Lama tak update blog ni sebab:
1. Demam campak, doktor bagi mc 14hari
2. Susah bebenorla nak upload gambar dalam ipad ni....last2 tak jadila buat entry masak
3. Balik kampung pakai berok band je melalui ipad, line pun ikut coverage
4. Balik kampung setiap hari ada orang yang masakkan, takdan nak masak sendiri pun
5. Balik kampung.....setiap hari meronda je sebab setiap kali balik ada je perubahan kat kampung halaman, sangat teruja
Tu je kot antara sebab musababnya, sekian.
Jumaat, 26 Ogos 2011
Isnin, 22 Ogos 2011
Buah Jentik
Orang Utaqa yang tak kenai buah jentik memangla nak kena putaq kepala dah ni. Saya pun hairan awat buah jentik ni tak tumbuh kat area Lembah Klang ni sebab orang-orang kat Lembah Klang ni tak kenai pun kalau cita pasai buah jentik. Tak dinafikan buah jentik ni antara buah hutan yang senang jumpa kat negeri Perlis dan Kedah. Kebelakangan ni pokok buah jentik dah semakin pupus dah. Kalau pupus nanti habisla khazanah alam yang berharga cuma tinggal sejarah jela kat anak cucu kita nanti.
Saya kalau balik Kedah suka ikut jalan tepi bendang macam ni dari lalu kat jalan persekutuan. Orang sini panggil batas ban la. Sebabnya kalau balik KL tak jumpa dah view macam ni
Gambar tadi awai-awai tu masa buah jentik tak buang kulit lagi. Ni buah jentik yang siap nak dingap je
Nak buang kulit buah jentik ni senang je cuma jentik je kulit dia dan tertanggalla sudah kulit dia. Makan sekali dengan biji dia, biji dia tak tumbuh dalam perut punya...jangan risau.
Buah jentik ni lagi best kalau satu tangkai ni dibuang semua kulitnya dan makan macam buah anggur lak
Ha..mana nak cari tengah-tengah pekan ada petak sawah padi macam kat Alor Setar ni
Ahad, 21 Ogos 2011
Udon Goreng Bijan @ Sesame Stir Fried Udon
Udon antara makanan baru yang saya berjinak-jinak nak cuba makan dan masak ni. Kalau sesapa yang minat makanan Jepun mesti dah biasa makan udon kan. Saya jarang makan makanan Jepun sebab makanan Jepun ni tak banyak rasa, kalau sekali makan boleh agakla dalam makanan ni diorang letak apa..apa...sebab tak banyak perencahnya.
Sebelum ni saya dah buat Udon Sup dan Udon Goreng. Kali ni saja nak buat Udon masak kicap dengan bijan lak.
Perlu ke tidak letak resepi?tak perlula sebab bahan-bahan dia kita boleh letak apa saja yang kita suka. Cara masak sama je kalau nak buat mi goreng atau bihun goreng cuma letak bijan je
Sabtu, 20 Ogos 2011
Spaghetti Meatball
Inilah hidangan lunch di bulan posa yang disediakan istimewa dari mr.soulmate yang tercinta. Ada ka patut orang posa yang kena sediakan makan kat orang tak posa. Memandangkan orang tak posa ni sakit yang teruk dan perlu makan ubat setiap 4jam makanya orang posa yang sihat la yang kena sediakan segalanya. Memang terukla sakit kali ni chickenpox dah naik habis satu muka sampaikan kat kulit kepala ni dah takdak tempat dah nak naik, semua naik. Terharu dengan pengorbanan mr.soulmate. Pada hari yang tau sakit ni, mr.soulmate dari utara tanah air terus gegas balik dari tempat keja naik bas datang ke lembah klang nak jumpa buah hati intan payung yang sakit bersendirian ni hehehehe......sweet tak?lagi sewwweeettt bila mr.soulmate yang mandikan dan sapukan ubat Calamine Lotion kat seluruh badan orang sakit.
Semua gambar kali ni diambil oleh mr.soulmate sendiri sebab orang sakit dah tido terlentang depan tv, tau-tau mr.soulmate kejutkan suruh makan sikit sebab nak makan ubat plak nanti
Nak bagitau bahan dalam ni pun taktau nak cakap sebab semua mr.soulmate yang sediakan. Sebelum ni mr.soulmate ada buat cheesy meatball klik sini dan yang paling sedap tak hinggat masa mr.soulmate buat basil chickenball klik sini dan saya buat burger menara yang tumbang klik sini
Saya sendiri pun taktau samada saya mampu buat semua ni tak kalau mr.soulmate sakit hehehe
Mr.soulmate cakap saya takleh makan makanan bergoreng jadi dia grill je semua ni termasuk veggie. Katanya saja lebihkan veggie sebab dia tau saya ni hantu veggie.
Saya tak mampu nak habiskan satu pinggan ni, makan separuh je. Mr.soulmate cakap tak habis takpa sebab sakit. Saya dapat cuti sakit dari doktor 14hari terus balik dengan mr.soulmate sampai raya. Hopefully raya ni dah sihat dan hilanglah semua parut-parut di segenap pelusok atas kulit ni.
Curry Spaghetti
Ramai kawan-kawan saya dah complain blog saya ni banyak makanan western je. Itula objektifnya blog masak saya ni nak tunjuk makanan yang jarang jumpa kat kedai makan belakang rumah ni hehehe bila masa ada kedai makan kat belakang rumah tah
Kali ni nak buat fusion food la sebab beras tak dah nak masak, mi pun takdak cuma ada spaghetti je. Kiranya ni 1st time nak try makan spaghetti curry ni
Resepi kari rujuk kat Mat Gebu
BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram spaghetti yang belum direbus
2 batang jejari ketam
1 keping dada ayam
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1 camca besar cili kisar
1 pelepah daun kari
1 cawan susu low fat
2 cawan air
1 1/2 camca besar pes kari (boleh rujuk di sini...)
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
- Rebus spaghetti dalam air mendidih bergaram hingga lembut. toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
- Panaskan minyak, tumis hirisan bawang merah, bawang putih, daun kari dan cili kisar hingga harum, masukkan pes kari dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan ayam dan gaul rata. Tuang air dan biar mendidih.
- Masukkan sayur-sayuran seperti tomato, carrot dan sawi.
- Tambah low fat milk, dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
- Isikan spaghetti tadi dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah bersama bahan lain.
Ok rasanya boleh tahan jugak, boleh cuba lagi next time
Jumaat, 19 Ogos 2011
Taco vs Capati
Tak semangat sikit rini demam dan sakit kepala. Ingatkan demam biasa je tup tup ada benjol-benjol tumbuh kat kulit rupanya terkena demam campak....warrrggghhhh dah la dok sorang-sorang
Patutla demam ni tak baik-baik lagi dah nak dekat seminggu kot demam malam je. Yang hairannya demam ni start bila dah masuk waktu berbuka puasa dan baik masa masuk waktu subuh. Kalau demam waktu siang mesti dah tak bermaya taktaula macam mana
Demam deman jugak, mesti kena makan jugak time berbuka puasa walaupun tak berselera sangat nak makan. Idea asal nak buat salsa tapi nenas dan mango tak ada jadi salad parsley je. Dalam salad ni saya masukkan tomato, timun, bawang, carrot dan daun parsley. Saya perasakan dengan salt dan pepper.
Karbohidrat ni saya guna capati je tapi presentation ala-ala taco pun ada hehehe terpengaruh dalam food network, ch706
Tudia orang sakit punya makanan hehehe tak habis pun makan. Puding jagung dengan cucur kelantan tu jiran yang bagi. Tu pun dok ada lagi dalam peti ais, bila nak clear taktaula semakin hari semakin banyak makanan dalam peti ais tu
Khamis, 18 Ogos 2011
Meat Pie
Memang dah lama teringin nak buat chicken pot pie dan chicken pie. Nak buat chicken pot pie kena ada pot tapi saya tak ada la pulak pot kan hurmmm....daging cincang je ada sekarang. Nampak gayanya dari chicken pie nak berubah nama jadi meat la pulak. Resepi ni saya ambil dari buku masakan chef Wan Mengelilingi Dunia bertajuk Chicken Pie Mary Ann dan Food Network Alton Brown dalam Good Eat. Resepi ni saya balik keja baru nak sediakan bahan semua, orang azan maghrib minum air kosong dengan kurma dulu sebab meat pie tak masak lagi huhhuhuhu.....plan last minit macam nila jadinya.
Ini bahan asas nak menyediakan meat pie. Saya guna frozen pastry, daging cincang, carrot (potong dadu), potato (potong dadu), onion (potong dadu) dan shitakei mushroom
Lain-lain bahan saya gunakan susu low fat, telur, mustard, rempah thyme, bay leave, oregano, cayenne pepper, sweet paprika, serbuk pala, lada hitam dan garam.
Saya tunjukkan gambar rempah-rempah yang saya selalu guna sebab kawan-kawan saya selalu cakap tak jumpa pun bahan pelik-pelik hehehe tak pelikla tapi tak biasa kita guna dalam masakan melayu sebenarnya.
Ini serbuk cayenne, agak pedas berbanding serbuk paprika. Giada pernah masukkan serbuk cayenne dalam aiskrim coklat hehehe leh try gak nak tau apa rasanya.
Ini daun Thyme, saya suka rasa dia sebab tu kebanyakan masakan saya ada daun thyme
Daun oregano ni tak letak pun tak apa. Oregano ni biasanya letak dalam pasta
Serbuk paprika ni saya suka letak dalam ayam tapi saja nak masukkan dalam ni sekali
Mula-mula saya panaskan kuali dan masukkan minyak canola dan sedikit butter. Saya letakkan 2 sudu tepung gandung dalam minyak ni dan kacau sehingga butter dan tepung ni bertukar warna keperangan dan pekat. Kemudian baru saya masukkan semua bahan termasuk susu low fat ni. Kalau nampak pekat sangat sampai takleh nak kacau leh letakkan air sikit. Bila potato dah lembut baru tutup api dan biarkan sejuk seketika.
Sementara tu sediakan tempat nak mencanai pastry ni.
Saya potong pastry kepada 4segi dan letak inti. Keliling pastry saya letakkan telur supaya senang nak melekat masa nak lipat nanti
Kemudian saya tekan dengan garfu pulak dan cucuk atas pastry supaya masa masak dalam oven, wap dalam pastry leh keluar. Kalau tak cucuk nanti pie ni akan berair kat dalam
Buat lebih sikit leh sedekah kat jiran-jiran di bulan Ramadhan ni. Jiran keliling rumah jela takkan nak langkau bagi jiran yang jauh pulak hehehehe......
Tengok tu dah pukul 7pm baru nak preheat oven. Saya bakar meat pie ni dalam 15minit je.
Ini last inti yang tinggal, nak buat ala-ala meat pot pie
Meat pot pie saya agak hangit kat lapisan atasnya. Tapi leh makan lagi
Saya pakai frozen pastry tapi kalau nak buat sendiri leh layan resepi kat bawah ni:
Pastri:
400 gm mentega
500 gm tepung gandum
100 gm tairu biasa (plain yoghurt)
2 sudu teh gula
2 biji kuning telur
secubit garam
Cara
Masukkan semua bahan ke dalam sebuah bekas yg besar kecuali tairu. Gaul rata sehingga bahan menyerupai ‘breadcrumbs’. Kemudian, masukkan tairu dan uli sehingga menjadi adunan yg lembut. Masukkan adunan ke dalam peti sejuk kira-kira 30 minit hingga 1 jam sebelum digunakan.
Masukkan semua bahan ke dalam sebuah bekas yg besar kecuali tairu. Gaul rata sehingga bahan menyerupai ‘breadcrumbs’. Kemudian, masukkan tairu dan uli sehingga menjadi adunan yg lembut. Masukkan adunan ke dalam peti sejuk kira-kira 30 minit hingga 1 jam sebelum digunakan.
Inti:
2 biji kentang (potong dadu)
1 batang lobak merah (potong dadu)
1 batang lobak merah (potong dadu)
1 biji bawang besar (potong dadu)
cendawan shitakei (potong 4)
250 gm isi daging cincang
2 sudu tepung gandum
2 sudu tepung gandum
150ml susu low fat milk
1-2 sudu teh garam (atau secukup rasa)
1/2 sudu teh serbuk buah pala (optional)
Rempah-rempah seperti dalam gambar di atas
Rempah-rempah seperti dalam gambar di atas
secukup lada putih / lada hitam.
minyak canola
minyak canola
butter
1 biji kuning telur + 2 sudu besar susu segar (utk sapu atas permukaan pie)
Cara
1) Panaskan minyak dan butter dalam kuali dan masukkan tepung gandum. Kacau sehingga pekat dan keperangan. Masukkan bawang besar, isi daging dan kacau sebentar sehingga agak masak.
2) Seterusnya, masukkan cendawan, kentang, lobak, dan rempah-rempah. Kacau hingga sebati lalu bubuh garam, gula, lada putih/hitam & serbuk buah pala. Kalau bahan agak kering, bubuh sedikit air dan gaul lagi.
3) Kemudian matikan api dan biarkan seketika
Cara Membuat Pie
Keluarkan adunan dari peti sejuk lalu dicanai. Anda boleh buat pie mengikut saiz yg anda suka. Setelah adunan dicanai, terapkan dan bubuh ke dalam acuan pie lalu ratakan. Cucuk2 sedikit adunan di dasar acuan. Kemudian, isikan dgn intinya dan tutuplah acuan pie ini dgn sekeping lagi adunan yg telah dicanai. Cucuk2 lagi di permukaannya dan sapukan dgn kuning telur. Bakar dalam oven dgn suhu 180C selama kira-kira 30 minit.
Keluarkan adunan dari peti sejuk lalu dicanai. Anda boleh buat pie mengikut saiz yg anda suka. Setelah adunan dicanai, terapkan dan bubuh ke dalam acuan pie lalu ratakan. Cucuk2 sedikit adunan di dasar acuan. Kemudian, isikan dgn intinya dan tutuplah acuan pie ini dgn sekeping lagi adunan yg telah dicanai. Cucuk2 lagi di permukaannya dan sapukan dgn kuning telur. Bakar dalam oven dgn suhu 180C selama kira-kira 30 minit.
Nota:1. Anda boleh juga masukkan telur rebus ke dalam inti pie ini. Kalau gunakan telur ayam, setelah direbus, dipotong ke beberpa bahagian kecil. Boleh juga digunakan telur burung.
2. Anda boleh gantikan jagung, kcg peas & lobak dgn sayur campur (mixed vege) dgn sukatan yg lebih kurang sama.
Rabu, 17 Ogos 2011
Cucur Cempedak
Memang dah lama mengidam nak makan cucur cempedak. Suatu weekend yang indah mr. soulmate pun bawakla sebiji cempedah dari nun jauh di utara. Mr. Soulmate pun dengan bersungguhnya buatkan cucur cempedak kat mrs.soulmate hehehehe.....
Memandangkan tak ada tepung goreng, mr.soulmate pun pakai tepung cucur udang ADABI je buat salut cempedak ni
Mrs. soulmate dah pesan kat mr.soulmate simpan sikit nak buat aiskrim cempedak tapi dia terlupa semua sekali dia goreng. Kalau tidak, lepas ni adalah entry ais krim cempedak .....resepi pinjam dari dapur mat gebu
Pastu dok syiok snap sana snap sini dah kena marah dengan mr.soulmate menyibok dalam dapur bukan pegang senduk ke apa tapi sibuk pegang camera je. Resepi takyahla tulis, tengok gambar pun dah tau nak buat kan......
Selasa, 16 Ogos 2011
Apam Belang Yogurt Strawberry
Inilah rupanya apam yang buat julung kalinya menjadi. Kata mr.soulmate rupanya tak cantik tupun tengok dalam fb je, tak rasa lagi tapi saya tetap berpuas hati sebab teksturnya tersangatla moist dan lembut. Sebelum ni saya buat apam belang dalam loyang tapi mampat, tak gebu macam ni. Agak kecewa jugak masa tu tapi mr.soulmate bagi semangat suruh cuba lagi dan akhirnya jadi jugak.
Sebelum saya buat apam belang pun saya ada cuba buat apam yogurt, tengok orang lain buat bukan main cantik lagi bermekar-mekar tapi saya buat tak jugak mekar. Dah ikut dah segala petua tapi entahla di mana kurangnya tak menjadi lak.
Satu lagi nasihat saya kat kawan-kawan yang tak pernah buat apam lagi, jangan ikut macam saya letak bekas kertas je dalam pengukus sebab alamatnya bekas kertas ni dah tak nampak rupa dah bila dah masak. Kenapala saya tak terfikir dalam periuk kukus tu dah tentula wap air akan naik memenuhi periuk dan dah tentula kalau bekas yang lembut akan bertukar bentuknya...alahai pandai sangat
Satu lagi bila dah masuk dalam bekas apam ni, kalau boleh kena letak minyak atau pakai kertas muffin ke dalam bekas pink tu supaya bila dah masak senangla nak keluarkan, kalau tidak apam ni melekatla kat bekas dia. Tengok tu kecewa tak bila apam ni tak mekar pun.....nasib naik walaupun rupanya mengecewakan rasanya leh cover balik.
Tengokla saya terus masuk bekas kertas tu macam tu je dan lihatla hasilnya macam kat bawah ni
Sedih sungguh tengok rupanya kembang semangkuk tu, rasa fedup nak buat apam pun ada gak masa tu
Ini pun silap jugak sebab tak sapu minyak dulu bekas dia, terus apam ni melekat. Ok stopla cita tak puas hati pasal bentuk fizikalnya, nak cita pasal adunan apam lak.
Memandangkan saya dah kecewa 2kali buat apam sebelum ni jadi, kali ni saya buat 2in1 apamla. Apam ni diadaptasikan daripada apam belang plus apam yogurt tapi pasal apa nama dia ada stoberi lak?sebab saya letak strawberry emolca . Rasanya ada masam yogurt sikit dan wangi strawberry dan chocolate sikit kat atasnya.
Meh ikut resepi ni...2 cups sugar (saya guna 1 cawan je tapi tu pun manis sangat dah, next time kena letak 1/2 cup je)
1 tsp ovallete
2 cups flour
1 cup fresh yoghurt (thick) (1 cup bersamaan 250ml, saya guna 2bekas kecil yogurt , setiap satu 150ml...maksudnya saya lebihkan 50ml yogurt dalam adunan ni )
2 eggs
1/2 tsp double acting baking powder
1tsp Strawberry emolca
1tsp chocolate emolca
1 tsp esen vanila
Method
Semua bahan dicampur dan dipukul sehingga kembang.
Bahagikan batter kepada 3 bahagian untuk diletakkan strawberry emolca, chocolate emolca dan plain je
Gunakan 3 piping beg dan pipe dalam bekas apam berselang seli
Kukus selama 20 minit (cover penutup pengukus dengan kain sebab taknak air kukusan menitik dalam apam, kang jadi macam apam belang saya sebelum ni air kukusan masuk dalam apam, dia jadi mampat)
Selamat mencuba...........
Langgan:
Catatan (Atom)