Isnin, 8 Oktober 2012

Plum Cake "Tatin"

 Hari ahad ialah hari yang ditunggu-tunggu setiap minggu sebab ada pasar malam hehehe boleh beli makanan sedap-sedap dengan harga jauh murah berbanding pasar malam kat Klang Valley. 
Kelas hari ahad habis pukul 4pm dan selalunya selepas kelas terus gegas ke pasar malam. Masa tu tak ramai orang lagi jadi takla sesat nak berjalan dan walaupun masa tu kebanyakan gerai baru nak setup, senangla nak pilih yang terbaik dari yang terbaik. Contohnya kalau beli buah-buahan ni bolehla pilih yang paling elok sekali sebab datang awal.
Cerita pasal beli buah-buahan ni, saya memang suka borong buah kalau datang pasar malam sebab harganya jauh lebih murah kalau dibandingkan di pasaraya berdekatan. Mungkin sekarang ni musim buah plum kot, sebakul buah plum harganya RM5. Penjual buah tu buat lawak kata lori buah plum terbalik sebelum nak hantar ke Tesco, so sebab tu dia boleh jual murah kat sini. Yela tu...
Kebetulan pula kan sebab tengahari tu saya tengok Food Network Barefoot Contessa, Ina Garten buat Kek Plum terbalik. Tak cakap banyak dah lepas borong buah plum ni, terus saya baking cake ni sebab senang je nak buatnya tak berkecah dapur pun.

 Sebelum siapkan bahan-bahan kek ni, saya asingkan buah yang masak ranum dan masak sedang-sedang. Saya pilih plum yang masak ranum saja untuk buat kek ni, yang lain simpan dalam perut hehehe simpan dalam peti ais nanti2 leh makan.

 Buah plum yang masak ranum ni memang manis dan saya kurangkan gula dari resepi Ina Garten. Kalau yang keras rasanya masam masam manis, macam tajuk cita P Ramlee plak.

 Sebenarnya kek ni ala-ala macam saya buat sebelum ni iaitu kek pineapple upside down, klik sini kalau nak tengok. Kek upside down ni kena letak buah dulu kat bawah dan baru letak adunan kek atas buah ni. Bila dah masak baru terbalikkan kek ni dan nampakla buah kat atas kek.

 Saya derhaka sikit resepi asalnya. Resepi asalnya buah ni terus susun dulu dalam loyang dan tuang bancuhan gula+air atas buah. Cara saya pula ubah sikit buat macam kek upside down iaitu sebelum letak buah, saya dasarkan loyang ni dengan brown sugar+melt butter. Kemudian baru saya curahkan adunan kek atas buah plum ni.

 Bahan dan cara nak buatnya saya copy terus dari Food Network dan yang penting kena kurangkan kuantiti gula sebab omputih ni memang kuat makan gula. Kita orang asia makan kek rasa macam gula buah saja cukupla. Dahla subsidi gula ditarik 20sen.

Ingredients

  • 6 tablespoons (3/4 stick) unsalted butter, at room temperature, plus extra for greasing the dish
  • 10 to 12 purple "prune" plums, cut in half and pitted
  • 1 3/4 cups granulated sugar, divided (saya guna brown sugar 1/4 cup utk dasarnya dan 1/4 cup utk adunan, semuanya saya guna 1/2cup  gula)
  • 2 extra-large eggs, at room temperature
  • 1/3 cup sour cream (saya gantikan dengan susu low fat)
  • 1/2 teaspoon grated lemon zest
  • 1/2 teaspoon pure vanilla extract (saya gantikan dengan 1tsp esen vanila sebab vanila extract ni ada alkohol)
  • 1 cup plus 2 tablespoons all-purpose flour
  • 1/2 teaspoon baking powder
  • 1/4 teaspoon kosher salt
  • Confectioners' sugar - untuk hiasan atas kek saja, tak letak lagi bagus lagi sihat

Directions

Preheat the oven to 350 degrees F. Generously butter a 9-inch glass pie dish and arrange the plums in the dish, cut side down.
Combine 1 cup of the granulated sugar and 1/3 cup water in a small saucepan and cook over high heat until it turns a warm amber color, about 360 degrees F on a candy thermometer. Swirl the pan but don't stir. Pour evenly over the plums.
Meanwhile, cream the 6 tablespoons of butter and the remaining 3/4 cup of granulated sugar in the bowl of an electric mixer fitted with the paddle attachment, until light and fluffy. Lower the speed and beat in the eggs one at a time. Add the sour cream, zest, and vanilla and mix until combined. Sift together the flour, baking powder, and salt and, with the mixer on low speed, add it to the butter mixture. Mix only until combined.
Pour the cake batter evenly over the plums and bake for 30 to 40 minutes, until a cake tester comes out clean. Cool for 15 minutes, then invert the cake onto a flat plate. If a plum sticks, ease it out and replace it in the design on top of the cake. Serve warm or at room temperature, dusted with confectioners' sugar.
 
 Beginila rupanya kalau membakar kek selama 40minit. Jangan risau kalau nampak macam hangit sebab dia tak hangit pun sebenarnya. Kek buah ni memang kena masak lama sebab kek buah ni mengandungi kandungan air yang sangat banyak dan air buah akan keluar lebih banyak masa proses pembakaran. Suhu yang sesuai ialah sekitar 170-180C bergantung pada oven masing-masing sebab oven kita tak sama panasnya sebab bergantung kepada suhu sekitarnya dan jenama oven tu sendiri. Akibat kalau kek buah tak masak betul-betul or takut kalau rupa luarnya macam nak hangit, nanti nak terbalikkan kek ni, buah atas kek akan jatuh ranapkan kek dan tekstur kek dah tak stabil. Saya sendiri pun masih belajar nak buat kek buah ni masak dengan sempurna.

Kan dah cakap buah akan keluarkan air yang banyak, sebab tu kena make sure cukup masak. Apa-apa pun lapisan atas ni super sedap, buah dengan karamelnya yang dok meleleh yum....
  Lepas kek dah masak, jangan cepat-cepat nak tengok rupanya nak terbalikkan ia. Tunggu dulu ya agak-agak dalam setengah jam dulu sebab kalau masa panas-panas kita terbalikkan kek, buah atas kek ni jadi tak stabil dan ranapkan kek sebab perasan tak kat dasar kek ni kan kita letak butter. Butter akan keras sikit bila kek dah sejuk sikit jadi butter ni bolehla stabilkan buah atas kek ni. Paham tak?takpa kalau tak paham try n error dan pasti berjaya hehehee....

Kalaupun padangan mata nampak kek ni buruk tapi percayala kek ni tersangatla sedap. Buah plum atas kek ni rasa macam buah prune pula. 
Enjoy...happy baking

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hey, I can't view your site properly within Opera, I actually hope you look into fixing this.