Sabtu, 22 Disember 2012

Sandwich roti pita

 Saya dah menyebarkan virus pada mr.soulmate untuk beli barang-barang online ni. Sejak kami berpindah ke kawasan pedalaman ni agak sukar dan kalau ada pun mahal barang yang kami nak beli tu. Tadi mr.soulmate nak beli beg waterproof kat groupon tadi, saya la yang kena buat urusniaga ni sebab dia tak pandai nak shopping online lagi, alang-alang tu saya pun terbeli la jugak untuk saya punya barang. Lagi sebulan baru barang tu akan sampai ke pintu rumah. Masalah groupon ni berbanding milkadeal or lain2 seangkatan dengannya agak leceh sikit. Alamat rumah dia nak confirm 2,3 kali sampai rasa nak tukar beli kat company lain pun ada sebabnya dia tak jumpa alamat rumah. Yela alamat rumah kat pedalaman ni tak sama macam kat klang valley ni. 
So our dinner hari ni makan sandwich yang sungguh healthy tau sebab banyak veggie. Protein untuk sandwich ni pula ayam yang di marinate dan dibakar dalam oven.

 
 
 Saya tak letak dressing sebab mr.soulmate suka makan dengan sos cili saja. Memang salad lebih banyak dari biasa la kan sebab saya memang suka lebihkan sayur dalam setiap hidangan.

 Tak lupa saya tambahkan hirisan buah epal dalam salad supaya rasa manis-manis buah sikit.

 Suka saya guna pengering sayur dari ikea ni sebab sekali spin, sayur pun dah kering. Salad ni saya rendamkan dalam air garam dulu bagi bahan-bahan kimianya keluar dulu then baru basuh bersih-bersih dan spin bagi kering.

 Protein ialah ayam panggang. Resepi ayam ni boleh klik sini, sini dan sini



 Selamat mencuba

Tiada ulasan: