Klik sini

Isnin, 10 September 2012

Day 3 Perth, just you and me....- part 2 -

Best Blogger Tips
Musim sekolah dah bermula, maka kalutla saya dok menyalin timetable dan mendaftar subjek. Tadi bangun awai kemain semangat ingatkan kelas pukul 8pagi ropa-ropanya kelas pukul 4pm nun. Mr.soulmate sempat dok perli, sem ni tak dapat 4flat memang saja la kan semangat kelas petang, pukul 8pagi terpacak depan kelas....wuaarrrghhhh....
Disebabkan kelas petang, meh sambung buat blog pulak sebab kelas tak stat lagi masih mood rilex. Sambungan dari part 1, kembali habiskan cerita untuk hari ke-3 di bumi kangaroo.
Dari Margaret River maka sampaila kami di Busselton Jetty. Cuaca tak secerah macam kat Augusta, awan dah menebal di sini.

Panjang tak jeti belakang tu. Jaraknya ialah 1.8km plus pelantar di hujungnya anggaran 2km panjangnya sampai ke tengah laut. Meh kita jalan kaki sampai ke hujungnya, pergi balik 4km jalan ada bran. Kalau rasa macam tak cukup stamina nak menapak sejauh 4km silala ambik tiket tram skali dah tentula lebih mahal dari pejalan kaki. Lagipun kan lebih sihat kalau berjalan kaki sambil menikmati keindahan alam di sini dan bolehla beramah mesra dengan pemancing di sepanjang jeti ni. Ramai makcik2 dan pakcik2 yang memancing kat sini.
aiceh look cak
Apa kekdah suka lompat tah, penyakit baru di Perth agaknya.

Best juga bila kita berjalan-jalan masa bukan cuti sekolah or weekend sebab orang tak ada sangat, jadi bolehla buat jeti ni kita yang punya hahaha
"cip...cip....do u know me?it's me cip...cip...." rindu sama cip cip kat Augusta. Seagull ni mesti kata dalam hati "Apa kekdahnya manusia ni dok panggil aku cip cip, tak de reja la tu"
"Hei manusia...plesss go away kalau takdak makanan, i'm not ur cip cip tau" huhu sedih.....
Habis tak dak gaya sangat la tu
Yeap yeap hoorayyy...i'm here....
Inila di hujung jeti iaitu 2km dari darat. Nak patah balik jalan 2km, ada sewa kerusi roda tak kat sini?lutut gua dah menggigil.
Oh tidak shark!!!nanti dia akan musnahkan jeti ni macam dalam filem, semua orang sila selamatkan diri memasing...lari.... Mr. soulmate berkata "sudah sudah la dok khayal sorang diri, itu dolphin saja" Ala...baru nak buat adegan cemas kat sini.
Dolphin ni malas nak lompat-lompat, dok timbul macam ni ja. Ok juga dia menunjukkan badan sikit buat tatapan kami yang penat dok menapak sepanjang jeti ni.
Mula-mula uncle yang bawa tram ni angkat tangan kat kami dua tapi dah 6kali lalu pi balik, kami tak habis lagi jalan, dia pun buat dek jela.
Sudah sakit lutut dok menapak sepanjang 4km ni, meh cari tempat nak rehat pula
Tumpang bangku saja, nak makan roti danish dan tuna mayonis lagi buat lapik perut.
Tak leh bawa anjing jejalan kat sini ok
Tak nak ar kawan dengan cip cip kat sini sebab sombong semuanya

Bye bye Busselton Jetty. Our next road trip berenti kat Bunbury pula.
Perjalanan dari Busselton ke Bunbury mengambil masa sejam lebih. Pekan Bunbury dah nampak sibuk nampaknya. Orang pun semakin ramai dari penduduk kat Albany.

Masa sampai kat pekan Bunbury ni saya nampak signboard Proton tepi jalan, rupanya ada proton servis kat sini patutla ramai pakai proton savvy kat sini. Produa Kembara pun banyak juga nampak kat jalan.
Parking kereta kat stesen bus saja sebab information centre kat sebelah ni. Kaki haruslah melangkah lebih panjang sebab dah pukul 4.45pm, Information centre tutup pukul 5pm.
Sapa kata Australia ni bersih semua tempat?kat tempat tumpuan pelancong bersihla tapi mai kat tempat public diorang, ha sampah pun bersepah walaupun tong sampah dok beratur depan tu ja.

Kalutla tak mau-mau berkejaran kat information centre yang nak tutup dah tu. Nasib baik cik cantik manis yang jaga kaunter masa tu masih melebarkan senyuman manis kat kami dua. Tau tak kenapa kami kalut sangat nak mai information centre ni, sebabnya kami ni penginapan apa pun tak book lagi malam ni. Mai sini nak tanya kat cik adik cantik manis ni kat mana hostel murah-murah dan best dan banyak review puji melambung la. Seriously  kami dua tak bercadang pun nak menginap sini. Ingat nak lajak tido kat Mandurah atau Perth tapi matahari dah makin nak tenggelam. Macam cerita vampire ja kena sembunyikan diri masa malam hehehe, hai terpengaruh dengan filem lagi.

Cik yang baik hati ni pun bagila segala map, pamplet dan alamat restoran dan kedai halal kat Bunbury. Kedai-kedai halal tu siap dia buat review sendiri pula kat kami mana kedai yang paling sedap la apa la sebab dia dah biasa makan kat semua kedai halal kat sini. Dia cadangkan kami pi menginap kat YHA Bunbury 5minit dari information centre juga. Dia tanya samada nak dia tolong call ke tidak hostel tu tapi kami kata tak payahla sebab dia bagi info segala lengkap dah, nanti pepandaila kami redah cari sendiri lagi pun dekat ni ja pun. Walaupun dia pun kalut nak balik rumah tapi masih sudi nak bantu kami. Bagusla semua staf information centre ni, tak dak lagi komen negatif kat diorang.
Kata cik adik cantik manis ni, belakang ni ada pantai dan banyak dolphin main-main kat sini. Sementara matahari tak tenggelam sepenuhnya, kami pun pi la kat pantai tu. Bukannya nak terus pi register hostel ka apa, ni nak cari pantai dulu. Nak buat macam mana hati saya ni dah jatuh cinta dengan pantai-pantai kat sini. 
On the way ke pantai, rupanya dah nampak sign hostel YHA kat tepi jalan. Apa pun pantai juga jadi keutamaan.
Masa ni kat Bunbury dah panas, suhu masa tu 26C. Dok lepak jap kat taman tepi pantai ni, tak nampak dolphin pun tapi cip cip ramaila dok berkampung kat sini.
Sesambil tu baca dulu segala info dan map kat pekan ni. Tadi nampak pasaraya coles kat depan jalan besar, ingat nak pi terjah jap cari buah ka apa ka buat makan esok.
Pantai ni pun dilarang untuk swim sebab tepi pantai ni penuh dengan batu hitan yang tajam. Takut nak swim karang tercederakan diri sendiri pula.

Kawasan ni boleh bawa anjing tapi anjing kena ikat dengan tuannya, takleh bebaskan anjing sebab takut dia terjun laut pula. Masa ni tak sapa kat sini melainkan kami dua ja.

Dolphin Retreat YHA Bunbury ditujui pula. Rilex kemain, buatnya bilik semua dah full macam mana. Tak kan nak pasrah tido dalam kereta pula.

Inila pintu masuk hostel YHA kat Bunbury. Comel kan. Hostel ni untuk orang bujang terutamanya student. Nampak gayanya dua malam berturut-turut tido kat YHA ni. YHA hostel ni banyak pengunjung backpackers dan serupa hostel kat university pun ada. Yang bestnya tempat ni selesa, bersih, banyak kemudahan dan murah. Kalau datang lagi pun akan saya menginap kat YHA lagi.
Melangkah masuk je hostel ni memang banyak sangat info serata dinding. Lepas register apa yang patut, kami pun simpan barang jap dalam bilik tapi bilik malam ni kena shared bathroom. Okla harganya sangat murah. Share bathroom pun tak ada masalah sebab bukan campur laki pompuan pun dan bathroom dia pun ada banyak toilet dan shower, memang sangat selesa kot. Kalau ada anak kecil memangla tak selesa tapi buat kami dua yang bujang ni memang ok sangatla.
Perut pun mula berkerongcong meminta makanan untuk diisi. Lepas tinggal bag dalam bilik. Kami keluar lagi cari restoran halal kat town ni. Makan kebab jela dinner malam ni.
Dinner tak seberapa ni saja dah RM70, itu pun air sebotol share ja. Betapa tak lakunya duit Malaysia sekarang ni, semakin lama duit RM semakin turun nilainya.
Portion pun tak banyak mana tapi alhamdulillah kenyang juga. Sempat beli roti arab sebungkus buat brekfes pagi esok ni. Roti arab dia agak kenyal dan sedap tak macam roti arab yang biasa makan.
Lepas makan, kami balik hostel balik. Dok lepak tengok tv kat ruangan lobi ni. Tengok penghuni hostel ni macam semua student ja. Yang jaga kaunter tu pun student dari mauritius buat kerja part time jaga hostel. Layan berita Australia jap pastu keluar balik nak membeli belah kat pasaraya Coles tapi hampa coles tutup pukul 6pm. Pekan ni jadi sunyi sepi semua kedai tutup pukul 6pm. Maka ronda-ronda dengan kereta ja pekan ni pastu bosan sunyi sepi ja, balik tido jela.
Kedai yang buka pun cuma pub ja.
Depan hostel ni ada pokok harry potter, ala pokok yang tangkap kereta terbang milik wrisley
 End day 3. Esok meh kita jejalan kat Mandurah, Rockingham, Lake Clifton dan makan fish n chip kat Flemantle
Expenses Day 3

Fee entrance Cape Leeuwin $5x2 = $10
Isi minyak di Fuel West = $35
Beli Chilli Cheese kat kilang cheese di Margaret River = $4
Minum Air Chocolate di Kilang Chocolate Margaret River = $6.50
Fee entrance Busselton Jetty $2.50x2 = $5
Makan Kebab $9x2 = $18
Air kosong = $2.50
Roti Arab = $4
Check in YHA Bunbury = $68

TOTAL = $153




Tiada ulasan: