Isnin, 15 Oktober 2012

Cranberry and Cream Cheese Bun



Kembali meroti hehehe hari ni kawan-kawan sekelas saya minta saya adakan kelas membuat roti di rumah. Memandangkan dah berbulan lamanya saya tak buat roti, teringin pula makan roti hasil air tangan sendiri. Kali ni saya akan ajar kawan-kawan saya buat roti berintikan cream cheese dan buah cranberry kering. Roti ni inspirasi dari roti di kedai Loaf di Empire Shopping Gallery, Subang.
Meh usha apa bahan-bahannya....cekedauttt

Mula-mula kena sediakan yis dulu. Saya gunakan sepeket yis 11g jenama mauripan dicampurkan kedalam susu segar kotak kecil dutch lady. Kemudian saya tambahkan secubit gula ke dalam tu supaya gula tu dijadikan makanan yang sedap untuk yis membiak. Agak-agak macam buih di tepi-tepi bekas, saya masukkan sebiji telur yang telah di kocak. Selepas 10minit macam tu, yis dah jadi berbuih-buih macam dalam gambar kat atas. Peringatan ya jangan biarkan yis ni terlalu lama sebab bila yis dah kembang, bila kita campurkan dalam doh, yis tak nak kembang dah. Seeloknya biar yis kembang separuh dalam susu dan seterusnya dia kembang lagi dalam doh roti.

Dalam big bowl pula, saya campurkan 500g tepung high protein+ 5 sudu gula+ 1tsp salt+3 sudu krimer perisa vanilla latte yang baru saya beli kat jaya grocery Subang (kalau tak ada krimer boleh guna susu tepung biasa saja). Buatkan lubang ditengah-tengah dan curahkan yis di bahagian tengah tu.

Ulila doh ni sampai jadi flexible macam gambar kat atas ni dan masukkan 80g butter. Jangan risau kalau tak ada penimbang sebab kat pembungkus butter dah ditandakan setiap 50g, jadi agak-agakla potong butter kepada 80g. Butter ni saya potong kecil-kecil dan biarkan di suhu bilik dimana senang kalau nak menguli nanti.

Uli dan uli sampaila tekstur dia jadi licin macam ni. Kemudian tutup doh dengan tuala lembab dan biarkan selama 45minit atau bila nak cek dah cukup kembang, tekan dengan jari kalau doh tak naik maksudnya dah cukup kembang. Kalau bila tekan dengan jari dan doh naik balik, kena biarkan lagi sampai betul-betul kembang. Doh saya ni dah betul-betul kembang sebab masa saya tekan dengan jari, dia tak terlantun balik pun. Anggaran masa yang sesuainya ialah 45minit la.


Beginila rupanya bila dia dah kembang sepenuhnya.

Oh ya lupa pula, masa nak tunggu doh kita kembang, saya sediakan bahan untuk buat filling cream cheese ni. Bahan-bahan untuk filing ni ialah....
 250g cream cheese+4tbsp vanilla sugar dipukul sehingga sebati atau formed. Kemudian pukul sebiji telur dan masukkan sikit-sikit dalam 1/3 at a time and mix well before adding the next portion
 Dalam bowl yang lain, masukkan 4tbsp tepung kek or tepung gandum bersama 100ml susu low fat yang suam, mix well dengan adunan cheese tadi
 Adunan cheese tapi masukkan dalam microwave selama 2minit dan kemudian whisk dan masukkan lagi sekali dalam microwave selama 2minit. Kemudian whisk sekali lagi sehingga dia jadi smooth paste dan masukkan 2tsp lemon juice dan 2tsp butter, whisk lagi sehingga sebati dan chill dalam refrigerator. Bentukan bulat-bulat kecil supaya senang nak masukkan dalam doh roti nanti.

 
Bila doh dah kembang, mulakan dengan letak cheese dan sedikit cranberry dan bentukkan bulat.

Kali ni saya guna bekas muffin pula. Jangan lupa griskan dulu bekas muffin ya supaya bun tak melekat bila dah masak nanti.


Bila doh disi dalam bekas muffin, biarkan dulu dia kembang sekali lagi sebelum masuk dalam oven. Bakar 12 minit dengan suhu 160C mengikut kepanasan oven masing-masing ya sebab kepanasan oven dan suhu rumah kita tak sama ya.

 Inila hasilnya bila dah masak. Bila makan panas-panas lagi best sebab cheese dalam bun masih mencair, bila dah sejuk cheese dah mengeras sikit. Kalau bun dah sejuk panaskan dalam microwave supaya boleh menikmati bun dengan cheese yang cair dalam tu.
Ok sila ambik pen dan kertas, salinla resepi di bawah ni.

Bahan:
500g high protein flour - beli tepung yang siap pek untuk 500g
5 sudu sugar
3 sudu milk powder or krimer

1 sachet yis @ 11gm yis
1 kotak kecil susu dutch lady
1 big pinch of sugar
1 egg- whisk dulu

80gm butter
1/2 tsp salt
Caranya:
  1. Mix yis+susu+sugar. Lepas tu saya campurkan sebiji telur dalam campuran yis tadi. Telur hendaklah pukul dulu sebelum dimasukkan dalam adunan yis tadi. Biarkan sehingga berbuih.
  2. Sementara tu, dalam bowl yang lain mix flour+sugar+krimer/susu tepung+secubit garam
  3. Masukkan sikit demi sikit adunan yis dalam tepung, uli sampai flexible selama 15 minit (kata chef wan, biar kurang uli daripada terlebih uli dough sebab kalau terlebih uli nanti roti jadi keras)
  4. Uli dough sampai jadi sebiji bola dan restkan ia selama 45minit atau ia naik 2kali ganda
  5. Punch down dough yang naik tadi selama 1minit, bentukkan bulat dan masukkan filling dan biar sampai sejam lagi
  6. Kemudian bakar 160C for 12minit for bun dan 150C for 20minit for loaves
Selamat mencuba dan menjamu selera....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Thanks a ton for stating your opinions. Being a writer, I am always in need of unique and different solutions to think about a topic. I actually uncover fantastic creativity in doing this. Many thanks