Isnin, 23 September 2013

Barefoot Travel Korea Day 6, part 1 @ MYEONG-DONG



Semalam seharian hujan je tapi pagi ni cerah sungguh. Matahari nampaknya galak memancar sinarnya. Hati saya makin panas bila nampak dari tingkap bilik hotel, t-ekspress iaitu roller coaster kayu sedang rancak memulakan operasinya, takkan nak masuk sekali lagi everland kot dahla mahal juga bayaran nak masuk tu.


Pagi ni breakfast megi saja sebab tak jumpa kot restoran halal. Nak cari orang jual buah pun tak nampak. Lepas check-out dari bluehill hotel kami keluar menapak dapatkan bas balik ke Gangnam. Sebelum check-out tadi sempat juga booked penginapan untuk malam ni kat Myeong-dong. 


Yeayy...dah sampai kat Gangnam sekali lagi. Semalam kat Gangnam pun hujan tapi hari ni cerah dan nyaman je udara.

Sebenarnya ramai orang jalan kaki kat sini dan memasing kalut je jalan menuju destinasi masing2. Kami pun kalut jugak, kalut ambik gambar. Dok sibuk kami ambil gambar, yela kan sekejap mr.soulmate ambikkan gambar saya dan sekejap lagi saya pula ambil gambar mr.soulmate macam pass baton je ada sorang ajushi ni dok perhatikan kami dan dia datang dekat dan cakap nak ambilkan gambar kami berdua. Hehehe seronok sungguh bila ada orang volunteer nak ambilkan gambar kami berdua. Masa kat everland semalam susah gak nak cari orang ambilkan gambar sebab diorang tak paham english dan nak mengelak dari cakap english dengan pelancong.


Turun je dari bas everland kami pun melangkah kaki terus ke subway. Kali ni takla canggak or jakun sangat sebab dah terror dah nak lalu jalan mana. Nak masuk exit mana pun dah tau cewahh yela semalam kan dah sampai sini.




Dalam subway nak ke Myeng-dong pun sempat lagi nak bergambar. "mr.soulmate...tolong jangan buat muka cacat. I malu orang dok tengok kat kita ni"
Memang kat mana saja berada kami tetap jadi perhatian orang. Pertama sebab saya pakai tudung, kedua sebab muka kami ni tak tau nak dikenalpasti datang dari negara mana dan yang ketiga bawa bag besar2 dabak. Ada sekali diorang tanya kami datang dari Pakistan ke, hehehe kalau kata mai dari bangladesh okla kot ada iras ini pakistan macam jauh benor aih.


Keluar je dari subway kami pun ikut map yang diberikan melalui agoda arah ke hotel seterusnya. Hotel ni jalan dua tiga tapak je dari exit subway, senang sangat nak bergerak kalau menginap di sini.


Last2 kena tanya juga orang kan sebab rasa macam tak nampak lagi bayangan penginapan kat sini. Maka kami pun tanya la kat dua orang kat depan tu. Rupa2nya penginapan kami cuma kat sebelah diorang je tapi kena naik lif sebab penginapan tu kat tingkat atas. Betul la kata pepatah malu bertanya sesat jalan, tak malu tanya jalan dok depan mata je.


Inila penginapan kami malam ni iaitu Nana Residence. Memang best tempat ni sebab ada garden kat roof top. Nanti2 la ye saya buat entry pasal hotel2 kat Korea ni, nak habiskan cerita dulula.

Bestnya kat sini semua orang boleh kalau sekadar nak cakap basic english atau kata sebenar kita masih boleh nak komunikasi tak macam kat Jeju serupa ayam dan itk.

Memandangkan kami sampai awal pagi la juga dan belum tiba lagi masa nak check-in, kami tinggalkan bag dulu dan staf hotel yang baik hati ni bagi segala map dan informasi kat kami. 

Kat sini kalau nak cari kedai pak arab memang takdak la. Memandangkan kami dah sampai seoul dan tak sabar nak makan makanan korea, saya pun cadang nak makan kat restoren area sini yang dijamin halal oleh pelajar2 muslim di Korea kerana restoren tersebut menyediakan makanan vegetarian atau seafood saja..."no kogi".

Sementara dok mencari2 restoren tersebut, kami pun sambil cuci mata jalan-jalan area yang sesak dengan manusia ni. Happening sungguhla kawasan ni. Jangan taktau je sepanjang kedai kalau jalan kat sini diorang akan cakap "Apa Khabar" or "Selamat Datang" sebab kawasan ni kerap sangat pengunjung dari Malaysia datang. Haritu saya dah tertipu bila ada sorang peniaga ni cakap kat saya "apa khabar" pastu terus saya tanya dia dengan muka xcited habisla "ha...u can speak malay?" pastu dia geleng kepala. Satu ayat tu je diorang tau rupanya hampa betoi.







Ok dah jumpa restoren yang dimaksudkan, perut dah berkeroncong dah
continue....

Tiada ulasan: