Klik sini

Jumaat, 14 September 2012

Day 4 Perth, just you and me....

Best Blogger Tips
Sekali lagi pagi ni suhu 6C dan akibat dengan kejutan suhu kat sini, bibir saya jadi kering dan pecah dan hidung selalu berdarah. Dulu masa kecik dulu kalau cuaca panas sangat hidung akan berdarah tapi kali ni sejuk sangat pun hidung berdarah juga. Pagi ni kena keluar awal sebab nak gerak ke Perth pula. Perjalanan masih jauh tapi malam seterusnya tak risau nak cari penginapan dah sebab dah tempah homestay dok dengan family melayu kat Perth.
So pagi ni makan roti arab cicah dengan sambal ikan bilis brahim, nikmatnya makan time tu. Roti Arab beli kat kedai kebab semalam dan panaskan ikan bilis brahim dalam microwave belakang tu ja. Guna peralatan sendiri ya sebab was-was nak guna peralatan diorang. Satu lagi lupa nak beli sabun tanah yang boleh guna kalau nak samakkan apa-apa kat sini. Next time kalau nak ke negara orang kafir ni memang kena bawa sekali sabun tanah tu senang nak samak pinggan mangkuk periuk belanga or span cucu pinggan kalau nak masak memasak kat dapur diorang. Samakla dulu sebelum guna sebab diorang ni kuat makan babi.
Kami meninggalkan pekan Bunbury pukul 7.30pagi. Pekan ni banyak sangat roundabout macam Shah Alam ya dah la ada proton servis kat sini.
 
Road trip seterusnya, kami menuju ke Pekan Elit iaitu Mandurah. Kat highway arah menuju ke utara, kami isi minyak dulu kat stesen minyak Gull, masa tu harganya $139ppl. Ramai yang singgah stesen minyak ni, saya pun turun juga sebab ramai yang masuk dalam kedai stesen minyak ni. Rupanya dia jual breakfast kat dalam kedai, patutla ramai yang turun beli makanan rupanya. Saya beli kopi saja sebab tadikan dah makan roti arab siap cicah dengan sambal ikan bilis lagi. Selesai isi minyak hingga full tank, kami pun gerak semula.

Kat highway ni boleh nampak signboard ke Yalgorup National Park. Kat sini sebenarnya ada Lake Clifton yang famous dengan batu Thrambolite. Thrambolite adalah batu yang hidup sebab ada bakteria yang melekat kat batu ni membuatkan batu ni nampak macam hidup.
Malangnya dah park kereta, nampak ada renovation kat depan tu. Rupanya ada pekerja-pekerja tengah letak concrete kat pejalan kaki. Tanya kat pekerja tu boleh tak kalau kami lalu juga kat kawasan tu. Dia cakap boleh tapi kena cepat, dia bagi kami masa 10minit sebab takut concrete mengeras dan susah diorang nak buat kerja. Alahai kesian lak ganggu kerja diorang, takpala mate tak jadi ar tengok thrambolite tu. Diorang cakap tempat ni akan tutup sampai next wednesday, tutup for public sampai 5hari lama tu.
Teruskan kembali perjalanan dan semakin dekat dengan pekan Mandurah ni asyik selisih dengan beberapa kereta mewah ja, kemudian nampak rumah-rumah baglow di pinggir laut dan di hadapan setiap rumah ada yacht. Kerja apala penduduk kat town ni.


  Kesimpulannya ini adalah pekan orang kaya ni. Bandar ni macam bandar terapung sebab dikelilingi oleh air. Pekan ni nampak santai, orang-orangnya rilex macam tak kerja dok rumah dan setiap bulan dapat duit ja.
 
 Seperti pekan-pekan yang lain, saya seharusnya mendapatkan map free mengenai pekan berkenaan. Nampaknya kami tiba kat pekan ni terlalu awal dan dia punya information centre pun tak buka lagi. Sekarang pukul 9.30pagi ya dan kat sini memang terlalu awal untuk buka kedai. Serupa macam kat Augusta, map free mengenai pekan ni dah disediakan kat depan pintu information centre. Map ni dah cukup lengkap kot, jalan-jalan jela.


 Nampak rumah-rumah kat sini macam rumah rehat.






 

 Jalan-jalan macam orang kaya kat pekan orang kaya sambil tengok orang-orang kaya bawa anjing poodle jalan-jalan, kami pun beredar dari sini. Pekan ni memang cantik dan tenang je. Patutla bila tengok harga-harga hotel kat sini riban-riban semuanya walaupun semalam.
 
Mamat berbaju putih tu dok 'gamit' mat saleh dok men ragbi kat padang nak tanya kat mana information centre. 'Gamit' tu bahasa kedah maksudnya 'keloi' or example "Excuse me mate, can i ask something". Dia pun dapat penyakit baru gak kat sini, dok panggil mamat-mamat mat saleh ni 'mate'. Contohnya 'thank you mate', 'hello mate', 'how are u mate'.


Dari Pekan orang kaya iaitu Mandurah, kami meneruskan perjalanan ke arah utara lagi dan sampaila ke pekan Rockingham dalam pukul 10pagi. Pekan ni sangat comel dan moden tak macam kat Albany dan Augusta. Pekan Augusta tu pekan yang comel dan pedalaman serupa macam pekan semeling atau merbok, pekan Semeling dan Merbok tak comel ke?entahla bagi saya tu pekan-pekan comel.
Perasan tak jalan tar kat sini color merah. Unik la pekan ni.


 Bangunan belakang tu la information centre. Suka dok sini sebab cuaca sejuk walaupun matahari memancarkan sinarnya. Patutla mat saleh suka berjemur nooo. Kalau berjemur kat pantai merdeka maka jadila orang kering aka ikan kering

  Seperti biasa setiap kali sampai pekan baru ni tempat pertama yang ditujui ialah information centre. Agak sesat juga sebab dok tengok signboard dia arah kanan tapi rupanya arahnya ke kiri. Sampai je kat kaunter dia, kami tanyala staf diorang kenapa bagi salah arrow kat jalan utama. Diorang cakap sebab dulu tempat diorang kat belah kanan tu sekarang dah pindah ke tempat baru dan satu lagi saja nak confiuskan orang sebab diorang akan rilex orang tak ramai datang nak bertanya sambil dok gelak...oooo nak mengelat la ni.

 Macam biasala saya minta segala map free dan apa-apa yang free untuk kami. Saya minta juga dia carikan restoran halal kat pekan ni. Kat sini plan betul-betul kat mana nak pi tempat tumpuan pelancongnya dan kena anggarkan jarak dan masa supaya plan asal tak lari. Nak tanya apa-apa tanyala sepuasnya sampai puas hati sebab diorang tak lokek memberi segala maklumat dan bantuan. Saya memang suka information centre dan suka dengan semua staf ic yang kami jumpa sepanjang road trip ni.
Jangan tak tau ya ada satu masjid di Rockingham yang sangat popular dengan aktiviti kemelayuannya. Saya tanya gak kat diorang kat mana masjid Ar-Rukun Rockingham, tak cukup dia tunjuk dalam map dan dia ajak saya keluar kat jalan dan tunjuk sendiri masjid tu dok betul-betul belakang information centre. See...betapa beriya-iyanya diorang nak bantu kita. Mungkin sebab sebelum ni kami cakap dah sesat masa nak cari information centre ni kot. Dari information centre dah nampak kubah color gold kat belakang tu tapi zohor tak masuk waktu lagi, nanti kami singgah sana solat.
 
Sementara tu kat sebelah ni ada macam satu art gallery keagamaan tapi tak tau agama apa tah, nak kata budha tapi lain sikit tahla. Memandangkan saya dan mr.soulmate memang suka tengok lukisan, layan ja.
Sesapa yang single dan nak cari pasangan mat saleh bolehla join event ni. Tetiba teringatkan 2orang best fren kat Kelana Jaya.
Kat belakang ni juga ada pasar pagi yang diorang buat kat parking lot. Takla meriah sangat tapi dari jauh dok nampak kedai buah, hati dah berbunga sebab nak cari buah dari Bunbury lagi. Avocado 3biji $1, murah sangat kot ambikla beberapa biji. Tanya uncle ni avocado ni dah masak belum, dia cakap kena tunggu 3hari baru masak. Ok sangat la kot, leh bawa balik Malaysia, nak buat ice cream avocado. Dah lama cari ice cream avocado tapi tak pernah jumpa walaupun kat Kuala Lumpur. Strawberry pun murah gak dan sangat manis. Dok lama-lama pun tak best sebab bau yang tidak menyenangkan sebab nampak tak lori belakang bertentang kedai buah ni jual daging babi dan baunya sangat busuk.
Nampak ja makanan halal harusla borong sikit tambahan lagi murah
Bertentangan dengan information centre ada taman dan pantai, lepak kat taman dulu sambil tengok pantai. Saya memang suka pantai, pantai lumpur tanjung dawai pun suka juga tengok.
Biru ja airnya dan pasirnya putih bersih. Ada yang bawa anak-anak mandi pantai kat sini. Airnya sangat tenang dan pasirnya landai, memang selamat untuk kanak-kanak mandi manda kat sini.
Pantai yang orang boleh mandi manda memang tak boleh bawa anjing kat sini sebab dah ada signboard terang-terang kat depan ni yakni anjing boleh dok kat taman saja, takleh turun ke pasir.
Dari pantai yang indah, kami gerak ke masjid bila waktu zohor dah semakin hampir. Dalam hati mudah-mudahan jumpa sesapa orang melayu kat sini.
Inila masjid Rockingham. Masa nak ambil wuduk ada perkataan wanita kat pintu tu dan ada poster untuk pertandingan kebudayaan tarian zapin. Memang kuat betul pengaruh melayu kat sini. Masa nak keluar dari masjid ni ada sesorang tanya "tempat nak ambik wuduk kat mana?" terkejut dengar sebab lama tak dengar orang cakap melayu melainkan kami berdua. Rupanya diorang dari Johor, 1st time datang ke masjid ni juga. Dalam hati nak bertembung dengan melayu tempatan kat sini tapi jumpa melayu yang mai melancong juga.

Dari masjid Rockingham, kami ke tempat paling best iaitu.....PERON POINT.....heaven......
Inila Peron Point. Tak sia-sia saya batalkan plan ke Phuket 2 bulan lepas sebab menduduki final exam kerana saya akan menyaksikan view yang lebih indah dari Phuket. Kisahnya setahun yang lepas masa uncle tony air asia buat promosi tambang 10sen, bersengkang mata pukul 4pagi semata-mata nak beli tiket penerbangan ke Phuket bersama-sama beberapa kawan-kawan terdekat. Boleh tengok entry xcited yang menyedihkan ni. Tibanya tarikh dijanjikan, saya sambung belajar dan tarikh exam jatuh pada hari tu juga. Tiket penerbangan saya dan mr.soulmate pun terpaksa dibatalkan tanpa pulangan balik. Betulla dengan ungkapan 
 "Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, dan Allah datangkan hujan. Kita menangis mencari matahari, tapi sebenarnya Allah nak hadiahkan kita pelangi"
Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya dan nantikan hikmah yang bakal kita terima di kemudian hari.
Saya bersyukur sangat sebab keputusan saya untuk menuntut ilmu, saya berkorban trip ke Phuket dan sebagai balasannya saya dapat saksikan pantai-pantai yang jauh lebih indah dari Phuket di sini.
Tiada kata-kata dapat saya ucapkan melainkan ini adalah syurga dunia. Syukur saya dapat menikmati keindahan sebegini cantik dengan orang yang paling rapat dalan hidup saya.

Kat sini nampak pasangan pengantin buat shoot gambar perkahwinan kat lookout point atas bukit tu, mesti cantik

Masa dok posing2 bagai nak rak kat sini, budak lelaki ni datang dan bagi salam. Dia tanya datang dari mana. Tengok muka macam orang Australia juga, mungkin mualaf atau muslim australia. Peramah juga budak ni walaupun mak bapak dia buat dek je kat kami.
Time to say goodbye Peron Point, kalau umur panjang kita berjumpa lagi. Let's go to our next destinasi, pekan apa pula nak jumpa lepas ni ?

Life must go on....seterusnya ke Perth.
Oh ya ada satu lagi pekan yang bakal tempuh sebelum masuk Perth City iaitu FREMANTLE
Lori macam ni memang banyak kat sini, kat Albany highway dok nampak 3tangki lori sekali gus bawa tapi kat sini 2tangki saja. Macam dalam cerita fast and furious kan.



Dah sampai sudah pekan yang famous dengan fish and chipnya. Sesapa yang datang Perth memang wajib datang Frementle kan sebab kawan-kawan saya bila cakap saya ke Perth mesti tanya soalan yang sama iaitu "Pergi tak Fremantle?Sempat try fish and chip dia tak?"

Memandangkan hari ni adalah hari sabtu, maka ramaila penduduk Perth keluar bersiar-siar lepaking kat taman ni dengan family. Sesaknya saya rasa sebab selama ni jumpa orang sikit ja, mai dekat dengan city semakin crowded pula orang.


Kami parking kat tepi jalan ni, bayar $2 dan boleh letak kereta sampai esok tapi takkan kot, nak makan fish and chip saja ni. Ok tadi kat Mandurah pun bergambar kat Cicerello's kali ni kat Cicerello's Fremantle pula. Tak sabar nak makan sebab perut dah mula buat konsert minta diisi. Kat sini pandang kanan nampak orang melayu pandang kiri nampak orang melayu. Muka diorang macam teruja ja dan kebanyakannya dengan big family, dalam hati saya fikir ni mesti baru turun dari airport ni hehehe.
So macam mana rupanya? fish and chip ni besar portionnya dan kami kongsi ja sebab tau dah memang banyak. Dia letak dalam kertas ja dan kalau nak lemon dan sauce kena beli asing. Saya ambik sweet chilli sauce dan hot chilli sauce. 

Oh ya wajib beli lemon tau dan perah air lemon atas fish ni sebab kalau makan dengan perahan lemon rasanya lebih bangkit. Isi ikan ni sangat juicy dan kulit tepung ni crispy. Serious sedap dan saya dah fikir nanti balik ni kena buat sendiri fish and chip macam kat fremantle kat rumah ni. 

Saya banyak baca review dari forum dan blog-blog ramai yang suka makan kat Keilis sebab kata mereka dalam blog, Keilis ni ramai rakyat malaysia suka makan tapi cicerello's ni kesukaan orang local. Saya pun dah cek kat jawatankuasa muslim Australia yang cicerello's ni diistihar halal untuk fish and chipnya. Memandangkan saya suka makanan western sebab tu saya nak cuba rasa Cicerello's  yakni favourite local people than favourite orang Malaysia.

Konon nak bagitau cheq ni walaupun orang kedah tapi lidah orang putih, cheq suka makanan omputih lagi dari makanan orang melayu. Adakah cheq ni sangat poyo?hahaha bukan apa dari kecil lagi cheq satu family tak la makan nasi hari-hari sebab my beloved mom memang suka masak masakan antarabangsa. Makanan mexico, italy, arab, india, cina dan apa saja yang halal memang my beloved mom suka masak buat anak-anaknya sebab tula anak-anak suka masakan luar.
Hari ni orang ramai sangat, meja hampir full house. Sementara mr.soulamte beli kat kaunter, saya cupp tempat duduk kat luar sambil tengok gelagat manusia dan seagull yang sememangnya meriah di sini. 

Lepas makan kami jejalan ke E-Shed market yang berada tak jauh dari sini. E-Shed market ni tempat nak cari souvenir murah-murah tapi dia cuma bukak weekend saja. So kena pandai plan la kalau mai seminggu kat sini.
Tuju penyanyi lagenda di Perth
Saya survey harga dulu tak nak terburu-buru beli kot-kot tempat lain ada jual lagi murah kan. Dulu kemain promote pengguna bijak kat orang ramai, diri sendiri kenala praktikkan. Sebenarnya saya tak kisah nak ke tempat yang sama 2, 3 kali sebab tak rugi pun jejalan makan angin kat fremantle memandangkan kedudukannya yang tak jauh dari city Perth.
Antara harbour Fremantle dan E-Shed market ada bukit kat tengah-tengah. Panjat bukit ni sambil layan view laut dari atas bukit ni.
Walaupun kami berada di tengah-tengah mat saleh yang crowded macam biasa dok pong pang cakap kedah la kan dan tetiba ada 2girls mai tegur "orang Malaysia ka?". Dalam hati saya dok kata tak kan tak dengar kami dok menyembang cakap kedah ni. Borak-borak diorang ni student dari Malaysia, baru 5bulan study kat sini. Mai sini makan fish and chip jugak. Diorang tanya kami raya 1st kat mana, bila cakap kat Malaysia depa macam curious tanya "best tak raya kat Malaysia? makan rendang, ketupat...." kami saling berpandangan sebab katanya baru 5bulan kat sini tapi kenapa macam 50tahun kat sini. Tak pernah beraya kat kampung ka?tak pernah makan ketupat rendang ke?sangat pelik ok tak kan kejutan budaya kot.
Dari Fremantle kami gerak nak beli bun kat Danish Patisserie tapi hampa kedai tu tutup setengah jam awal masa kami sampai kat depan kilang. Apa pun kemudian kami meneruskan perjalanan ke Perth City

Masa tu ingat nak tinggalkan bag ke rehatkan diri ke or apa-apa yang patut kat homestay tapi host bawa rombongan lain, so tak dak sapa kat rumah. Menyesal sangat ambil homestay, next time sesapa nak datang Perth seeloknya cari hotel yang berlambak-lambak kat Perth City ni dahla lebih murah, selesa, bersih dan dekat dengan segala kemudahan. Malas nak cakap pasal homestay ni sebab nanti sakit hati je, spoil mood je.
Memandangkan tak boleh nak rehatkan diri kat homestay, so kenala tunggu dulu sampai tuan rumah balik. Sementara tu kami lepak-lepak kat Perth CBD, tak dak hala tuju, ikut je kaki nak menapak kat mana-mana. Kat sini ada beberapa kedai yang jual souvenir juga tapi bila saya bandingkan harganya lebih mahal dari E-Shed market. Nampak gaya kena borong souvenir kat E-Shed market la.
Ada kedai halal, bolehla tapau buat dinner malam ni. Saya beli lamb burger dan mr.soulmate beli Mediterranean Plate
Malam pun melabuhkan tirainya, maka perlula ke tempat penginapan walaupun tuan rumah still tak ada kat rumah. End day 4. Esok nak sambut karnival Aidilfitri bersama saudara muslim di Perth dan shopping time.

EXPENSES DAY 4

Isi minyak Gull = $20.50
Kopi di Highway Bunbury = $4
Beli buah kat pasar pagi Rockingham = $4.50
Fish n Chip kat Cicerello's = $23.20
Dinner kedai Lebanese = $18.90
Parking di Fremantle = $2
Parking di Perth CBD = $4
Homestay $75x2 = $150

TOTAL = $227.10


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I became honored to obtain a call coming from a friend as he identified the important points shared on your own site. Looking at your blog write-up is a real amazing experience. Thanks again for taking into consideration readers like me, and I hope for you the best of achievements as being a professional in this arena.

Oz Family Store berkata...

Assalamualaikum warahmatullah. Just to share some info. If nk try fish & chips di Fremantle ada lah lebih baik cuba mkn di Kailis. Diaorg guna cotton seed oil & canola oil utk fry while cicerellos guna animal oil & menu diaorg ade served bacon. Sy tinggal di sini. Mase mula2 dulu pun sy mkn di Cicerellos juge sbb x tahu :)

traveller berkata...

Salam.nak share with u guys.i br blk dr perth.stayed in mahira holiday hmes n car rental.rumah memang best siap dgn wifi free.modern fully furnished.near city perth.max 11 org.memang harga berbaloi.servis thumb up. Owner Hj shariff.anak dia ada disini.boleh contact 0123360098 cik siti. Diaorg buat fullboard pakej juga siap 3x halal meal a day.

traveller berkata...

Salam.nak share with u guys.i br blk dr perth.stayed in mahira holiday hmes n car rental.rumah memang best siap dgn wifi free.modern fully furnished.near city perth.max 11 org.memang harga berbaloi.servis thumb up. Owner Hj shariff.anak dia ada disini.boleh contact 0123360098 cik siti. Diaorg buat fullboard pakej juga siap 3x halal meal a day.

mike alsiaki qader bentaha berkata...

Sekiranya memerlukan homestay di Perth, sesuai utk org Islam, SUCI dan HALAL, boleh muat hingga 6 orang..$180 per malam..10 minit dari Perth City..boleh whatsapp +61411536495 utk berbincang dengan lebih lanjut..

mike alsiaki qader bentaha berkata...

Assalamualaykum...just nak share..Sekiranya memerlukan homestay di Perth, sesuai utk org Islam, SUCI dan HALAL, boleh muat hingga 6 orang..$180 per malam..10 minit dari Perth City..boleh whatsapp +61411536495 utk berbincang dengan lebih lanjut..

mas berkata...

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh ,
Ya, Saya pun pernah tanya sendiri dengan chef cicerellos. They use animal fat. Setahu I, kalau animal fat, then most probably it is lard sebab lard is readily available. Chef tu pun kata dia tak tahu what type of animal fat, but probably it also contains lard. So macam mana Jawatan Kuasa Muslim certify it is halal?
If you are staying there, maybe you can do the Muslims a favour and contact the association for clarification. Ramai Muslims makan kat situ. I pun suka makan situ dulu. I tourist aje.

Kailis memang use vege oil.