Selamat menyambut Hari Raya Korban kepada seluruh umat Islam seluruh dunia. Sempena hari yang sangat meriah ni saya telah sediakan sebiji kek yang sangat special. Kek ni adalah kombinasi daripada 2 biji kek iaitu red velvet dan key lime.
Pagi raya dah tentu berkumpul adik beradik di rumah kakak ke-5. Bukan main excited la budak 2 orang tu nak merasa kek dari maksu. Kemain lagi puji maksu melambung-lambung pagi ni, nak makan kek special punya pasal kan.
Diorang kata sayang nak makan tapi saya yang sangat excited nak makan sebab nak rasa key lime kek ni.
Banyak juga saya terjah di alam maya ni untuk dapatkan resepi kek key lime dan saya dah jumpa resepi yang sesuai. Kek ni pelik sikit sebab dalam adunan batter ni kena masukkan gelatin. Disebabkan kepelikan inilah membuatkan saya tak sabar-sabarla nak merasa kek key lime ni.
Hasilnya pun memuaskan hati juga. Memang next time kek key lime ni akan jadi favorite saya lepas ni. Resepinya saya dapatkan di sini tapi saya olah sikit-sikit mana-mana part yang sesuai dengan tekak saya dan family. Rujuk resepi di bawah ni....
Key Lime Cake
http://www.allrecipes.comIngredients
Here's the recipe:
1 (18.25 ounce) package lemon cake mix - saya guna 2cup tepung gandum
1 1/3 cups vegetable oil - saya guna 1cup minyak canola
4 eggs
1 (3 ounce) package lime flavored gelatin mix - saya guna sepeket gelatin halalgel
3/4 cup orange juice - saya bancuh air oren sunkist 1cup
1/2 cup butter - tak pakai pun sebab xnak buat icing
1 (8 ounce) package cream cheese - tak pakai juga sebab xnak buat icing
3 tablespoons fresh lime juice - 1/2 cup jus limau nipis
4 cups confectioners' sugar - saya guna 1/2 cup vanilla sugar
saya tambah setitik perasa lemon dan pewarna hijau
saya tambah 1/2 cup gula icing
Directions
Combine cake mix, gelatin mix, oil, eggs and orange juice. Pour into three 8-inch cake pans. Bake according to instructions on box. Allow to cool, then frost.
To make the frosting: In a large bowl, beat the butter and cream cheese until light and fluffy. Add lime juice and confectioners sugar. Mix well.
Cara saya ialah mix tepung+gelatin+oil+egg+oren jus+pewarna/perisa+gula sampai sebati dan bakar dengan suhu 180C selama 25-30minit atau when toothpick comes out clean. Biarkan kek selama 10minit kemudian saya mix gula icing dengan jus limau nipis. Kek yang disejukkan sebentar, saya cucuk2 dengan lidi dan curahkan bancuhan jus limau nipis di permukaan kek sehingga jus limau tadi serap masuk dalam kek. Sebelum saya potong kek, saya simpan dulu kek dalam peti ais supaya tekstur dia lebih stabil/tak mudah hancur dan memudahkan saya nak memotong kek nanti.
Selepas saya siapkan kek key lime, saya terus buat kek red velvet pula. Kek red velvet saya gebu dan sangatla susah nak potong sebab kek mudah hancur.
Saya potong kek kepada 2lapisan dengan menggunakan benang. Guna benang memang sangat senang daripada guna pisau rupanya hehehe...
Punyala gabra sebab takut tak jadi guna benang tapi senang rupanya. Bebanyak thanks la kat 'jom masak' sebab berkongsi ilmu potong kek dalam facebook.
Saya buat kek malam dan pagi keesokkan pula baru nak mendeko kek ni. Dasyat kan kek ni memerlukan masa sampai 2hari nak siapkan. Semalam ngantok sangat malas nak siapkan.
Tadi excited pertama nak buat kek key lime yang mix dengan gelatin, kali ni excited nak buat frosting whipping cream pula. Ni 1st time ni nak guna frosting whipping cream sebab sebelum ni saya guna frosting butter+gula icing je. Sekali lagi saya ikut nasihat dari 'jom masak' supaya beli whipping cream jenama golden peak ni sebab dia lebih tahan lama dan senang jadi.
Ohhooo gumbiranya hati sebab whipping cream ni bukan saja sedap tapi senang je nak buatnya. Caranya ialah sekotak whipping cream ni saya pukul dalam bekas tin yang sejukkan kat bahagian frozen selama sejam. Pukul dengan kelajuan sederhana saja sebab ada yang suruh pukul maximum tapi ada gak cakap kalau pukul maximum nanti whipping cream berair dan tak jadi peak macam ni. Saya rujuk dalam video di bawah ni.
Ha senang kan bila tengok video ni hehehe
Maklumla tangan tak berseni ni kan, habis patah kek ni tapi dengan bantuan mr.golden peak berjaya juga jadikan ia sebagai glue untuk melekat lapisan demi lapisan kek.
Kek ni kemudian setelah dibungkus dengan frosting masukkan dalam peti sejuk lebih kurang setengah jam. Ini tujuan memudahkan bila tuang chocolate ganache atas kek nanti.
Bila kek dalam peti sejuk, saya pun siapkan coklat ganache. Lebihan frosting tadi saya campurkan dengan sedikit butter dan serbuk koko dan saya panaskan dalam microwave selama 2minit supaya frosting ni kembali cair.
Kemudian saya tuang seluruh permukaan kek ni dengan coklat ganache.
Bila potong kek nampakla corak checkerboard kat dalamnya, walaupun senget benget dan tak berseni saya tetap bangga dengan hasil percubaan pertama saya. Hasrat nak buat checkerboard ni dah setahun lebih dah dan kini barula hasrat tercapai.
Selamat mencuba dan menjamu selera : )