Indahnya sunrise dari balkoni bilik. Suhu yang rendah semakin tinggi seiring dengan cahaya matahari yang menyinari. Pagi tu breakfastkan roti danish dan tuna mayonis. Memang masa kat Perth beli banyak pun roti kat kilang Danish sebab susah nak cari makanan halal kat area pedalaman ni. Flinder bay Augusta tu buka untuk public pukul 9pagi. Pagi tu keluar lewat sikit dalam pukul 8pagi baru check out dari YHA Augusta. Masa nak keluar tu cek juga suhu dalam kereta waktu tu ialah 6C, masih sejuk tapi tak apa sekejap lagi suhu akan naik.
Tengok sunrise dari balkoni sangat indah. Bunga pokok belakang tu macam berus. Kalau nak buang bulu or habuk kat baju boleh guna bunga pokok ni. 1st time jumpa pokok untuk berus ni. |
Sementara nak tunggu pukul 9pagi, kami jalan-jalan di pesisiran pantai di pekan Augusta. Tenang dan damainya perkampungan di sini.Kat sini lautnya agak tenang sebab terlindung dengan pulau kat depan tu, takla macam laut kat cape leeuwin yang sangat mengganas.
Masa ni penduduk Augusta baru nak mulakan kerja. Dari pekan Augusta dah nampak dua tiga biji kereta datang ke jeti. Diorang parking kereta kat sini dan naik bot. |
Pantai kat sini memang sangat jernih tapi dah ada signboard 'no swimming' kat sini. Sunyi je kawasan ni, tak ada orang langsung.
Rumah-rumah kat belakang ni macam rumah rehat sebab ada letak no. fon kalau nak stay kat situ. Silap semalam tak ronda kat area ni masa cari penginapan, kalau tidak mesti dah stay rumah yang ala-ala kabin yang mengadap laut ni. View memang cantik.
Rumah ni pun menghadap laut. Cantiknya rumah ni macam rumah idaman. Catnya color pink muda, mesti owner rumah ni faminin.
Mr. soulmate kata sudah-sudah la tu bergambar, jom ke cape leeuwin pula. Jap...jap....sangat tenang dan damai dengan view kat sini. Jom kita migrate dok sini nak? |
Bye bye pantai yang cantik, kalau ada umur yang panjang kita berjumpa lagi |
Ok sambung kembali roadtrip ke cape leeuwin. Tak jauh pun dari pekan Augusta, lebih kurang 3-5km maybe. Rumah kat sini semua comel-comel. Diorang suka laman yang luas tapi rumah yang kecil.
Dari pekan Augusta ada 2 jalan nak ke cape leeuwin samada jalan tar biasa di pesisiran pantai atau guna jalan tanah merah meredah hutan belantara. Memandangkan semalam kami dah ikut jalan tar, kali ni nak roadtrip lebih adventure pula. Memang adventure pun jalan dia, kena slow sebab tanah dia agak lembik.
Nampaknya tak sia-sia ikut jalan ni sebab kami dapat tengok view cape leeuwin dari atas bukit | . |
Cantiknya view ni macam boleh buat poskad. Dengan angin yang kuat dan ombak yang mengganas kat bawah tu, kita boleh nampak segalanya dari atas bukit. Memang sunyi jalan ni dan masa lalu jalan ni pun tak selisih dengan mana-mana kenderaan pun. Memandangkan matahari pun terang hari ni dan langit pun clear tak ada awam, memang kagum dengan keindahan alam di sini. Syukur sebab kat Albany mendung dan hujan je, kat sini cuaca elok. Apa lagi marila kita posing ala top model merbok kat sini hahaha....
Heran kan kenapa langit kat sini biru terang colornya tak macam kat Malaysia. Mungkin kat Malaysia awan tebal sangat atau jerebu? Jawapannya ialah kat sini kiri kanannya laut dah tentula tak ada pencemaran udara di sini.
Yepppiiii I'm here...... |
Semalam datang sini dah maghrib so dah tutup, hari ni bolehla ronda-ronda kawasan ni tapi takla naik atas rumah api tu. Ronda kat bawah jela yang termampu. Masa nak masuk tu uncle yang jaga kaunter tu suruh kami jalan kat trek, jangan keluar dari trek sebab kawasan ni banyak ular yang bahaya. Sekali kena patuk dengan ular tu boleh mati dalam 6minit saja. what?? Katanya lagi ular tu akan keluar pukul 6pm ke atas.Ternganga jap saya yang mendengarnya sebab semalam kan kami ambil gambar sunset dok redah hutan kat depan pagar tu sebab nak dok atas batu sambil tengok sunset. Dengan pakai selipar ja dengan kegelapan dan kesejukan. Ya Allah nasib baik la tiada yang buruk berlaku sepanjang kami kat sini. Mulala nak jalan pun mata meliar ja kat semak-semak tepi ni. Tak tenang pula hati tapi kejap je sebab lepas dok posing bagai hilang dah perasaan gundah gulana tu.
Satu lagi kalau kita bersembang dengan orang local kat kampung ni, diorang punya loghat agak lain sikit. Kena pasang telingan betul-betul masa diorang cakap sebab loghat kampung ni pekat sikit. Last-last, tanya mr.soulmate apa dia kata tadi tak paham la english dia.
lembu ni berhajat nak jadi lanun tapi kena sumpah oleh sang gelembai - cerita rekaanku semata-mata- |
Kalau guna teropong kat sini boleh nampak ombak kat tengah laut saling bertembung bagaikan seutas benang. Syukur boleh nampak fenomena ni sebab bukan senang boleh nampak ni.
Suka tengok laut yang berjalur-jalur color birunya. |
Kat sini ada cafe dan jual sovenir, tengok aje tak beli apa-apa pun.
Lebih sejam kami ronda-ronda kat cape leeuwin, kami pun meneruskan road trip ke Margaret River pula. 6km dari pekan Augusta, kami isi minyak kat simpang 3 iaitu dari pemberton-augusta-margaret river. Harga minyak kat sini jauh lebih murah dari pekan Augusta. Disebabkan semalam masa lalu kat sini, saya dah take note harga minyak kat sini so pagi ni kami isi minyak kat sini jela. Harga minyak kat Fuel West ialah $148.90ppl manakala Caltex kat Augusta $154ppl. Jadila pengguna bijak dan rancanglah perbelanjaan.
Lebih kurang 30minit, kami pun tiba di pekan Margaret River. Lokasi yang ditujui semestinya Tourist Information Centre. Parking je kat tepi jalan, tak yah bayar parking pun dan mulakan langkah sebagai tourist di pekan terpencil ni lalalala.....
Saja parking jauh sikit sebab saja nak jalan-jalan window shopping. Jenguk kejap kedai-kedai kat sini, apa yang diorang jual. Tengok menu semua ada pork, kuat makan babi betul la diorang ni. Kedai 'kebab' pun ada pork juga. Kedai 'rasa asia' jual laksa pun ada tapi ada juga pork. Jalan ke kedai telefon nak beli sim card konon tapi lagi 2,3 hari je lagi nak dok sini, rasa macam tak berbaloi pula nak beli. Kalau nak beli sim card patutnya hari pertama sampai. Ada papan kenyataan macam-macam jenis iklan dan notis. Notis hilang kucing pun ada sekali. Pelik juga bukankah kat sini semua pet dah letak alat penjejak supaya kalau hilang boleh kesan. Kat Malaysia pun dah buat dah tapi kat Klang Valley la, kat Kedah tak pernah dengar lagi pun.
Jalan-jalan sambil beramah mesra dengan orang local maka sampai sudah tourist information centre. Ramai sungguh kenalan kat sini tapi bertukar e-mail jela leh add fren dalam facebook ja hehehe. Diorang yang minta dulu okeh, famous tak?
