Ahad, 29 Julai 2012

Cannelloni


Apa tu cannelloni? cannelloni ni kakak ipar kepada macaroni hehehe...apa yang ada ni..ni...kat belakang ni bentuk dia tube cuma tube ni besar berbanding macaroni.

Inilah bungkusannya yang terdapat di tesco. Tesco kat area utara ni tak pastila sebab aritu cari couscous kat tesco utara tak ada jual, ini kan pula cannelloni.


Resepi nak buat saya rujuk kat kotak dia je sebab macam senang je nak paham cuma riccotta cheese saya gantikan dengan cheddar cheese dan spinach tu saya gamtikan dengan vege lain.


Inilah bahan-bahan yang saya guna iaitu daging cincang, sebiji telur, 2biji bawang merah, 3ulas garlic, cheese, daun parsley, breadcrumb, tomato puree dan pasta cannelloni


Semua bahan-bahan gaul rata dan perisakan dengan salt dan pepper

Sama macam masak lasagna, saya suka rebus sikit pasta ni sekurang-kurangnya dia lembut sikit walaupun arahan kotak tu kata filling terus kan tanpa rebus. Saya rebus sekejap saja lebih kurang 5minit.

Lepas rebus pasta ni baru saya isikan bahan-bahan yang digaul tadi dan susun dalam bekas casserole ni.



Tomato puree tu saya letakkan di bawah dan di atas cannelloni dan jangan lupa letak cheese atas pasta ni.


Saya bakar selama 20 minit dengan suhu 200C


Untuk mengelakkan cheese hangit atas pasta, 15minit awal saya tutup dengan aluminium foil dan 5minit akhir saya bukak aluminium foil tu dan barula cheese yg cair tu mengeras dan jadi keperangan.



Ok dah siap untuk dimakan tapi jangan makan sekarang, nanti masuk maghrib baru leh makan yer

Tiada ulasan: