Khamis, 24 Februari 2011

Marble Cheese Brownies





First time makan ni masa kak an (ppdnkk) bawa ke ofis masa pot luck. Lepas rasa terus minta resepi dari kak an pastu beli bahan2 terus buat kat rumah. Hasilnya memuaskan walaupun pertama kali mencuba. Masa saya buat warming house baru2 ni, saya buatkan marble cheese brownie ni kepada tetamu. Apa lagi memasing dah minta resepi ler nak salin. Thanks kak an introduced this recipe  to me.




Mula-mula saya bakar dulu brownies ni, kemudian baru saya letakkan lapisan cheese dia atasnya. Jangan lupa untuk simpan sedikit adunan brownies untuk dilorekkan atas cheese nanti.
Brownies dah naik cantek sangat tu

Tangan tak berseni la katakan....nak buat garis lurus pun terketar-ketar


Ini hidangan masa housewarming haritu....depan ni chocolate croissant, kiri tu apricot pudding dan atas tu barula marble cheese brownies. Kawan-kawan saya paling suka topping cheese tu sampaikan ada yang makan topping tinggalkan brownies saja. Agaknya perempuan memang suka makan cheese selain chocolate




Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Tiada ulasan: