Klik sini

Rabu, 1 Ogos 2012

Blueberry Cheesecake

Best Blogger Tips
 Salam Ramadhan...selamat beramal di bulan yang mulia ni. Yang berpuasa selamat puasa yang tak boleh puasa selamat makan hehehehe....

 Cheesecake ni 3layer kaedahnya sama jugak macam Strawberry Yogurt Cheesecake. Bahan pun lebih kurang sama saja cuma dari buah strawberry digantikan dengan buah blueberry. Lapisan yang bawah tu saya gunakan biskut oreo fillingnya perisa blueberry. Mungkin ramai yang kalau buat cheesecake guna biskut oreo ni akan buang filling tengahnya tapi bagi sayala buat apa nak membazirkan, lagipun filling ni boleh dijadikan agen untuk memadatkan biskut ni juga.

 Ini resepinya:
 Lapisan bawah: 
Bahan:
2 bungkus Biskut oreo berperisa blueberry
2 sudu butter yang dicairkan

Cara buat:
- Hancurkan biskut oreo sampai jadi serbuk dan gaulkan dengan butter.
- Padatkan dalam loyang, tekan sampai padat dan sejukkan dalam peti sejuk selama 30minit

Lapisan tengah:
Bahan:
6 kotak kecil yogurt berperisa blueberry
250g cream cheese biasanya saya guna brand tantura
1/2 cup whipping cream
1 peket gelatin brand halalgel
5 sudu air

Cara buat:
Rendamkan gelatin bersama 5 sudu air, biarkan sampai dia jadi keras
Pukul Cream cheese sampai kembang, bila dah kembang masukkan gula
masukkan whipping cream dan pukul lagi
masukkan yogurt dan pukul lagi
Dalam bekas gelatin yang mengeras tu masukkan dalam microwave selama 30saat atau sehingga gelatin cair semula. Kemudian gelatin yang cair tu gaulkan pelan-pelan dalam adunan cheese supaya gelatin tak berketul
Adunan tu kemudian tuangkan atas lapisan biskut oreo dan simpan dalam peti sejuk selama 3jam. Kalau nak cepat simpat kat tempat frozen.

Lapisan Atas:
Bahan:
1/2 cup air
2 sudu jam perisa blueberry
1/2 cup buah blueberry segar
1/2 sudu kecil gelatin

Cara buat:
Dalam pan, masukkan air, jam dan buah blueberry sampai mendidih
Tutup air dan sprinkle kan gelatin atas cecair dan gaul pelahan2 agar gelatin sebati dan tak berketul
tuangkan atas adunan cheese secara berhati-hati, jangan sampai adunan cheese pecah
Sejukkan semalamam. Saya sejukkan adunan kat tempat frozen juga.

 Saya guna buah ni sikit ja sebab rasa macam nak pengsan tengok harga sekotak buah blueberry ni. Kalau kat area Klang Valley mungkin lebih murah kot.

Selamat mencuba

6 ulasan:

Anna Qawina berkata...

Aslmkm..
akak dah lama save rsp awak ni tau..dah buat jual pon..tqvm ye...moga maju jaya sentiasa..
Selamat berpuasa..:)

Noor Hafirdaus berkata...

yeke...alhamdulillah. Selamat berpuasa. Kalau akak ada blog tinggalkan alamat blog akak, boleh saya follow

Cik Qaseh berkata...

assalamualaikum wbt..npk sedap je rasa agaknya lg sedap...saya follow blog ni...sudi2 kn lah ke blog saya:)

Noor Hafirdaus berkata...

ala cik Qaseh...kenapa takleh bukak blog cik Qaseh ni?nanti tinggalkan link blog boleh saya jalan-jalan cari resepi hehehe

zila berkata...

memang senang nak follow step hang tunjuk ni..galatin tu nak amik mana?? da jual ka??

Noor Hafirdaus berkata...

ishhh hang ni zila...bukan kata senang dapat kat bakery shop, kat tesco n giant pun byk juai jugak