Ahad, 22 September 2013

Barefoot Travel Korea Day 5, part 2 @ EVERLAND

* Sedikit info mengenai Everland...layan....Info saya ambil di sini telah dicopy pastekan

Everland is one of the biggest theme park in South Korea. It is located in Gyeonggi-do province, outside Seoul city. This theme park is also completed with Safari which is loved by kids and makes it very suitable for family holiday. The Safari was featured in Korean’s variety show:Running Man, episode 141, while other parts of Everland were also featured in past episodes as well.
everland-map
Directions: To reach to Everland from Seoul, you can take scheduled shuttle bus to go to Everland. This shuttle bus costs around 15,000 KRW . You can take this bus in front of the Seoul City Hall every 9.30 AM, and it will return to Seoul from Everland at every 6 PM. However, it is better for you to stay at Everland until 9 PM because they will host the fireworks show at that time.
Another alternative to reach Everland is by public bus.
1. Go to Gangnam station, Line 2, Exit 6 or 7. Walk pass Dunkin Donuts, then cross the road. The bus stop is in the middle of the road. Take bus 5002 to Everland.
2. Go to Jamsil station, Line 2, Exit 6. Take bus 5800.
Shuttle bus option take 50 minutes to reach Everland, while public bus will take around 2 hours to arrive due to many stops.
The theme park:
Entry saya di sini, saya ambik bas ke Everland dari Gangnam (sebab nak tengok sendiri kota metropolitan yang difamouskan oleh Psy)

Memandangkan kami dari Jeju naik teksi naik flight naik subway naik bas, memang hari ni hari memenatkan sungguh. Tadi atas flight dari Jeju ke Seoul pun saya lena dengan nyenyaknya, kalau snoring lantakla sebab penat sangat.  

Dari Seoul pula terus ke Gangnam dan seterusnya naik bas ke Yongin. Sebab tu pilihan terbaik adalah rehat dulu kat hotel sebelum memulakan perjalanan meredah seluruh Everland ni. Sudah makan dan solat kami pun gerakla dari Bluehill hotel ke Everland. Kami naik bas percuma untuk masuk dalam kawasan Everland, memang dah tersedia khas untuk pengunjung Everland.
Syukur alhamdulillah sampai juga ke Everland walaupun cuaca tak memuaskan. Hujan renyai2 dari pagi sampai ke malam. Disebabkan suhu yang semakin rendah hidung saya berdarah lagi. Hidung saya memang sensitif dengan suhu yang panas dan sejuk. 

Disebabkan suhu yang rendah, apa lagi bila bercakap asap berkepul2 keluar dari mulut. 1st time experience la setiap kali cakap asap pun keluar terasa macam time winter plak cewahh...

Seperti biasala kan bila dah masuk tempat ni mesti nak cari kaunter information nak tengok map, show etc. 
Staf yang jelitawan kat sini bagi segala info sekali dengan rain coat dan poskad percuma.

Bukan sekadar poskad percuma malah kita boleh pos poskad ni ke Malaysia tanpa sebarang bayaran pun. Apa lagi kan saya tulis poskad untuk mr.soulmate dan mr.soulmate plak tulis poskad untuk saya. Of coz la apa yang kami tulis dirahsiakan selagi poskad ni tak terbang ke Malaysia dan sampai ke tangan masing2 hehehe



Sekarang ni kat Everland ada tulip festival yeayy...
Walaupun hujan renyai2 tak mematahkan semangat nak explore seluruh kawasan Everland. Kisah apa, pakai rain coat jela. 



Tulip ni dari jauh nampak macam artificial tapi bila pegang sendiri kelopak2 bunga dia memang tulip betul pun, rasa macam nak cabut je sekuntun dua tangkai hehehe 

Seluruh kawasan Everland ni ditanam pokok tulip dan serius memang lawa gila. Jakun lagi.


Sebenarnya sebelum datang ke Korea lagi saya dah tergedik2 nak naik T-express iaitu roller coaster diperbuat daripada kayu kat belakang nun tapi apakan daya disebabkan cuaca yang tak mengizinkan, semua x-trem game tutup. 

My Love Patzzi-poster.jpg
Sekali lagi saya rasa macam familiar sungguh tempat ni kenapa ya. Saya google time ni gak dan terjumpa yakni Everland ni adalah lokasi pengambaraan cerita "My Love Pazzi". Cerita ni memang cerita favorite saya dolu2 kala tahun 2002. Cerita mengenai kehidupan pekerja2 taman tema di sini dan pengurus besar yang hensem jatuh cinta dengan heroin yang ala2 tomboy tapi cumil tu.

Tak sangka okeh saya dapat jejakkan kaki ke tempat yang memang saya impi2kan nak datang bila berkali2 tengok cerita ni dulu.




Masa nak beramah mesra dengan haiwan2 di sini pula di Zootopia. Kat sini ramai nampak muka2 pelancong dari south east asia atau lebih senang pelancong dari Malaysia. Kiranya sempat lagi la dok bertegur sapa dengan pelancong datangnya dari Johor ke sini dan beberapa orang lagila. Saya ni pemalu tak ramah sangat tapi mr.soulmate yang peramah la buat kawan dengan pelancong di sini manakala saya buat ramah dengan binatang2 di sini pula hehehe.

Oh ya bila masuk Everland ni tetiba personaliti berubah kepada kanak2 riang ria. Bukan saya sorang je tapi mr.soulmate pun berubah jadi kanak2 juga. 

Kat bawah ni gambar2 binatang yang sempat saya buat kawan sebab binatang2 ni semua bila orang datang macam2 nak buat show nak tarik perhatian tapi bila orang blah ke lain, dia pun diam tak aktif dah hehehee....layan....











Sekarang nak masuk satu lagi zoo tapi kena naik kenderaan pula



Sepanjang perjalanan ni dia cakap bahasa Korea je tapi dia keja dok sebut perkataan running man berkali-kali. Sikit2 running man sikit2 running man. Rupanya bila saya balik Malaysia baru saya tau yang running man datang sini tak sampai seminggu kami datang sini dalam episod 141 iaitu episod Jessica Girl Generation jadi tetamu. Ala episod yang Jong Kok naik bas ni dok pujuk singa2 naik atas batu tu. Bas yang kami naik ni boleh terapung atas air juga bertukar jadi bot pula.



Saya dan mr.soulmate naik benda alah ni dan akibatnya basah juga baju dan seluar walaupun ada plastik untuk cover baju. kami lebih xcited dan bising dari budak2 laki korea yang naik benda ni sekali. Diorang asyik gelakkan kami dua ja sepanjang naik ni hehehe.






Dok tunggula la kan kot2 ada firework or perarakan malangnya ada announcement kata show dibatalkan sebab hujan tak berhenti. Kami pun tak mampu dah dok menapak, satu badan dah sakit2 ditambah dengan cuaca kian sejuk ni. Kami pun ambik bas balik ke hotel balik, nasib baik kat lobby hotel disediakan kopi panas free.



Kat sebelah hotel ada kedai ni, saya pun masukla sebab ingatkan kedai arab ke leh dinner sekali tapi rupanya 'Mubarak' ni adalah bar. Singgah jap kedai runcit nak beli instant rice tapi habis pula nasi. So dinner makan megi jela.



Eh sekejap pula rasanya day 5 ni. Kena rehat secukupnya la sebab esok kena kuatkan kaki nak menjelajah sekitar bandar Seoul, soul of Asia. 
Hotel untuk esok pun tak booking lagi ni, boleh macam tu?
Good Night
continue....

Tiada ulasan: