Khamis, 21 Februari 2013

Oh Medan, Indonesia....DAY 1


Cuti semester bermula lagi dan tiba la saat nak menggembirakan hati dengan melancong pula. Kali ni takla jauh sangat cuma 40minit je perjalanan melalui laluan udara. Sepanjang cuti ni saya dan mr.soulmate bz je memanjang asyik ulang alik kedah-kl-kedah sampai rasa baju-baju kena hantar dobi sebab tak sempat nak membasuh dan menjemur baju. 

Macam biasa saya dapat tiket murah ke Medan, Indonesia untuk dua orang pergi balik semua harga RM200. Kiranya harga sorang untuk sehala RM50 kira murah jugakla sebab dah termasuk tax, luggage bagai. So kali ni punya persiapan pun tak beriya sangat macam ke Perth bulan Ogos lepas. Tak study apa pun even hotel pun tak cari. Saya cuma minta nombor telefon supir dari teman saya yang pernah ke Medan mudah-mudahan supir tu boleh menyenangkan keadaan. 

Lagi membuatkan saya tak dak semangat sangat nak ke Medan bila saya terBELI tiket ke Seoul untuk musim bunga bulan april ni. Semangat nak ke Seoul lagi berkobar-kobar sebab saya dapat tiket murah juga untuk 2 orang pergi balik lebih murah dari harga ke Perth haritu. Walaupun esok nak berangat ke Medan tapi saya masih sibuk baca-baca review hostel dan guest house kat Korea. Even supir pun saya tak call lagi.

Oh ya ni kali kedua saya datang ke Indonesia. First time datang saya ke Surabaya tapi sebab dok rumah orang dan orang Indon juga yang bawa berjalan semua takla rasa susah dan mencabar macam kali ni. 


Berbalik pada hari pertama di Medan, saya menaiki flight dari Bayan Lepas, Penang. Memandangkan flight pukul 7.25pagi. Saya dan mr.soulmate bangun pukul 2pagi ok dan baru nak terhegeh siapkan bag dan terus bertolak dari Kedah dan sampai ke Penang International Airport lebih kurang pukul 4.30pagi. Masing-masing masih mamai lagi kot sebab rasa macam tak cukup tido je. Sampai kat airport baru la nak check-in guna mesin air asia tu dan ber'sahur' kat KFC. Alhamdulillah tak delay pun so sampaila kami kat bumi Medan pada pukul 7.25 pagi. Jangan kata saya mamai guna pintu suka hati doraemon pula ok sebab waktu bertolak pukul 7.25 pagi dan waktu tiba pun 7.25 pagi. Sebabnya Indonesia kan lewat sejam dari jam Malaysia sebab tu masa perjalanan ni macam masa tak bergerak je kan. Kang balik nanti rugila untuk 2 jam.

Masa nak mendarat tu saya takut gila kot sebab flight landing betul-betul atas bumbung rumah orang rasa macam dah nak berlanggar rumah orang kot. Bayangkan kedudukan airport ni di tengah-tengah kota Medan dan lapangannya pula di kawasan perumahan, menakutkan okeh. Rupanya memang dah pernah terjadi kes flight langgar rumah-rumah area tu. Kalau nak tau berita flight terhempas di Medan silala klik dan baca Penerbangan 091 Mandala Airlines
  hehehe kalau saya baca berita ni awal mesti saya cancel percutian ni biarla burn tiket ni sekali pun tapi malangnya saya dapat tau masa saya dah berada di Medan.



Alhamdulillah selamat mendarat walaupun cuak jugak la sebab flight nak touch down tu dekat sangat sangat dengan bumbung rumah-rumah kat sini

Lepas beratur cop passport apa yang patut saya pun telefon supir iaitu supir saiful. Tunggu punya tunggu Saiful tak datang lagi, peminta sedekah ramai dok berkumpul kat kami siap cakap "Bagi 5 ringgit pun jadila". Hemoi hemoila ingat aku cap duit ka apa, dulu masa saya keja jual tiket malam-malam tu nak dapat 5 ringgit kena keja selama 2jam ok. Adoila baru tak sampai sejam kat bumi Medan ni dah rimas dah orang mai dok minta duit je. Saya pandang mr.soulmate dan cakap "jom kita beli tiket balik Malaysia balik, tak tahan dah walaupun tak sampai sejam kat sini".

 Sabar bebanyak dan berdoa agar supir saiful cepat sampai dan tetiba mr.soulmate pusing belakang dan nampak orang pegang kertas tulis nama saya. Lega hati tapi malangnya supir tu bukan saiful. Saiful bawa rombongan orang lain, yang datangnya ialah bapak rahmat. Geram sangat sebab saiful tak cakap pula ada orang lain yang gantikan dia tapi disebabkan sangat annoying dok lama-lama kat airport tu, malas nak cakap banyak kami pun ikut jela bapak rahmat. Time tu doa dan tawakal jela sebab saya dah rasa macam tak sedap hati.

 Dari Airport Medan kami dibawa oleh bapak Rahmat ke Berastagi selama 3jam iaitu dengan halaju sepanjang perjalanan 40km/j. Nak muntah punya tak tahan slow gila bapak rahmat drive. Jalanraya takla teruk sangat ala-ala jalan macam nak pergi Wang Kelian or Gunung Jerai je. Sepanjang jalan tak dak wow faktor lagi dan saya dapati sepanjang jalan ni banyak gereja, masjid tak banyak pun jumpa. Kedai babi panggang bersepah-sepah sepanjang jalan, sampai jumpa pakcik yang bawa babi kat sebelah dia.

Bapak Rahmat berenti sebab kami belum breakfast lagi dan kebetulan saya memang beli 3biji burger mc D kat Penang Airport. Kami berenti makan kat warung Penatapan, banyak monyet muka garang-garang dok lepak kat sini. Takut pula saya sebab kang dia mai rampas burger kat tangan ni. Saya pun bagi burger mc D kat bapak rahmat untuk makan sekali dengan kami. Bapak Rahmat cakap kat kami "Apa ni, halalkah?" mashaallah takkan kami nak makan makanan haram pula, tak nampak aku yang bertudung litup ni kah? kemudian bila cakap halal semua dia cuma makan bahagian roti saja, telur dan chicken ham tu dilemparkan bagi monyet makan. Saya pandang mr.soulmate, alahai sayangnya dahla burger ni kalau ambik ala carte mahal. Risau tak halal la kot, biarla malas nak layan dah.
 
 Dalam perjalanan nak ke Berastagi, bapak rahmat singgah ke taman strawberry. Saya masih takdak perasaan tapi disebabkan kesian kat bapak rahmat yang beriya-iya, saya seolah-olah macam berlakon jadi excited, memang fake gila kot. Demi nak menjaga hati supir kami, saya and mr.soulmate turun la kutip buah strawberry dalam kehujanan. Hujan renyai-renyai je pun bukan lebat mana. Nasib baik strawberry kat sini besar-besar dan manis ala-ala rupa strawberry yang saya beli kat Denmark, Australia nak kata cameron highlands memang jauh sekalila. Harga strawberry yang saya kutip ialah 30ribu iaitu sebnayak 200g. Harga agak mahal kan, baik beli strawberry korea kat jusco lagi murah.
 
 Bapak Rahmat teruskan perjalanan dan singgah ke kuil Budha di Berastagi. Hairan saya takkan nak bawa kami masuk kot, rasanya wat siam kat bulatan Teluk Wanjah, Alor Setar lagi besar 3kali ganda tapi tak terasa nak masuk melawat pun. Disebabkan bapak rahmat dah beriya-iya ceritakan sejarah kuil ni dia cakap cantik gila kat bahagian dalam, kami pun sekali lagi fake macam teruja juga. Apa yang saya tak berapa suka pasai kuil ni ialah banyak gila speaker kat kawasan ni dan kedengan mentera budha segenap alam kat sini. Sampaikan saya agak terkejut bila mentera diulang-ulang sampai ada beberapa pelawat yang saya rasa bukan agama Budha pun terikut-ikut menyanyi dengan mentera yang berkumandang ni. Disebabkan saya dah tak sedap hati tambah-tambah masuk kuil pula dengan alunan mentera macam ni, tetiba hujan turun lebat, dalam hati saya syukur sangat bolehla kuar dari sini dan sambung perjalanan ke lain pula.
 
Inilah pokok passionfruit yang saya suka sangat dengan buahnya. Suka buat passionfruit yogurt cheesecake. Buah yang masak banyak berguguran kat tanah. Ada sign juga kat sini 'dilarang memetik buah markisa'. Nak cari pokok ni nak tanam kat rooftop rumah baru nanti mesti best sebab teduh je. 

 Akhirnya sampai juga Berastagi yang famous dengan pasar buahnya. Kata orang tempat sini sejuk tapi sejujurnya saya rasa panas sangat. Bila saya cek suhu kat sini rupanya 30C. Mak ai....heran saya kenapa semua pakai baju sejuk tebal-tebal, saya pun samala pakai jaket padahal panas gila. Tak paham apa yang sejuk tempat ni yang diperkatakan sangat. Kalau kata 30C tu sejuk ok takdak apa nak cakap dah.
 
 Kemudian kami dibawa lunch kat kedai makan yang katanya sangat famous dengan pelancong asing. Rasa masakan macam biasa saja masih belum WOW tapi WOWnya bila nak bayar sebab harga makanan kami dua ialah 104ribu bersamaan dengan RM35. Lauk yang ambik cuma ayam bakar, ayam masak hijau dan sayur brokoli goreng. Sebelah malamnya pula kami decide nak makan jagung saja sebab kata bapak rahmat jagung kat sini sangat enak. Kami memilih makan jagung rebus saja sebab rasa lebih bersih sebab jagung bakar, terdedah kat luar lama dan grill dia macam tak berapa nak bersih sangat. Harga jagung rebus ni 2 batang 8 ribu bersamaan RM1.40 sebatang, mahal kan jagung kat pasar malam pun baru seringgit sebatang. 

 Disebabkan kami masih tak book mana-mana hotel lagi malam ni, bapak rahmat bawa kami ke satu hotel ni namanya CT Inn. Yang peliknya sebelum nak sampai hotel ni ada lagi hotel-hotel lagi tapi dia tak berenti pun even nak tanya ada kosong ke tak. Bila sampai hotel ni pula dia suruh kami tunggu dulu and dia sorang masuk dulu kat receptionist. Kemudian dia datang balik dan cakap semua bilik dah penuh dan nasib kami cuma ada 1 bilik je kosong sebab Imlek (Chiness New Year). Kami dah rasa pelik sebab nampak hotel ni sunyi sepi dan cuma kami dua je pelanggan kat sini. Hotel ni semalam 375 ribu bersamaan RM125, mahal dan memang melebihi budget tapi kami pun malas nak cakap banyak, bayar jela.
Disebabkan rasa curiga saya kat bapak rahmat ni menbuatkan saya bertanyakan sekali lagi harga dekat mamat lain yang bukan berurusan dengan bapak rahmat ni dan mamat tu kata bilik kat sini semalam 200 ribu. Terus mamat yang awal-awal tadi datang mencelah dan perbetulkan cakap kawan dia ni. Wah nampak benor mohongnya takpa la awak buat kat saya esok-esok orang lain buat kat awak pula. 

Memang tepat jangkaan saya, bilik hotel ni cuma saya je customernya. Mana ada customer lain dah bilik lain semua kosong. Geram kan tapi disebabkan kami datang ni taknak stress stress kami cuma sedaya upaya untuk enjoy je. Memang kalau fikir pasal penipuan ni walaupun sekupang pun tapi kalau kena tipu memang geram sangat. Kadang-kadang kita tak kisah nak berbelanja lebih asalkan dapat hiburkan diri sendiri tapi kalau ada orang menipu terus rasa down sangat. Sebenarnya di awal perjanjian saya dengan supir saiful ni saya bayar RM550 untuk 3hari supir termasuk semua sekali parking, entry fee dan petrol tapi setiap kali nak masuk mana-mana minta duit lain dan asal berenti kereta mesti kena bayar parking dan minta lagi duit. Rimasla nak kuarla duit 2,3 kali nak bayar, apasal tak cakap caj lebih je kan senang takyah nak bayar semua dah. Disebabkan supir yang bawa ni orang tengah jadi susah betulla nak komplain apa ke, terpaksa ikut jela. Buatnya nak cakap banyak dengan depa ni kang tak balik Malaysia pula kami. Memandangkan kami ni berjaga dari pukul 2pagi lagi memang penat gila dan otak minta di hibernate je.

Malam tu sebelum berpisah dengan bapak rahmat, dia minta duit penuh sebanyak RM550 kat kami, cuak dah saya ye tak kalau dia tinggalkan kami terus kat sini macam mana?lepas tu mr.soulmate nampak muka saya yang risau ni, dia cakap "kita bayar jela, semua ni base on trust jela, doala agar takdak benda buruk berlaku". Apa pun semuanya saya percayakan mr.soulmate. Tunggu dan lihat sajala apa yang bakal berlaku esok.
Kenapa tak ada orang jujurkah di Medan ni?terdesak sangatkah nak mencari rezeki sampai kena menipu?  Inila percutian yang paling mencabar sekali sebab sepanjang masa kena hati-hati, tak selamat langsung.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ehhh kata suhu 30C, panas giler, abis yg ko berjaket bagai???

sian, cuti x best.... kdg2 kita dapat org yg tak jujur sbb kita seniri tak jujur dgn apa yg kita buat. kenapa nak fake2 ? dpt la habuan fake2 semua.. hahaha sian...

Tanpa Nama berkata...

Truly when someone doesn't be aware of afterward its up to other users that they will assist, so here it takes place.

Here is my web blog :: Cooking Simple Vegetables

Hafirdaus berkata...

pakai jaket sebab tshirt lengan pendek dan bertolak dari awal pagi. Yes agree with u pasal fake tu. Sometime demi menjaga hati orang lain dan taknak keruhkan keadaan terpaksa fake walaupun menangis dalam hati. Yes pity me....

Unknown berkata...

kesian... rasa takut plak macam tu kan ... mesti rasa takut nak tido kat situ kan

Unknown berkata...

kesian kan perjalanan yang menakutkan bila terjadi perkara2 tidak diingini berlaku..

Sue Sharudin berkata...

Memang...orang Medan gini la perangai diorg. sy dah gi Januari baru ni..tapi nasib baik kami ber 21 org maka tak berani la supir2 nk menipu. Kalu kita pi setakat 2-3 org ni senang2 die nk kenakan kita. Org indon terdesak duit...takde yg menarik pn di Medan sbnrnye...pertama dan terakhir lah.