Ahad, 8 September 2013

Barefoot Travel Korea Day 4, part 5 @ Dragon Head Rock / Yongduam Rock



Inilah Dragon Head Rock destinasi wajib kunjung tatkala anda jejak kaki di Jeju kerana kedudukannya sangatla dekat dengan Jeju airport. Dari sini dah nampak kapal terbang dok landing. Jaraknya cuma 10minit dari Jeju city iaitu di mana saya menginap malam ni.

Meh nak cerita sikit pasal asal usul sejarah tempat ni. Batu kepala naga ni sebenarnya terhasil daripada angin dan ombak yang sangat kuat over thousands or years. Walaubagaimanapun seperti di mysterious road sebelum ni, tempat ni terselit cerita mitos juga iaitu ada sekor naga berketurunan Korea telah mencuri batu permata dari dewa Gunung Hallasan. Dewa tu terus panah naga ni dari arah Gunung Hallasan dan naga ni jatuh tergolek di Yongduam dan terus disumpah menjadi batu. Badan naga ni jatuh ke laut manakala kepalanya frozen memandang langit.

Another legend kata itu bukan naga tapi kuda putih yang bermimpi nak jadi dragon tapi ditangkap oleh askar dan frozen into the rock.

Begitula cerita lagenda ni selalunya diceritakan dari mulut ke mulut dan kadang kalanya cerita ni ditambah sedapkan sedikit perisa dan perasa kepada pendengar seterusnya agar cerita menjadi lebih menarik.


Tak kisahla apa pun cerita disebalik tempat ni tapi yang penting angin yang dingin dan air yang sangat jernih dan sejuk buat perasaan saya tenggelam seketika di sini.


Kami membawa haluan masing-masing di sini. Mr.soulmate meredah batu-batu di bawah manakala saya ambil gambar sorang-sorang berlatar belakangkan laut dan kepala naga kat belakang tu.

Kalau nak ambil gambar berdua kena la set masa kat kamera ja hehehe berlatar belakangkan ajuma2 dan ajushi2 menjual hasil tangkapan laut tapi terlindung pula kepala naga tu.

Kalau bernasib baik akan jumpa wanita selam iaitu Haeneo mengutip hasil laut kat kawasan ni. 

Yang bestnya tempat ni tak dikenakan bayaran and it is open to the public 24 hours.


Sebenarnya pengunjung pun bebas nak kutip siput2 di celah2 batu. Yang dok turun kutip siput tu adalah pelancong dari China. Depa mai dengan berapa biji bas tah ramai sungguhla.

Kemudian kami singgah kat tourist information center kat sini dan borak2 dengan cik adik manis staf situ. Sebenarnya nak tanya diorang arah nak ke museum lak sebab nampak gaya petang ni adalah terakhir kami nak jejalan kat Jeju sebab esok pagi2 nak kena naik flight balik ke Gimpo/Seoul. Memandangkan tak sempat nak cover semua tempat cara yang paling senang dan mudah nak cover Jeju dari segi budaya dan tempat2nya adalah ke museum Jeju. So, diorang dengan baik hati call teksi untuk bawa kami ke destinasi seterusnya. Teksi tak dikenakan caj tambahan pun walaupun dipanggil datang ke sini, bagus kan. Sebenarnya saya jatuh cinta dengan sikap diorang yang ikhlas menolong stranger macam kami ni. Mungkin orang kata memang itu dah keja diorang tapi macam mana lak dengan ajuma dan ajushi yang tumpangkan van diorang drop kami ke trick art museum dan pak polisi sanggup meredah lebih 30km hantar kami balik ke hotel dan pakcik teksi kat mysterious road call kawan dia driver teksi lain untuk hantar kami datang ke sini. Semua pertolongan tu adalah free of caj ya. 
Oh terharu sungguh....

continue....

Tiada ulasan: