periuk kukus tu. Banyak pula celoteh hehehe...happy baking!!