Jumaat, 8 Julai 2011

Puncak Gunung Jerai

Mai dekat sikit nak habaq mai....haritu masa kami dua (laki bini la) balik kampung saja nak test keta buruk kami ni naik gunung Jerai. Hampa tau ka Gunung Jerai kat mana?ish..ish...ish...oqang kedah kalau taktau gunung jerai tang mana buat malu kaum jela. Saja nak speaking Kedahan kat sini sebab dok kat Kay El ni tak puasla nak cakap Kedah sebab oqang bukan nak paham kita cakap apa....qheja dok suruh kita ulang balik cakap, laqatla lagutu....last2 lidah pun terkial2 speaking Kay El jugakla tapi jangan salah paham tetap tak lupa daratan punya. Ok sambung ceqhita Gunung Jerai ni.....sat nak sahkan maklumat dalam wikipedia tapi ada oqang kata wikipedia pun bukan betoi sangat...yaka?

 Gunung Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya mempunyai 1,217 meter. Kedudukan gunung Jerai yang menganjur ke Tanjung Jaga di pinggir laut ini, menjadikannya sejak berabad sebagai panduan pelayar silam yang singgah berdagang di negeri ini. Ada yang mengaitkan gunung Jerai ini dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini. Dikatakan sebuah batu besar berbentuk sebuah kapal wujud di puncak gunung ini. Penduduk tempatan disitu mengelarnya "Batu Kapal". Menurut lagenda, kapal tersebut adalah kepunyaan Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah oleh Sang Kelembai ketika Maharaja tersebut cuba melabuhkan kapalnya di Pulau Serai, nama asal bagi Gunung Jerai.
 Tu kata wikipedia la....tapi...ni nak bagaitau tempat kami p makan kat atas puncak tu. Nak naik atas dah la terpusing2 lagi creepy dari naik Wang Kelian. Kat kona curam dekat jurang tu ada jambatan muat2 satu biji keta je...paham2 la mcm mana nak drive. Rasa kalau tak berani naik, leh parking kat bawah dan call orang regency hotel turun mai dengan van depa, depa caj berapa taktaula kena tanya depala sebab kita naik qeta sampai ke puncak.

Pusing kanan...pusing kiri....leh naik pun pakai gear 1 atau 2 je, last2 sampaila kami kat atas sana nun. Masa kami sampai atas sana tu sejuk jugak ala2 Genting pun ada, dengan berkabus...awan kot, dok dalam awan la. Sampai kat atas heran gak bukan main cantik lagi rasa2 cubit pipi...bukan di alam bunian la kot mana nak tau... oqang kat sini kan suka pelepas benda2 keras kat gunung ni, macam2 ceqhita dah dok dengaq tapi rupa2nya orang dah buat resort atas ni......nama dia The Regency Jerai Hill Resort.....patutla lawa bukan main. Tanya kat mr. soulmate, "betoika kita kat Kedah ni?qasa mcm kat London pulak hehehe....padahal tak pernah jejak kaki pun kat sana" peqasan sat

Mana gambaq yang cantik2 dok dlm taman tah yang ambik kat sana, tak jumpa pulak...tunjuk gambaq kabus jela....kabus tau bukan haze. Ronda-ronda punya ronda kami pun masuklah cafe dalam resort, belek2 menu dia terkejut lak murah je takla serupa kat Colmar Tropicale bukit Tinggi  mahainya nak mampuih walaupun makan dok dalam hutan.

Ini namanya wild mushroom soup, memang sedap sebab pelbagai jenis mushroom rasa ada dalam soup ni pastu dia letak roti bakar pulak dalam ni, superb lah....

Ini pulak potato wedges, lain sikit sebab dia gaul dgn black pepper

Ini lak vienna coffee...sedap jugak. Nak tau mcm mana nak buat kopi ni? 
Pour coffee into a heatproof glass. Stir in boiling water. Spoon cream over top. Dust with cocoa powder. Serve...senang kan....

Pemandangan depan pintu resort, cantik kan...bukak2 pintu dah nampak garden depan mata. Memandangkan masa agak terhad kami terpaksa gegas balik Kay El, kalau ikutkan hati memang nak check-in je

Khamis, 7 Julai 2011

Noodle station

Jalan-jalan  berbuka posa kat Noddle Station

Rasanya marbelllllllesssss......

Ni flyers dia

Ada orang sampai tertido tunggu waktu berbuka...hehehe....

Rabu, 6 Julai 2011

brown spaghetti with pineapple+peas+olive


Spaghetti+peas+nenas+olive
Malu nk bagitau resepi dia sebab bahan2 ni main campak2 je huhuhu.....lalalalala......

Selasa, 5 Julai 2011

Spaghetti agli e olio

Masak simple je malam ni dalam keadaan kepala senget dok cakap telefon sambil masak. Inilah hasil masakan plus bergayut telefon hahaha siap jugak...tapi yang masalahnya tengkuk lak sakit. Bukan gayut dengan sapa pun, gayut dengan xroomate masa study dulu, banyak lak cita......dalam masa yang sama mr. hubby pun dok call masuk, dengarla bunyi tut....tut....tut.....bz sungguh

Dinner malam ni saya masak spaghetti goreng tapi nama officialnya spaghetti agli e olio.
Mengikut Wikipedia, Spaghetti Aglio, Olio e Peperoncino (Spaghetti with Garlic, Olive Oil & Chili Peppers) is a traditional Italian pasta dish that can be made cheaply without seasonal or store-bought ingredients, said to originate traditionally from the region of Abruzzo, although it is popular across the country.
Usually served with spaghetti, the sauce is made by lightly sauteeing minced or pressed garlic in olive oil, sometimes with the addition of dried red chilli flakes. Finely chopped parsley can be added as a garnish, along with pecorino or parmesan cheese

Macam tula asal usul namanya.
Cara saya buat lak, saya tumis bawang merah dan garlic kemudian masukkan mushroom. Kemudian saya masukkan udang, sayur, spaghetti yang dah siap rebus, cili flake, parsley, oregano, black pepper dan garam.

Jemput makan

Isnin, 4 Julai 2011

Strawberry Ice Cream


Cuasa panas sekarang ni elok jugak cari benda-benda sejuk ni.

Sejak-sejak saya menceburkan diri dalam bidang masakan ni, hehehe mungkin sejak awal 
tahun ni kot....pantang nampak apa-apa yang halal dimakan je mesti ligat kepala hotak ni 
mikir nk buat mcm mana?nk campur dgn apa?nk mkn mcm mana?sesambil mencilok idea dlm gogo

 Berbalik cita pasal menu ni, dulu saya memang tak suka makan ais krim vanila sebab takdak flavor 
pastu color pun tak menarik. Tapi sejak menjak saya suka berinovasi dengan makanan ni, 
saya suka lak bila ais krim vanila tersimpan dalam fridge.

 Sekarang...macam-macam saya leh buat dengan ais krim vanilla ni, samada buat ice blended utk pelbagai perisa, makan dengan apple pie, kek coklat, kek upside down, roti, wafer atau makan dengan aneka buah-buahan 

 Bukan saja perisanya leh disuaipadan dengan pelbagai juadah malah color yang putih ni 
lagi menarik digandingkan dengan color-color yang terang dan gelap

 Kali ni saya padankan color merah dan putih, ais krim vanilla dan stoberi....menarik bukan?
 Selain rasa manis ais krim ada masam-masam stoberi

Ahad, 3 Julai 2011

Kek Lapis Coklat kukus

Selamat pagi minggu semua bagi kawasan yang bercuti pada hari ahad dan selamat bekerja pada kawan-kawan yang tinggal di Kedah, Kelantan dan Terengganu. Semoga hari-hari yang bakal kita tempuhi ni dirahmati yang Esa.

Minggu ni saya bercadang nak buat kek, rasa lama tak buat kek. Gogo punya gogo jumpa la resepi kek kukus lapis ni terus berkenan tambah2 berkenan lagi bila semua bahan memang dah ada dan resepi ni guna sikit je telur tak macam kebanyakan resepi kek lapis yang lain sampaikan guna 10 biji telur kuning pulak tu, adoii pengsan banyak sangat guna telur. Lagi satu kalau kita terlebih ambil telur kuning pun tak baik juga untuk kesihatan memandangkan satu biji telur kuning mengandungi sekitar 213 mg kolesterol. Bagi orang yang memiliki masalah kolesterol dalam darahnya, itu sudah melebihi batas yang diizinkan iaitu 200 mg. Tetapi, seberapa besar pengaruh kolesterol makanan terhadap peningkatan kadar kolesterol darah masih belum diketahui dengan jelas. Beberapa ilmuwan percaya bahwa lemak jenuh dan lemak trans mempunyai pengaruh yang lebih besar dalam meningkatkan kolesterol darah dibandingkan kolesterol dalam makanan. Satu butir telur mengandung sekitar 213 mg kolesterol – semuanya ada di dalam kuning telur. Jika kita punya tubuh badan yang sihat, dinasihatkan mengambil kolesterol makanan kurang dari 300 mg sehari. Tetapi jika mengalami penyakit kardiovaskuler, diabetes, atau kolesterol LDL yang tinggi, sebaiknya kenalah ambil kolesterol makanan kurang dari 200 mg sehari. Oleh sebab itu jugak, jika kita makan sebiji telur sehari, kita harus membatasi makanan yang mengandungi kolesterol dalam hari itu. Jika kita suka telur, tapi tidak ingin menambah kolesterol masuk ke tubuh, makanlah putih telur saja. Putih telur tidak mengandungi kolesterol.
Amacam?macam gaya doktor bercakap tak?hehehehe.....sharing is caring.....masak, masak jugak tapi jangan abaikan kesihatan. Kena ingat....badan kita ni pinjaman je dari tuhan, bila-bila masa Dia akan ambik balik tubuh ni....kita hendaklah bersyukur dan menjaga sebaik mungkin badan kita supaya sihat dan kuat hehehee terselit iklan Milo lak......



 

Keke Lapis Coklat - Kukus

Bahan-bahan
4 biji telur sejuk saiz B
1/2 cawan gula halus
1 cawan tepung gandum yang berkualiti 
1/2 sudu kecil rata baking powder
1/2 sudu besar ovalette
75 ml susu cair
1/4 sk garam
50 ml minyak sayur atau minyak jagung
1/2 sudu kecil vanilla
sedikit coklat emulco
coklat bar/chip atau atau apa-apa coklat yang sesuai secukupnya

Cara-cara

1. Sediakan pengukus dan sapu sedikit butter pada loyang.

2. Ayak tepung garam dan baking powder, kemudian campur kesemua bahan-bahan di dalam mangkuk mixer kecuali minyak, coklat cip dan coklat emulco.

3. Pukul selama 3-4 minit (stand mixer) atau 5-7 minit (hand mixer) sehingga adunan menjadi kembang dan ringan. Masukkan minyak dan kaup balik degan senduk kayu atau spatula hingga sebati. (masa ni jangan terlebih kacau je)

4. Tuang adunan coklat dan ratakan keseluruh loyang. Kukus selama 5 minit dalam kukusan yang telah mendidih (tutup loyang kek dengan aluminium foil agar air tidak menitik, cukup sekadar letak gitu je). Kemudian letakkan pula adunan asal (plain) dan susun coklat bar atau coklat chip secara rawak. Buat sampai habis. 

5. Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Kemudian sejukkan dulu sebelum dipotong.

 




Dah siap....bersedia untuk ngap

 Tekstur yang super soft

 Selamat mencuba

Jumaat, 1 Julai 2011

Apple Tart

Menu dah lama buat tapi saja nak ulang tayang sekali lagi. Dulu versi apple pie tapi kali ni buat versi tart pulak.


Bahannya simple saja cuma sediakan gula, epal, mentega, garam, tepung jagung, serbuk kayu manis dan kulit pastry segera ( kalau takdak yang segera boleh buat sendiri klik sini )

 Memandangkan epal cepat sangat proses pengoksidaan berlaku dengan berubahnya color, saya rendam epal yang siap dikupas kulit dalam rendaman air lemon sementara saya nak siapkan tartnya

 Cara-cara buat inti epal ni boleh klik sini
 
 Tart ni saya ikut cara Jamie Oliver 30 minute meals masa dia buat egg tart. Kalau nak tau macam mana cara JO ni, leh layan dulu video bawah ni time 03:31


Jamie Oliver ni chef professional dah, bolehla masak setengah jam macam2 hidangan teratur atas meja, kalau kita baru nak sukat bahan adalah hehehehe......
 
Ok inilah hasil inovasi saya sendiri dengan versi buah epal