Kat TIC ni, Mr.soulmate tumpang jamban sat. Sementara dia dok dalam jamban, saya pun ronda-ronda baca apa yang patut yakni aktiviti yang pekan ni buat. Pekan ni famous dengan pembuatan wain, chocolate dan cheese. Kalau nak pi tour kilang wain boleh isi nama kat sini dan boleh melawat free ja. Wain yang berusia beratus tahun pun dipamerkan kat sini. Daebakkk..kalau hilang wain ni mau masuk berita besar ni. Mula-mula ingat botol kosong saja rupanya ada isi, ish ish....
Memandangkan ramai jugak tourist kat sini, maka staf dari admin pun turun sekali entertain kami. Yang pastinya kat sini tourist asia kami dua je, yang lain tourist dari Australia juga dan ada dari England. Masa sembang dengan mamat england ni, dia tanya kami berapa hari kat sini pi mana lepas tu bila tanya dia balik, dia dah 5tahun dah kat sini tapi baru mai Margaret River. Yang mamat sorang lagi pun xcited nak borak sekali sebab wife dia orang Indonesia, dia orang Australia. Mula-mula dia ingat kami dari Indonesia.
Bila turn kami pi kat kaunter tu, kami tanyala kat mana nak cari makanan halal untuk muslim tapi dia tak paham. Dok ulang 2,3 kali tak paham-paham last-last kawan dia pulak xplain apanya halal tu sebab dia tak pernah dengar perkataan halal. Kesian kat dia sebab serba salah nak menolong tapi tak dapat nak tolong sebab kat Margaret River ni tak ada restoren halal. Dia dok minta maaf berkali-kali sebab tak boleh membantu. Kelakarla pulak, it's ok teruskan perjalanan lagi.
Jalan-jalan nampak kilang cheese pula dahtu ada cheese tasting, rezeki ni. Macam-macam jenis cheese ada dan jangan lepaskan peluang untuk rasa. Maka kenala beli cheese juga sebab malu dok makan pree ja. Boleh juga buat lasagna nanti. Saya beli cili cheese seketul sebab rasa dia sedap. Tak sabar nak buat lasagna guna cheese cili ni nanti.
Dari kilang cheese kita ke kilang chocolate pula. Skip kilang wain sebab time winter pokok anggur tak berbuah. Ingat kalau pokok anggur berbuah boleh la berposing kat ladang anggur.
Melangkahnya kaki masuk ke kilang ni, mata terus tertumpu kepada sample food 3besen depan ni. Nak makan banyak mana, ulang berapa kali pun no hal la. Mula-mula cedok white chocolate pastu cedok milk chocolate pastu bercedok-cedokla dark chocolate sebab my favorite. Kenyang sat dok dalam ni, makan chocolate pree. Buat-buat jalan-jalan belek barang pastu patah balik cedok chocolate. Jalan tengok diorang buat chocolate, rasa chocolate nak habis dalam mulut ja pi cedok lagi. Nak tapau sori la sebab tak boleh jadi pastikan mulut anda sentiasa dipenuhi chocolate sepanjang berada dalam kilang ni hahahaha
Tengok harga chocolate yang dia jual, mak ai pengsan sat sebab tak mampu, mahalnya. Nasib baik ada free leh pulun tak sangga.
Serupa macam kilang cheese juga la rasa bersalah pula dok pulun free kan. So kami decide belila air chocolate sambil lepak-lepak kat sini.
Ok menarik tak chocolate ice ni, rasanya sangat sedap sebab ada ice cream pula dalam ni.
Akhirnya dah kenyang makan chocolate tak lalu dah nak makan. Next destinasi ke Busselton.
Part 2 nanti saya ke Busselton jeti sambil lihat dolphin seiringan dengan jeti, jelajah pantai bunbury dan menginap di YHA Bunbury.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan