Klik sini

Ahad, 27 Oktober 2013

Kuih Cekmek Molek @ Beautiful Lady

Best Blogger Tips
Seindah namanya rasanya pun sangat sedap yang paling penting kuih yang paling senang nak buat.

Meh nak tunjuk step by step nya hehehe...selamat belajar....


Mula-mula ubi keledek mestila direbus atau dikukus suka hatila asalkan empuk. Kemudian lecekla or lenyekla or mashed la sweet potato ni. Oh ya jangan lupa perasakan sedikit garam dalam mashed potato ni ya dan juga tepung gandum. 


Bila siap di mashed kan potato ni, ambil seketul macam dalam gambar di atas dan bulatkan macam tu.


Kemudian buat lubang macam tu, sebabnya nak letak gula. 


Kandungan gula adalah bergantung kepada tahap kemanisan individu. Ada orang suka manis letakla banyak sikit gula. Ada orang yang nak jaga badan dan jaga duit sebab subsidi gula ditarik, letakla sikit ja. So terpulangla ye sebab nak makannya kita je lainla kalau nak buat niaga.


Shape la ubi tu macam dalam gambar di atas. Senang je kan. Kalau nak buat macam bola pingpong pun ok jugak. 




Kemudian goreng la beautiful lady ni dengan menggunakan kekdah deep fried.




Ok siap dimakan.

Resepinya seperti di bawah.

  • 500 gm keledek kukus dilecek
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar air
  • sedikit garam
  • sedikit air
  • inti: gula halus
caranya:
  • Campurkan keledek yang telah dilecek dengan semua bahan bahan di atas. Uli hingga sebati tidak melekat ditangan.
  • Bulatkan dan lenyek sedikit untuk diintikan dengan gula halus.
  • Tutup inti dan bentukkan membujur.Kemaskan.
  • Ulang sehingga habis.
  • Goreng dengan minyak yang banyak. Dan hidangkan.
Selamat Mencuba.....

2 ulasan:

zila berkata...

tengok cekmek molek hang ni..teringat cekmek molek pakcik ponpon kt uitm arau ritu...hahha. kami try wat..tapi gula dia terkuar :(

Noor Hafirdaus berkata...

kena buat tebal sikit xmau bagi gula dia kuar