Klik sini

Sabtu, 9 Februari 2013

Spaghetti Pesto with Turkey

Best Blogger Tips *Sekarang ni saya dalam perjalanan dari International Airport Penang ke International Airport Polonia, Medan. Doakan perjalanan kami di Medan semuanya selamat, amin. Nantikan pula entry pengembaraan kami di bumi Sumatra. 
Entry ni masak minggu lepas tapi set schedule untuk post hari ni. Selamat mencuba......
 

Kembali dengan spaghetti pesto hehehe saya memang suka sangat dengan pesto. Apa tu pesto?pesto ni mix daun basil+mint+cheese+garlic+pine nut.
Rasa pesto ni memang kena dengan tekak saya kot. Lagi satu sebab saya memang big fan of basil dan mint. Kalau makan ayam tandori kat kedai mamak mesti minta tambah kuah mint sebab sedap.

 Inilah bahan-bahan masakannya. Pesto kali ni saya beli yang siap dalam botol punya sebab susah nak cari daun basil kat sini. Proteinnya saya guna daging turkey yang saya beli kat kedai bakery. Lain-lain bawang dan mushroom.
 
 Sementara saya rebus spaghetti, saya masak dulu turkey ni. Dengan guna butter saya tumiskan bawang dan kemudian masukkan mushroom dan turkey. 

 Spaghetti yang dah siap rebus tu saya gaulkan dengan pesto. Kalau nak extra cheese boleh parutkan parmesan cheese atas spaghetti yang panas-panas, mesti lebih sedap.
 
Ha dah siap, mudah kan. Kalau nak resepi pesto boleh klik di sini dan di sini

Selamat mencuba.

3 ulasan:

khairul afidah berkata...

chef ...basil tu ape ye?

Noor Hafirdaus berkata...

daun basil ni macam daun herb juga. Susah nak cari kat kedah ni, kalau ada pun kat tesco

Tanpa Nama berkata...

Merci pour tout!! Ton site est super et surtout tous tes bons conseils!


Also visit my homepage :: Chloe