Klik sini

Ahad, 4 Ogos 2013

Ojingeo sundae...squid stuffed with spices

Best Blogger Tips

Makanan korea kembali lagi. Ini pun dah lama buat masa baru balik korea aritu. Bukan apa sejujurnya saya dan mr.soulmate tak suka sangat makan makanan korea kat bumi winter sonata sendiri dan bila kami makan macam-macam dok kritik. Terlebih masin la kimchi terlalu masam la, sayur togeh goreng takdak perasa la so susah kan. Jadi untuk mengubat segala duka tak puas hati makan kat sana saya pun buat sendiri la kat rumah mengikut kesukaan lidah merasa sendiri. 
Kalau ada orang tanya makan sedap ka kat sana, saya terus terang cakap makanan korea bukan citarasa saya dan sedapnya makanan adalah subjektif lain orang lain rasanya. 

Antara banyak-banyak masakan korea, ojingeo sundae ni seakan-akan macam masakan melayu jugakla dan dah tentunya bahan-bahan banyak mengikut citarasa saya.

Kebanyakan pelancong yang pi ke Sokcho iaitu set penggembaraan "Autumn in my heart" mesti try makan Ojingeo Sundae ni yang famous kat sana. Ojingeo Sundae ni adalah squid stuffed with spice. Tapinya saya stuffed dengan macam-macam benda dalam squid ni.

Mula-mula saya siapkan bahan sumbat iaitu bawang+daun bawang+carot+potato+garam+serbuk lada. Potato dan carot dah tentu saya rebus dulu bagi lembut supaya senang nak smash nanti.

Bila dah smashed dan gaul sebati semua bahan-bahan, saya bentukkan jadi bulat2 supaya senang nak stuff dalam squid nanti.


Beginila rupanya sotong bila dah sumbat bahan-bahan tu.


Kemudian saya celup sotong tu dalam telur dan salutkan dalam bread crumb. 

Goreng sekejap ja dan cepat ja color jadi golden.

Pengajaran jangan sumbat penuh sotong tu akibatnya inti dia akan terkeluar masa goreng.

Ok sotong ala korea sedia untuk dimakan.
selamat mencuba.

2 ulasan:

Nur Najihah berkata...

sedapnya,tergoda iman..haha

Noor Hafirdaus berkata...

bulan posa ni memang la....tryla buat kat rumah