Klik sini

Sabtu, 22 September 2012

Day 5 Perth, just you and me....

Best Blogger Tips ~Minggu pertama kelas sudah bermula, minggu kedua kena buat presentation sudah. Memang tak yah nak terkedek-kedek macam itik pulang petang ya, ini kena pecut 100meter ni. Kalau terkedek-kedek maka anda akan ketinggalan jauh di belakang, manakala raka-rakan seperjuangan dah nak merampas pingat emas sudah. Semoga semangat belajar masih utuh dalam diri saya.
Tak sabar nak habiskan road trip Perth ni sebab saya dah sibuk gila sekarang. Tempahan kek dah stop dan tempahan assignment berkunjung tiba hehehe. Baru-baru ni saya diserang migrain lagi berturut-turut selama seminggu. Risau juga bila migrain yang tak surut ni seiring dengan tarikh penting untuk presentation dan kerja-kerja sekolah yang lain, memang tak boleh fokus,bertabah jela.~

Pagi yang sangat indah hari ni dengan cahaya matahari memancarkan sinarnya segenap alam dengan suhu di bawah 10C. Seronok kan cuaca macam ni kalau kat Merbok hahaha.
Pagi ni saya agak bersemangat sebab maklumla nak pakai baju kurung sepanjang hari di bandar Perth ni. Perth sangat berbeza ok dengan Albany sebab kat Perth orang melayu dan kaum-kaum yang lain ramai kat sini so tak heran sangatla kalau diorang tak seramah macam orang-orang kat Albany. Tapi kat negara mana pun orang kampung dengan orang bandar ni berbeza tahap peramahnya kan. 

Semalam dah dapat e-mail dari kak umi,kak umi adalah orang yang banyak membantu kongsi info di Perth melalui blognya di sini. Walaupun tak pernah jumpa dan berhubung melalui e-mail, kak umi tak lokek membantu kalau diaju soalan-soalan yang menimbun dari saya. Hari ni saya akan ke rumah kak umi beraya kat rumah dia. Kak umi ajak saya ke sunday market pagi ni. Sunday market ni kak umi dah cerita dalam blognya di sini. Menarik kan, saya memang suka barang-barang second hand ni kalau tidak tak belila baju winter kat bundle Gunung Jerai harga RM5 okeh. 
 
Pagi ni keluar lewat gak pukul 8pagi baru keluar rumah. Destinasi pertama pagi ni ke Sunday Market di Mount Pleasant. Bila tengok sunday market ni tak jauh bezanya dengan garage sales cuma garage sale buat kat rumah persendirian dan kat sini dia ambik lot parking supermarket sementara supermarket tak buka lagi.
 
Seperti dijanjikan, saya jumpa kak umi buat kali pertamanya di sunday market ni dan kemudian saya gerak ke E-Shed Market sebab nak shopping souvenir.
 
 Saya borong kat uncle cina singapore yang fasih berbahasa melayu. Kedainya nama Megabes Product dan harganya memang lebih murah dari Perth CBD dan kedai sebelahnya. Semalam kan saya dah survey harga kat Perth CBD dan E-Shed dalam entry di sini . Hari ni memang bestla sebab nak shopping merata tempat lagi ni, kalau boleh nak habiskan duit aus dengan shopping je boleh lagu tu?
Saya tanya uncle ni kenapa dulu kat Perth CBD murah dan sekarang mahal. Dia cakap harga sewa kedai area Perth CBD kerap naik sebab tu harga barang semakin lama semakin tinggi. Dalam kedai uncle ni, jumpa 2girls baru sampai dari Malaysia. Diorang nak ke Rottnest Island tapi kami dua and uncle ni tak galakkan pi sebab kat pulau tu tak ada apa pun. Nanti kawan diorang yang study kat Perth bawa jalan-jalan. Seperti biasa kami akan suggest kan sesapa yang datang ke Perth ni pi Albany sebab Albany ni kawasan perkampungan omputih.
Lepas borong bagai nak rak baru kami cari stesen minyak bagi full tank balik. Memang sengaja nak isi kat Fremantle sebab lagi murah dari Perth city. Nampak tak gambar shell kat atas tu ialah kat City Perth tapi gambar shell kat bawah tu kat Fremantle. Harganya berbeza mengikut lokasi dan semestinya saya pilih yang termurahla iaitu $135ppl di Fremantle.
Next destinasi kami nak pi beraya rumah kak umi pula. Tengokla pokok lemon tu, geram bukan. Sempat kutip dua tiga biji bawa balik Malaysia nak buat Lemon Curd.
 
Tetiba nak menyanyi lagu Lemon Tree...
~I wonder how
I wonder why
Yesterday you told me 'bout the blue blue sky
And all that I can see is just a yellow lemon-tree
I'm turning my head up and down
I'm turning turning turning turning turning around
And all that I can see is just another lemon-tree~

Kemudian kami ke Wilson Park nak beraya dengan muslim people kat Perth ni kat Aidilfitri Carnival yang diadakan di sini.


 Kat sini ramai yang berpakaian tradisional negara masing-masing. Tak kurang ramai juga yang berbaju melayu dan kurung kat sini.
Cuaca sangat indah hari ni dengan langit cerah dan suhu yang dingin. Banyak makanan halal kat sini, kalau ikutkan hati nak rasa je semua yang ada. Meh tengok apa yang saya makan kat bawah ni
Lamb Beriyani
mini melt yang sedap sangat, taco dan chicken beriyani
 Gumbira leh makan mini melt. Awat kat Malaysia tak jumpa lagi mini melt ni. Teringin makan ni sejak tengok cita unwrapped dalam Asia Food Network ch 706.
 

 Try makan Nachos pula, yum

 Abang mexico bagi e-mail suruh add friend dalam facebook and tag photo karnival ni kat dia.


 Kenyang perut suka hati, dok lama kat sini reja dok makan tak berenti baik jalan ke tempat lain pula.
 Dari kawasan perkampungan ke kawasan perumahan dan ke kawasan universiti dan akhirnya ke kawasan pekan.
 Maka tempat seterusnya ialah shopping time di Harbour Town. Boleh tengok website di sini. Masuk kedai levis borong 3lai seluar dan 1kemeja. Kemeja dia lagi mahal dari seluar tapi cantik ambik jela. Niat nak beli seluar jeans ni lama dah sejak jeans koyak dan malas nak hantar jahit. Saya memang nak cari jeans levis pun. Hari tu jejalan kat Village Mall, SP masuk kedai Levis dengan baju buruk n selipar jamban sorang pun tak layan walaupun dok panggil salesgirl nak tanya pasai jenis-jenis jeans. Nampak customer bergaya sikit terus sambut mesra, pelik kan kedai kat Kedah ni pandang customer dari luaran ja. Disebabkan tak dilayan, tu yang borong lebih sikit kat Perth lagipun murah gila kot jenas kat sini tak sampai seratus ringgit pun selai.

Dari satu ke satu kedai saya masuk dan rembat apa-apa yang berkenan. Mr.soulmate dah garu kepala tengok keghairahan saya dengan barang-barang berjenama yang murah kat sini. Lepas shopping nampak dia rancak menyembang dengan family melayu kat luar kedai. Diorang satu family datang nak jumpa anak dia yang study kat sini. Anak dia jadi tour guide nak bawa family jalan-jalan.
Dari Habour Town, surga shopping tu kami gerak sekitar pekan Perth dan tetiba jumpa Bell Tower. Apalagi terus parking kereta dan mulakan sesi bergambar ala top model pulak kat sini. 
Layan gambar-gambar bawah ni di sekitar Bell Tower.







 Sinar matahari mulai tak kelihatan menandakan masa untuk rehat pula

End day 5. Esok patah kaki sebab kereta sewa nak dipulangkan. Kembara dengan public train dan bus pula tapi sangat exciting sebab sangat adventure


EXPENSES DAY 5

Soveniour di E-Shed Market = $122
Isi minyak di Shell Fremantle = $29
Makan-makan di Wilson Park = $38
Shopping Harbour Town = $143
Parking Harbour Town = $5
Parking Bell Tower = $3

TOTAL = $340

7 ulasan:

adda syuhada berkata...

bestnya jalan2...teringin nk smpai sana gk..

Noor Hafirdaus berkata...

kalau nak ke sana nak buat macam saya road trip leh kira budget sekali sebab setiap hari dah masukkan perbelanjaan harian, senang nak buat rujukan di kemudian hari.

Tanpa Nama berkata...

I just added your web page to my bookmarks. I enjoy reading your posts. Thank you!

Azura Mohd Salleh berkata...

thanks for the review..it really help me...

Noor Hafirdaus berkata...

welcome

safuaria berkata...

best baca travel u berdua kat perth ... saya baca semuaaa ... hihi
btw, last day ni stay kat mana??

Noor Hafirdaus berkata...

terima kasih sudi singgah ke blog saya. Last day tu saya dok kat airport ja memang penat sangat sebab kat airport xleh nak tido pun