Isnin, 3 Oktober 2011

Open House aka Party at Home

Hajat di hati nak upload gambar-gambar menu dan suasana masa open house baru-baru ni tapi......mak oii mana dan nya. Kita la hos party kitala tukang masak kitala jugak nak kemas rumah deco sana sikit sini sikit dan kitala jugak kena layan tetamu yang mai. Tu tak kira makanan yang kurang nak pi tambah nak pi panaskan lagi. Bagaikan tsunami masa tu, nak habaq mai. Letih badan dengan tak cukup tidoq tak payah habaqla tapi end of the day memang rasa puas sangat. Lega kita leh buat kenduri jamu kawan-kawan dan saudara yang mai. Dan yang paling utama bestnya saya dan mr.soulmate yang masakan semua memu-menu. Sudah tentula saya dan mr.soulmate masak menu-menu yang kami dua dah expert hehehe takla pro mana pun tapi menu-menu ni dah survey kepada lebih 10 orang menyatakan menu ni lebih sedap dari makan kat kedai hahahaha perasan la....kembangkan hidung bebola api nak keluar dari hidung ngeh ngeh ngeh.....
Manakala pilihan menu mr.soulamte ialah Nasi Ulam Kedah, Ayam Bakar/Ikan Bakar dan minuman air markisa. 
Amacam menu ada menarikkah?mestila nak buat lain sikit sebab musim open house kebanyakan rumah buat laksa, ketupat/lemang dan rendang, bihun sup, mi kari, nasi tomato dan seangkatan dengannya. Apakata kat rumah ni makan ala-ala fusion Itali+Kedah hehehehe leh masuk jugak.
Memandangkan saya tak sempat langsung nak snap 2,3 keping gambar sekali pun sebab terlalu bz, saya nak bagi antara tip-tip bagi penyediaan open house ni. Ala tak kisahla open house ke kenduri doa selamat ke or apa-apa kenduri yang plan masak sendiri kat rumah ni.
Mengikut pengalaman sayala ni dan tak tentu pandangan saya ni betul, mohon pembaca leh komen kot-kot saya salah kan. Mula-mula kena ada banyak plan A, plan B, plan C or sebanyak mana mungkin sebab yela kita mampu merancang tapi Allah SWT yang menentukan segalanya. SESI PERTAMA>>>Plan Sebelum Party mestila kena tentukan bila, di mana party berlangsung dan nak masak apa. Tarikh sangat penting supaya kita pilih date yang kita sendiri free masa tu dan keduanya tak bertindih dengan orang lain sebab kita pun nak pi party rumah orang lain jugak hehehe. Masa party start pun tersangatla penting, jangan terlalu awal sampai tuan rumah tak sempat nak sedia apa lagi tetamu dah datang dan janganlah lewat sangat sampai tetamu tak boleh datang rumah kita dah sebab lewat sangat. Dalam bab masa ni saya selalu gagal walaupun dah berkali-kali buat rumah terbuka. Mungkin saya pun spesis lembab nak mampos. Stop dulu cita pasal masa, kita ke cita menu dan tetamu pula. Bab nak menentukan menu pun penting juga. Masa ni saya dan mr.soulmate dah berbincang nak masak apa untuk tetamu dan kebanyakan menu pun datangnya dari request tetamu juga. Kedua kami plan berapa ramai tetamu nak jemput. Kali ni kami plan dalam 30 orang je nak jemput tapi terjemput sampai lebih 50 orang dan yang datangnya lebih 100 orang. Sebab tu masa plan nak jemput tetamu ni walaupun kita plan nak jemput 30 orang kita kena gandakan purata tetamu yang hadir sehingga 3kali ganda atau lebih sebabnya tetamu kita bukan nak datang sorang mestila nak bawak pasangan atau anak-anak atau kawan rapat ke jiran ke or sapa-sapa jela. Nama pun buat kenduri mestila kita mengalu-alukan kedatangan tetamu pada masa ni jadi baik lebihkan makanan daripada makanan tak cukup pulak nanti. Bila dah dapat menu dan jumlah anggaran tetamu masa ni, kami dua pun kira-kirala semua kos dari A to Z dan dapatlah berapa nak budget untuk kenduri ni. Ingat tau masa kita kira kos ni jangan panggil lagi tetamu yela mana tau kot-kot budget tak cukup lak. Bila saya dah kira kos dan kos party ni under budget kami pun go on la menjemput tetamu termasuklah buat RSVP event dalam facebook, (R.S.V.P. stands for a French phrase, "répondez, s'il vous plaît," which means "please reply.")
Ok, time ni kita dah dapat feedback dari tetamu sapa yang boleh datang sapa yang takleh datang. Masa ni pun dah boleh buat anggaran jugak berapa tetamu yang akan hadir dan keseluruhan kos.
SESI KEDUA>>>>Shopping time.....beli barang-barang masak, barang pakai buang (sudu,cawan,piring,mangkuk,garfu dll) dan lain-lain barang during party. Bila semua dah ada baru start masak. Sesi memasak ni kita kena ada time management yang sistematik supaya makanan yang dihidangkan tak terlewat dihidang dan tak terlalu awal sampai tetamu makan makanan sejuk. Time oh Time.....bab masa saya selalu fail, ada je tak kena. Masa ni dah jadi macam rancangan Dinner Impossible atau Top Chef masa restaurant war. Keadaan jadi macam ni sebab kami dua yang buat segalanya, tak ada pembantu. Time ni jugakla macam-macam nak jadi, boleh jadi gila jap.  Bayangkan mixer saya tengah buat cake tetiba keluar asap berkepol-kepol dah takleh pakai dah...kena pi giant beli mixer baru lak. Bila kenang balik memang kelakar leh ketawa seorang diri bila kenangkan kekecohan masa masak tu. Walaupun kecoh-kecoh tak cukup masa leh excited jugak sebab bun dan cupcakes yang baru keluar dari oven semua naik elok cukup gebu syiok betoila. Itu juga salah satu sebab saya dan mr.soulmate tak pernah tension buat masak-masak ni sebab kami enjoy sepanjang masa. Sejam sebelum party bermula saya memang dah agak akan ada tetamu yang datang awal. Masa ni saya dah kemas-kemas rumah yang selerak bak tongkang pecah dan biarkan mr.soulmate sorang-sorang kat dapur menghabiskan masakan yang terakhir. Habis kemas semua baru nak pi siapkan diri maklumla bukan sorang dua nak layan nanti ni.
Seperti dijangka tetamu datang awal setengah jam. Semua menu dah tersusun di atas meja kecuali nasi ulam mr.soulmate....sian dia masih bertungkus lumus siapkan hidangan terakhir. Tak sempat nak kesian lebih-lebih datang pula tetamu seterusnya dan seterusnya dan semakin lama semakin ramai. Serba salah pula time ni jemput orang datang serentak sampaikan takdak tempat dah nak duduk, berhimpit-himpit pulak tetamu jadinya. Party sebelum ni saya ada buat time schedule untuk tetamu, satu group untuk datang pukul berapa dan satu group lain untuk datang pukul berapa pula tapi biasala kan orang melayu tak ikut time punya sebab tu kali ni saya panggil serentak. Bila datang serentak ambik kau.....rumah ku senonet ciput ni bagai nak rak sudah. Rumah lagi meriah bila saya jemput kawan-kawan sekolah dan kawan-kawan kat 'u' dulu. Bagai reunion pulak, riuh rendah gelak ketawa dan kenangan zaman dulu memang tak leh gambarkan betapi meriahnya kami. Lupa diri jap bila jumpa balik kawan-kawan yang terpisah hampir 12 tahun. Masa ni kawan-kawan tempat keja letak tepi dulu sebab depa dok jumpa hari-hari dah.
Hampir tengah malam tetamu tegar pun pulang hahaha jangan marah ya tetamu tegar hehehehe kami dua pun selalu jadi tetamu tegar jugak kat rumah depa sampai pukul 2pagi.
SESI KE-3>>>> Habis party, masa untuk flatkan diri dan zzzzzzz....... Rumah yang bersepah tinggalkan dulu, sekarang masa untuk tido dengan nyenyaknya. Keesokan paginya apa lagi maka kami berdua bergotong royong membersihkan rumah. Sorang dok basuh periuk belanga, sorang dok vacum mop lantai. Sesambil tu kami dua buat postmortem party balik. Apa yang kurang apa yang lebih. Apa saja endingnya party ni semua pihak puas hati terutamya kami dua yang berpenat lelah ni bertambah-tambah happy bila semua makanan pun licin.
Selepas kemas rumah cuci calat semua kena kemas bag balik kampung. Esoknya kena berkursus pulak. Balik kursus terus sambung family day opis. Wahhhh penat sungguhla.....weng kepala kejap.

2 ulasan:

Rasmuna Mun berkata...

uhuhuhu....rugi den x pegi ritu ye...len kali meh masak kt umah aku je la...hahaha

Hafirdaus berkata...

rumah hang kat kuala ka?