Isnin, 9 September 2013

Barefoot Travel Korea Day 4, part 6 @ JEJU FOLKLORE & NATURAL HISTORY MUSEUM

Dari Dragon Head Rock aka Yongduam Rock dengan menaiki teksi kami gerak ke Jeju Folklore & Natural History Museum. Nampak gayanya inilah last destination kami di Jeju memandangkan kami akan menaiki pesawat pulang ke Seoul esok pagi. Sebenarnya kalau nak explore seluruh Jeju dok seminggu pun tak habis dan memandangkan kami bergantung pada public transport agak susah nak bergerak bebas. Disebabkan banyak lagi tempat kami tak sempat nak explore maka kami memilih datang ke museum ni bagi mengenali dengan lebih mendalam lagi budaya dan sejarah Jeju ni sendiri. Bagi saya rugila kalau kita ke sesuatu tempat tanpa mengenali budaya tempat tu yang nyatanya berbeza dari budaya kita. 

Bayaran masuk ke museum ni adalah 1,100 won sorang.
Jeju Folklore & Natural History Museum  adalah exhibition folklore dan barang2 semulajadi tinggalan sejarah di Jeju yang dikorek or dijumpai di Jeju sendiri dan dipamerkan sejak tahun 1984 lagi.

Museum ini terbahagi kepada 4 dewan pameran iaitu Dewan Asli Sejarah, Pameran Folklore Hall 1, Pameran Folklore Hall 2 dan Pameran Luaran.

Sebenarnya buat peminat drama korea "Lie To Me", sinilah tempat Ah Jung sibukkan diri dari Ki Joon usahakan museum ni menjadi popular di kalangan pelancong. Ah Jung memilih Jeju katanya kat Ki Joon "Ini adalah pameran dari pulau Jeju, pameran yang menunjukkan tentang kekayaan Jeju. Seperti 
  
menampilkan banyak artifak dan kebudayaan yang 

digali dari dalam tanah beberapa tahun silam. Semua 

ini terbuat dari tanah.. Meskipun kebanyakan dari 

peninggalan ini tidak lagi utuh. Tapi, untuk 

mengembalikan dan melestarikan budaya, dan agar 

tidak lagi terlupakan, untuk itulah kami mengambil 

tema ini."

Tudia.....cita ni best sebab lagu dia sangat comel.

 Di Natural History Exhibition Hall memaparkan barang-barang semula jadi sejarah seperti hidupan laut, tanah dan batu-batu, dan fauna dan flora Jeju secara tiga dimensi yang unik. Ia dibahagikan ke dalam Dewan Ekologi Marine Life, Dewan Pameran Tanah dan Batu, dan Dewan Ekosistem Tanah. Apasal saya suka tanah dan batu sebab suka dengan geologi la hehehe....

Dalam Folklore Exhibition Hall I,  kita akan melihat perubahan dalam gaya hidup di Pulau Jeju-do serta orang-orang Jeju apabila sebanyak 2,381 barangan dipamerkan. Pelawat juga boleh paham gaya hidup purba di Pulau Jeju oleh seni bina rumah2 tradisional Jeju, upacara2 keagamaan dan perkahwinan dan makanan setempat.

Di The Folklore Exhibition Hall Ⅱ pula ada pameran peralatan menyelam yang digunakan oleh Haenye (penyelam wanita) dan peralatan pertanian yang digunakan oleh petani di Jeju-do. Di samping itu, 100 barangan lain termasuk alat tradisional untuk kehidupan harian, bahan upacara, dan struktur batu yang pelbagai yang dibuat oleh batu gunung berapi Jeju-do juga dipamerkan di dalam dan di luar pameran ini. Entry di sini saya ada ceritakan pasal asal usul Haenye. 

Ini pula rumah traditional diorang. Tengok miniature cukupla sebab saya tak sempat singgah masuk ke Seongeup Folk Village walaupun dah sampai pun kat pintu masuk dia. Kat situ juga kami jumpa ajuma dan ajushi yang baik hati tumpangkan van diorang ke trick art museum entry di sini.



Rumah2 kampung ni akan ada tempayan macam ni kat setiap rumah. Diorang akan buat kimchi, kicap, jeruk, sos cili dan lain-lain lagi la simpan dalam tempayan ni sampai berbulan-bulan lamanya sampai bertahun pun boleh la. Selalunya untuk kegunaan sendiri. 


Sini pula ialah Maritime Exhibition Hall, takdak sesapa kat dalam ni pun. Mehla terjah masuk best jugakla sebab tulang ikan paus pun ada.


Setelah puas ronda2 dan dapat ilmu serba sikit tentang kebudayaan orang Korea, kami pun melangkah keluar.

Tapi jangan lupa tinggalkan jejak orang Kedah sampai ke Jeju hari ni dalam buku pelawat.


Di mana saja ada pokok oren hallabong ni yang cuma ditanam di Jeju saja. 

Jalan-jalan di luar dewan pula.

Ini pula adalah basalt. Lubang2 kecil tu terhasil daripada cooling lava flow. Seronok plak saya dapat belek2 basalt ni sendiri, yela benda alah ni bukannya ada kat Malaysia pun. Jakun jugakla tengok benda ni.
Pastu terjumpa batu pelik lak


Oh my god......what it that?apasal bentuknya semacam je hahahaha

Jangan berfikiran kuning sangat, itu adalah salah satu patung dewa Jeju kat sini.



Sepanjang jalan ni berbau harum dan segar ja sebab sepanjang jalan ada pokok oren hallabong. Keluar dari museum ni kami jalan kaki ja ke jalan depan tu sebab nak cari teksi nak balik hotel dah. Matahari pun hampir nak melabuhkan tirainya dah.

Ada sekumpulan orang korea ni asyik perhatikan kelaku kami dan tetiba diorang gelakkan kami. Tau tak kenapa?sebab setiap kali kami nak melintas jalan kepala asyik tengok ke kanan ja sedangkan kenderaan datang dari kiri. Alahai pening kepala hotak den bila dok negara memandu belah kiri ni. 


Jalan kat tepi2 jalan ni tetiba datang teksi berhenti sendiri kat kami, tak tahan pun dia berhenti. Ingat nak jalan-jalan ambik angin sekitar sini. Dia nak hantarkan kami ke destinasi tapi malangnya dia taktau Hospital area Samdao tu. Tunjuk map pun dia macam pening. Dia suruh kami tunggu jap dia nak call kawan dia tanya hospital Samdao tu tang mana. Sementara dia cakap dengan kawan dia, ada plak teksi lain berhenti nak ambik kami juga. Teksi tu dok tunggu kami andai teksi yg 1st tu xtau nak hantar kami. Bila teksi 1st dah tau kat mana hospital tu baru saya cakap kat teksi kedua kami akan naik teksi yg 1st ni sebab dia dah tau nak hantar ke mana. Kami minta dia hantar ke hospital samdao tu bukan apa takut kalau bagitau Hotel EJ sesat macam teksi sebelum ni lak. So ingat senang la kot bagitau hospital Samdao sebab hospital ni bertentangan dengan hotel EJ.
Kami pun dengan selamat sampainya ke hotel. Tak jauh mana pun dalam 5-7minit je sampaila ke hotel tu. Esok nak kena bangun awal lak sebab flight ke Seoul pagi2 lagi tapi ramalan cuaca kata esok sepanjang hari hujan. Hurm...esok saya nak naik roller coaster kayu kat Everland plak ni, gimmana ya?

continue.....

Tiada ulasan: