Klik sini

Rabu, 26 September 2012

Day 6 Perth, just you and me....

Best Blogger Tips
~Seminggu ni hujan turun setiap hari, kalau tak hujan pun cuaca cloudy je serupa macam kat Albany hehehe. Lega rasanya dapat siapkan cerita road trip di Perth ni. Nak siapkan satu entry pun susahnya la gambar terlalu banyak sampai 3ribu lebih. Tak sabar nak menyusulkan entry masak-masak lak~

Hari ni keluar awal yakni pukul 6.30am, takla awal sangat sebab matahari dah memancarkan sinarnya segenap alam. Pagi ni agak sesak sikit trafik kat jalan sebab hari ni hari isnin, semua orang sibuk nak pergi tempat kerja.

 Kena gerak awal hari ni sebab kena hantar kereta sebelum pukul 8am kalau tak akan caj $11 untuk sejam selepas tu. Sebelum hantar kereta kena pastikan untuk selesaikan segala urusan yang perlu menggunakan kereta, takkan nak ambil teksi kan. Teksi kat sini memang lebih mahal sangat dan lebih mahal dari sewa kereta sehari untuk jarak tak sampai 10minit sekali pun.
 
Pukul 7am, kami sampai di International Airport, jauh juga dari tempat penginapan. Kalau menginap kat Perth cbd takla jauh sangat.
Urusan pertama hari ni ialah perlu simpan bag yang dabak ni kat International Airport. Kalau nak simpan bag kat locker ni make sure ada uwang secukupnya sebab mesin ni tak ada duit kecil, terpaksa guna credit card la kalau tak ada duit cukup-cukup.
Loker ni ada saiz besar dan keci dan saya ambil loker besar punya sebab taktau saiz loker ni besar mana. Rupanya memang besar gila, terasa rugi tak ambil yang kecil ja. Kat luar nampak kecil je tapi bila bukak memang besar. Kalau boleh ambil gambar tiket ni sebab nanti nak ambil bag balik kena buka dengan no pin yang ada kat resit ni. Alhamdulillah saya ambil gambar dulu sebab resit ni tercicir taktau kat mana sebab seharian adventure naik bus la naik train la, jelajah seluruh Perth cbd. Masa nak ambil bag ni, saya tengok no pin macam dalam gambar kat atas tapi sengaja ar lindung

Mungkin tak perasan loker ni agak terlindung sikit. Saya pun taktau sebenarnya ada loker ke tidak. Semalam saya dok google cari fasiliti airport ni dan terjumpa loker. Pagi ni sampai kat airport baru nak tanya pegawai kat airport ni kat mana kedudukan loker ni. Loker ni sebenarnya berada bertentangan pintu masuk airport dan di bawah nama syarikat-syarikat penerbangan yang mendarat di sini.
Kalau nak senang parking kat short term punya sebab loker ni berhampiran parking short term.
Masa nak keluar dari parking airport ni free of caj rupanya sebab masuk sekejap saja, tak macam kat sini ya dikira bayar sekali masuk walaupun tak parking sekali pun. Pukul 7am saya dah beredar dari kawasan ni.

 Sekali lagi kami bergegas ke destinasi kedua iaitu nak beli segala roti dan pie halal di Danish Patisserie. Saya beli hot coffee, pie, roti dan party plate. Kali ni memang tak buang masa dah, tahyah pikir nak beli apa sebab dah tau nak beli, lagi satu sebab nak kejar masa sama.


Oh ya makanan kat atas ni tak ada dalam senarai nak beli pun tapi teruja nak beli juga sebab nak rasa macam mana nanti leh cari resepi kita masak-masak kat rumah pula. Ini adalah party plate dan setiap seketul ni ada isi tau, semua sedap gila. Sesapa datang ke Danish Patisserie wajib beli ni, serius rekemen ni

Sangat kalut masa ni, tak buang masa dah terus gegas nak hantar kereta sebab lagi 15minit nak pukul 8am. Sebenarnya dari tempat sewa keta dengan kilang ni dekat ja dalam 5-10minit bergantung kepada trafik lite. Masa sampai kat kedai kereta sewa nampak tank minyak dah turun sikit. Yala dah ke airport kan. Semak perut saya nak cari stesen minyak bagi full tank balik pulak sebab kalau tank tak full tak dapat duit deposit balik. Pagi-pagi dah serupa couple yang buat amazing race kat Perth ni. Traffic pun tak lancar lagi tapi alhamdulilah tepat-tepat pukul 8am kami berjaya sampai ke kedai tu dengan selamatnya.
Lepas brother ni cek segala bagai kereta, dia pun pulangkan balik duit deposit kereta dan dia tanya jugak nak panggilkan teksi tak. Kami menolak sebab nak jelajah dengan bus dari sini ke Perth cbd.
Pukul 8.30am dalam kedinginan pagi yang agak windy pagi ni, kami tercangak kat bus stop tunggu bus datang. 10minit tunggu, bus pun datang. Driver bus tanya kami dua ni student ka sebab kalau student rate lebih murah tapi mr.soulmate cakap sorang je student dan sorang tak. So tambang untuk saya lebih murahla tapi dalam bus, ada sign tulis sesapa yang naik bus rate student kena bagi seat kat rate biasanya kalau bus penuh saja. Bagus kan. Bus dia macam rapid KL je, bayar kat driver then dapat resit dan tunggula kami agak-agak gerak hati nak turun kat mana.

Bila nampak kawasan macam Perth CBD, maka turunla kami ikut kaki walaupun taktau kat mana berada. Yang syoknya saya dan mr.soulmate tertanya-tanya sesama kami nak turun mana. Bila nak turun macam tak yakin pulak, takpala turun next stop dan seterusnya sampaila nampak ramai orang turun bus, kami pun turunla. Kat mana pun tak tau, just ikut je kaki nak menapak kat mana-mana, touristla katakan hehehe....
Dari satu bangunan kami masuk jalan sampai hujung lintas jalan dan masuk bangunan lagi. Hadoi pening sudah taktau dok mana tapi percayakan kaki jela. Jalan punya jalan ala-ala rusa masuk kampung sambil tangan dok pegang map maka jumpala London Hall ni. Jumpa sini dah rasa lega sebab 2hari lepas pun kami ada datang kat sini juga. Masa ni semua kedai belum buka lagi dan kami berehat makan party plate tu dan setiap orang lalu mesti pandang semacam sebab makan tart pagi-pagi buta. Salah ka?kat Malaysia tak dak peraturan kalau bab makan ni, jadi hentam sajala labu.



Dari London Hall saya nak cari post office sebab nak beli stem untuk pos poskad hehehe....
Masa keluar dari pejabat pos jumpa adik-adik comel dok tengah beratur panjang macam nak masuk kelas ja.
Ini geng-geng budak sekolah rendah nak buat persembahan koir.

Semangat kan menyanyi koir lagu kebangsaan, lagu depa best sampai saya dok ikut menyanyi jugak hahaha
Depa ni sebenarnya nak sambut para atlit yang baru balik dari Olimpik. Diorang buat persembahan ni di hadapan Bank Commonwealth.
 
Habis persembahan adik-adik sekolah rendah,  mai kakak-kakak dan abang-abang menyanyi sambil menari ala-ala dalam cita Glee.

Uncle ni bisu tapi sangat berjiwa patrotik. Nak sembang dengan dia kena terror bahasa isyarat ye. Walaupun bisu dia tetap peramah dan asalkan kita faham apa yang ingin disampaikan tak dak masalah la. Walaupun Thailand cuma 20km dari rumah tapi setiap kali masuk Thai bahasa sangat menjadi masalah sebab sama-sama tak faham walaupun mempunyai pertalian darah (saya ada campuran siam). Kat Australia bahasa memang mudah sebab boleh guna english walaupun jauhnya beribu batu dari rumah.

Lepas tu jalan-jalan lagi dan ternampak pondok information centre. Yang bestnya ada free wifi, lehla cek e-mail, fb dan segala bagai maklumat. Jangan lupa ambil map lagi sebab nak cari jalan nak makan apple strudel corica dan fish n chip kat fremantle. Staf yang jaga pondok ni semuanya warga emas. Bersungguh-sungguh depa explain kat saya nak pi tempat-tempat tu macam mana dan tak lupa juga tanya bus dari city ke airport. Diorang yang baik hati ni bukan saja bagi no bus tapi time bus gerak lagi. Nasihat saya, kalau jumpa information centre ni tanyala sepuas-puasnya dan jangan malu bertanya sampai paham. Depa sangat bersungguh-sungguh kalau kita tanyakan sesuatu.

Disebabkan dah habis jelajah city ni, saya dan mr.soulmate nak naik train ke Fremantle makan fish n chip buat kali kedua. Rasa tak lengkap pula kalau tak try Fish n Chip Kailis' yang dipromosikan oleh kawan-kawan.
Masa nak beli tiket train ni satu lagi hal sebab diorang tak buka kaunter untuk jual tiket train, semuanya kena beli melalui mesin. Nasib baik jumpa sorang mamat yang baik hati jaga kat situ dan dialah yang tolong belikan tiket dan dia pun siap pesan berkali-kali ikut laluan 5 color biru, nak balik pun sama juga. Masa train ni stop satu perhentian, ada anjing besar hitam masuk dengan tuannya. Saya ni dahla takut anjing, dok ketaq la janganla anjing ni mai dekat. Rupanya tuan dia buta, dia jadi penjaga tuannya. Baik dan mulianya anjing ni. Taatnya pada tuan memang kalah kucing. Terharu dengan sifat anjing sekejap. Kucing kat rumah ni asyik memberontak nak lari rumah ja.
Sampaila perhentian yang terakhir iaitu Fremantle. Memang sangat berhajat nak naik bus kucing ni. Bas kucing ni free of caj ya jadi save budget. Dari stesen train Fremantle saya naik bus kucing kaler biru untuk turun di Habour Fremantle. Saya perasan dalam train dan setiap bus kat sini mesti ada cctv, bagus kan gejala tak bermoral pun leh dikurangkan. Di setiap perhentian bus ada no sekali map jadi taula nak turun mana, tak macam metro bus yang saya naik dari bayswater ke city Perth teragak-agak nak turun mana sebab dalam metro bus tak ada map dan petunjuk setiap perhentian bus.
Lawatan sambil belajar untuk kanak-kanak kindergarten ke museum kat belakang tu. Ada 2 orang cikgu yang bawa, cumil-cumil la anak-anak mat saleh ni.
Sakit perut, tumpang toilet Cicerellos' jap. Toilet pun macam dok bawah dasar laut sebab aquarium keliling dan siap ada sound bunyi macam dalam laut. Mesti ikan-ikan ni sakit mata dok tengok aurat orang ja hehehe....
Nak makan kat Keilis' pula tapi hari ni sangat lengang berbanding 2hari lepas yang crowded dengan lautan manusia. Matahari pun tak nampak disembunyikan awan yang tebal. Hari ni lebih sejuk berbanding 2 hari lepas dan mr.soulmate pula tertinggal baju sejuk dalam loker kat airport, maka kena berkulit tebal la kan. Suhu masa ni di bawah 10C.
 
Kalau makan kat keilis' ni leceh sikit kena tunggu sampai boomerang ni bunyi tanda makanan dah siap kat kaunter. Kalau makan kat Cicerellos' masa beli on da spot ikan dah siap masak panas-panas, tak yah nak tunggu lama-lama dah. Harga fish n chip kat Keilis' lebih murah dari cicerellos'

Heran gak walaupun orang tak ramai, lama juga menunggu fish n chip. Kalau perasan la kan masa ni customer semuanya warga emas kecuali kami dua yang muda mudi dan warga asing kat sini. Weekdays memang orang kerja ja kot, warga emas walaupun nampak tua tapi masih sihat berjalan-jalan bawa anjing buat peneman.
 
Minum flat white
 

Hadoila nak kematu tunggu nak siap. Kena pi laut dulu kot nak tangkap ikan. Dari segi tekstur fish ni kulitnya kurang crispy dan isinya kurang juicy dari Cicerellos'. Ikan dia ada bau fishy sikit, memang saya lebih prefer Cicerellos'
Masa tengah makan tetiba nampak dolphin melompat-lompat kat sini. Mungkin hari ni agak sunyi dari weekends dan cuaca pun redup je, tu yang dia munculkan diri kot. Okla sambil makan sambil jamu mata tengok dolphin kat sebelah ni. Dulu masa saya kecik-kecik dulu kalau nak ke Penang suka naik feri lagi dari naik jambatan sebab banyak dolphin akan berlumba sambil terlompat-lompat dengan feri. Sekarang ni dolphin dah pupus kat Penang, sedih kan.
 
Ada pakcik makcik dari Jepun makan kat sini tapi depa ni jenis ambik makan pastu tinggal makanan atas meja then dua2 orang masuk dalam nak ambil makanan lagi. Cip cip ni bila nampak makanan tak ada orang yang jaga, terus bawa geng mai nak curi makanan. Apa lagi kecohla uncle jepun ni dok hambat cip cip sambil berkepak-kepak lari dengan dok cakap bahasa jepun apa tah macam burung tu paham mesti dok maki kat seagull tu. Aksi dia halau seagull ni jadi bahan ketawa semua orang yang makan kat situ.
 

Lepas makan kami decide nak jalan kaki je pi stesen train sebab saja nak menikmati view pekan Fremantle, tak jauh pun jalan dalam 20minit je. Kalau naik bus kucing pun takdak masalah sebab free.

Tunggu train dari Fremantle ke Perth pula


 
Dalam 15minit dok dalam train, maka sampaila kembali kat Perth. Semalam masa shopping tak henggat kat Harbour Town teringat2 baju yang cantik tapi tak beli pun. Sekali lagi kami ke Harbour Town naik bus percuma kucing lagi. Sementara kat Harbour Town, lehla solat dulu kat surau dia kat bahagian luar, kena masuk dalam information centre sebab surau kat sebelah kaunter information.
Tanya kat kakak manis kat kaunter tu kenapa takleh ambil gambar kat Harbour Town, dia cakap kedai-kedai kat dalam ni tak dak masalah cuma owner bangunan yang tak bagi. Katanya owner bangunan ni tak nak orang copy design building. Cet macam cantik sangat building ni, KLCC lagi cantek, orang ambil gambar posing gaya maut pun takdak sapa nak halang.

Dari Harbour Town kami naik bus kucing ke Corica sebab nak beli apple strudel yang tersangatla popular tu. Walaupun mahal, saya gagahi juga beli sebab terlampau banyak sangat orang-orang dalam forum dan blog puji melambung apple strudel ni. Saya ni kalau bab makan kalau orang puji melambung, harusla tak ketinggalan.
Dari bus kuning kena menapak ke stesen bus biru pula. Jauhnya menapak ni sebab stesen yang dekat dengan stesen bus kuning tutup under construction. Tunggula bus kucing kaler biru pula datang. Kat belakang tu nampak tak tanda 5minit? itu tandanya bus akan datang dalam masa 5minit lagi, bagus kan kalaula kat negara kita ada sistem macam ni juga. Saya buat teori sendiri yang setiap bus kucing ada alat yang connect di setiap perhentian bus ni. Setiap kali bus kucing sampai, jam tu akan stop dan dia ambik masa untuk next bus kucing pula. Macam tula setrusnya, yaka? Bila naik jadi 1minit, bus pun dah mula kelihatan.
Selain mat saleh, saya pun jadi peramah juga dengan driver bus sini. Setiap kali naik bus ucap 'hello..how are you' kat driver bus. Masa nak turun ucap 'thank you' kuat-kuat bagi driver dengar sebab turun kat tangga belakang. Kat Malaysia kenapa tak buat macam tu pun kat driver bus?tapi sekurang-kurangnya bagi salam kan penjaga tol.
 
Building Pak polisi, patutla banyak kenderaan polis kat sini
Inila kedai corica yang tersangat famous dengan apple strudelnya. Saya beli satu kotak je dan beli air lemon tea, minum seteguk baru perasan air tu dah xpired. Masa tu tengok jam kat bus stop, bus nak datang lagi 7minit lagi. Ha sempat lagi nak patah balik ke corica tukar air or ambil duit balik. Masa cakap kat auntie corica tu yang air dah xpired, dia siap cakap boleh minum lagi walaupun dah sebulan xpired. Taknak la saya, kang sakit perut lak nak gagah ke hospital Perth pula, cari masalah. Then dia pulangkan duit balik. Masa gegas ke bus stop, jam dah tunjuk 3minit lagi. Kus sempat lagi. Inila gunanya bila ada jam kat bus stop ni contohnya kes macam tadi la. Kalau bus lagi seminit nak sampai, memang tak ambik duit balik la kat Corica tu.
Dari Corica bus kaler biru ni akan sampai ke stesen bus metro.
 
Ini macam stesen Puduraya, terminal bus di Perth. Mula-mula kalau sampai sini kena cari dia punya pusat rujukan. Kami cari mana-mana bus yang akan bawa ke airport. Malangnya tak ada bus direct ke International Airport. Bus ni akan berhenti di perhentian terakhir di Domestic Airport saja. Tetapi dari Domestic Airport ada bus percuma ke International Airport, jangan risau sebab kat Perth ni kemudahan public transport sangat bagus sebab diorang nak galakan rakyatnya guna public transport dan kurangkan risiko di jalanraya. Sebab tu jalanraya tak jammed sebab kurangnya bilangan kenderaan di atas jalanraya.

Panjang kan bus ni siap ada sambungan bahagian belakang, macam mana tang kona nanti. Bagusnya kat Perth ni bila ada sambungan kat belakang kenderaan ni, diorang dah jimatkan banyak kos. Ini pun salah satu cara nak kurangkan penggunaan bus di atas jalanraya juga dengan menampung sejumlah manusia dalam bus sambung menyambung macam tu.
Masa dalam bus nak ke airport ni ada group orang native tapi sangatla serabai tak mandi berapa bulan punya lepas tu bau alkohol sangat meloyakan, pening dengan bau depa saja. Dahla badan semua macam pemain ragbi tapi gaya macam homeless pun ada.
Nampaknya kami dua orang terawal naik bus dan orang terakhir yang turun. Menggigil juga kaki bila keluar dari bus sebab angin kuat kat luar dengan suhu yang semakin sejuk gedi. Driver bus ni bagi direction macam mana nak tranfer bus pula ke international airport. Tak tanya pun tapi dia concern la tu kan.
Suhu sekitar 7C dan mr.soulmate cuma pakai singlet saja hahaha, tengok kuku dah berubah color ungu dan tapak tangan tak nampak darah dah. Mat saleh pun pakai sweater tapi dia boleh pakai singlet saja, akibat tinggalkan sweater dalam loker.


Dari domestic airport ada bus connect datang dan kami naik bus mini ni ke international airport. Jauh juga ya, memang kena naik bus la. Perkhidmatan bus connect ni percuma juga tapi jangan lupa ucapkan terima kasih kat dia sebab dia bawa free ja.
Dah sampai international airport, resit loker ni hilang pula. Gelabah batman la jatuh mana resit ni sebab kat resit ni ada nombor nak buka loker ni. Teringat saya yang saya ada ambil gambar, jadi tengok nombor loker dalam kamera sajala. Moral of da story, resit2 mcm tu simpan leklok ok n jgn lupa snap segala benda supaya ada backup.
Cuaca bertambah-tambah sejuk bila malam ni hujan turun selebat-lebatnya.

Malam ni kami stay kat airport saja sebab kena check in seawal 5am. Tanya kat staf airport ni nak tido kat sini ok tak, dia kata ok ja n kalau nak tido dalam quiet room pun boleh.
Tapi bukannya boleh tido pun, bising kot. Yang pasti sepanjang malam asyik minum kopi je. Habis satu beli lagi sampai otak jadi weng

Sementara ni la baru ada masa nak tulis poskad bagai. Tu senarai classmate panjang berjela tu, jenuh nak menulis.
Kat sini jumpa geng makcik-makcik yang suka melancong. Dah pencen tapi ada group travel. Diorang ajak join pi europe untuk next trip depa, adoila duit dah kehabisan ni huhuhu. Rupanya orang Kedah juga, sempatla tukar-tukar nombor tepon kot-kot boleh ziarah ke rumah pula.
Flight ni delay sejam ok tak bergerak dok dalam flight. Auntie n uncle sebelah ni sembang tak berenti dengan saya. Saya ni penat sangat nak tido tapi depa dok ajak sembang sampai mendarat kat LCCT la. Touch down je KL, terus dia cakap 'dah boleh cakap melayu sebab dah sampai'. Ingatkan tak reti cakap melayu langsung, saja ja kan. Bayangkan 6jam speking non-stop, mr.soulmate syok tido takdak sapa kacau dia. Dia minta email saya sebab nak add fren dalam facebook sebab saya tunjuk gambar-gambar dalam camera. Dia kata tengok dalam facebook baru puas sikit hehehe.
Jejak je kaki kat Malaysia, telepon pun bunyi tak berenti. Adoila dan dan pikiaq masalah balik.

Ok our journey tak stop lagi sebab akan travel 400km pula ke utara, penat tuhan saja yang ketahui.

Dari luar kotak yang cantik, tak sabar nak merasa apple strudel yang sedap ni.

TARRAAAA......walaupun rupanya hancur berkecai, flavour masih ada.

Ini antara souvenir yang saya bawa balik sekali dengan buah-buahan yang akan menyusul kemudian entry lemon curd dan ice cream avocado. Ada setengahnya dah bahagi-bahagikan di KL dan Kuala Kangsar. Ini yang tinggal masa sampai rumah.
Selesai sudah pengembaraan dari Perth-Albany-Augusta-Bunbury-Perth. Semoga entry-entry ni jadi rujukan bersama-sama dan bolehla rancang perbelanjaan kalau ke tempat-tempat yang dimasukkan dalam entry ni. Saya pun study macam nak ambil exam ja baca blog-blog dan forum mengenai Perth sebelum ni. Saya mohon maaf kalau ada salah info atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak secara tidak sengaja.
Enjoy reading....

EXPENSES DAY 7, LAST DAY (perbelanjaan di Perth saja, tak termasuk travel dalam Malaysia)

Loker di Airport = $12
Danish Pastiserie = $27.80
Isi Minyak = $11.40
Tambang bas dr Bayswater ke Perth CBD (sorang harga biasa dan sorang rate student) = $3.80
Tiket train dari Perth ke Fremantle, $8X2 = $16
Stem = $36
Apple strudel = $19
Fish n chip = $13.50
sos = $4.20
Flat White = $3.80
Baju Harbour Town = $5.50
Tiket bus ke Airport $4X2 = $8
Kopi di airport = $5.90

TOTAL = $166.90

Bolek klik di bawah untuk entry berikut:
TOTAL DAY 6 = $166.90
SUM TOTAL =   $1,561.07 x 3.319(rate currency di OU) = RM5,181.19

12 ulasan:

Marsita yahya berkata...

Jalan-jalan & join....
http://my-mintroom.blogspot.com/

traveller berkata...

Holiday homes berpatutan .owner muslim malaysian.sila hubungi 0123360098 utk keterangan lanjut

Raziyanti Izyan berkata...

Wah,seronok baca blog nie,info dan tips2 yg sgt berguna utk mereka yg nk melancong secara independent,sebenarnya saya dah beli tiket ke perth bln 10 nie,jd bnykla dok google blog2,rasanya blog saudari nie paling best kot,kebetulan pulak mmg nak g sampai albany,cuma melencong sikitla sampai ke balingup..apa2pun semoga sentiasa happy...baq ang...

Noor Hafirdaus berkata...

saya harap pengalaman saya rasai masa travel ni boleh share dengan org lain juga. Tak kisah macam mana pahit duka ketika travel ni janji kita enjoy

Raziyanti Izyan berkata...

Assalamualaikum,masa hang nk blk amik bas dr perth ke domestic airport kan? Klu dr airport pulak boleh ke amik bas ke domestic airport then amik bas ke perth? Naik taxi mahal oi...

Raziyanti Izyan berkata...

Assalam,bas dari perth city ke domestic airport tu bas connect ke? Sbb sy check kat web aud15 per person,awak naik $4 je,murah noo..

Noor Hafirdaus berkata...

dr international airport naik bas connect yg free tu ke domestic airport. Dari domestic airport baru ambik bas ke city perth lagi jimat. Kalau sesat ka apa cari information kaunter suruh dia bagi detail no bas skali dgn timetable n harga bas ke city.
bas dari perth city ke domestic airport tu bukan bas connect, bas biasa berhenti2. kalau yg mahai tu biasanya direct bas bukan bas henti2 sebab tu la mahal.

Raziyanti Izyan berkata...

ooo...ok tq..

Sukma Haron berkata...

apple pie corica tu halal ke dear?
macam sedap jer...
boss akak ada beli from Perth....
tq

Mohamad Sholihin Abdul Aziz berkata...

Blog Saudari padat dan lengkap dengan maklumat sungguh menghiburkan membacanya.

Terimakasih di atas perkongsian pengalaman yang amat menarik dan bermakna.

Moga ALLAH membalas usaha murni ini. Amin.


Sholihin Aziz

Desie berkata...

Hi nak tanya pasal locker tu. Harga aud12 tu utk rate berapa jam? Dia kira ikut jam or hari or per entry? Thank you..

Noor Hafirdaus berkata...

@SUKMA: Saya dah cek bahannya dan saya yakin halal walaupun takdak cop halal di situ. Rasanya memang sedap. Ada gak kadang2 diorang letak rum dalam apple pie tapi harganya lebih mahal. Make sure sebelum beli cek betul2 bahannya dan kalau tak pasti tanya terus dekat penjual atau google nama bahan tu.

@mohamad sholihin: Alhamdulillah...memang niat saya nak berkongsi ilmu dengan orang lain supaya pengalaman saya dijadikan pengajaran. Mungkin kesilapan yang saya buat bolehla pembaca elakkan

@desie: tak pastila dah 4 tahun berlalu, lupa lak. Tapi yang saya ingat, saya tinggalkan bag kat situ dari pagi sampai ke malam.