Klik sini

Rabu, 9 Disember 2015

Part 9 - Jagalchi Fish Market: Dynamic Busan, Korea Day 5

Best Blogger Tips
Assalamualaikum.....
Annyeong-haseyo.....

Hari ni free n easy lagi sebab takdak apa-apa plan. Macam biasa nak merayau2 jela kat Busan.

Pagi ni mr.soulmate dan saya nak makan seafood kat Jagalchi. Mr.soulmate dah bawak siap2 cili padi dan limau nipis sebab dia kata nak buat air asam sendiri. Dia kata kalau ada air asam baru selera nak makan nasi sebab katanya rasa kimchi buat dia kembang tekak. Saya lak memang suka makan kimchi. 



Memandangkan motel yang saya menginap memang berada di kawasan Jagalchi, pagi ni kami nak jalan-jalan kat market Jagalchi. 

Mula-mula rasa macam merepek la pulak nak tengok apa kan sebab mana2 market bukan ke biasa2 je ke?
Market kat sini tak sama ya macam market kat Kedah sebab apa yang jual kat sini tak jual kat Kedah n apa yang jual kat Kedah tak jual pun kat sini. 

Suasana market memang sama ja macam kat market borong kat Kedah. Tak sabar lak saya nak explore apa yang dijual kat sini. Walaupun tak beli tapi boleh tengok sendiri dengan mata pun jadila.

Memangla  rupanya macam pasar pagi or pasar ikan mcm kat msia tapi yg  luar biasanya adalah hasil tangkapan sgt berbeza sb kat sini  ada jual snowing crab, baby octopus, kerang sekecik2 saiz  sampai besar saiznya, pelbagai jenis ikan, sotong, lobster,  udang, abalone dll. Jagalchi Market  자갈치시장) ni juga  seafood market yg terbesar di Korea. Selepas perang  Korea,tempat ni terus jd market ikan. Peniaga yg jual kat sini adalah kaum hawa, so the women who sell here are called 'Jagalchi Ajumma,' 'ajumma' meaning middle-aged or married women. Market ni represents Busan kpd dunia.The Jagalchi Market is where you can see the lifestyle of the indigenous Busan natives.  Muka  real punya dan bukan plastik mcm kat Gangnam. 


Jagalchi Fish Market merupakan pasar ikan yang terbesar di Korea Selatan. Pasar Ikan Jagalchi merupakan salah satu landmark kota Busan dan sangat terkenal diseluruh Korea Selatan. Jika anda mengunjungi tempat ini, anda boleh mendapatkan pelbagai ikan segar mentah di pasar kerana pasar ini berada tepat di sebelah pelabuhan Busan.
Pasar Ikan Jagalchi yang menempatkan lebih daripada 480 kedai ini merupakan salah satu daripada mercu tanda Busan. Ia merupakan pasar makanan laut terbesar di Asia Timur.
Pasar ini terletak di antara Chungmu-dong dan Nampo-dong. Mengunjungi Pasar Jagalchi ini seperti melihat sebuah akuarium yang besar dengan pelbagai jenis ikan di dalamnya. Mungkin ada di antara ikan-ikan belum pernah anda lihat atau kenali. Di persekitaran Pasar Ikan Jagalchi juga terdapat pelbagai restoran makanan laut yang menawarkan makanan laut yang segar.


Walaupun kami ada batasan bahasa dengan penduduk setempat tapi sebagai manusia alien kat sini, kami cuba sehabis mungkin untuk komunikasi dengan diorang. Tegur2 diorang dengan ayat "Anyeong" pun jadila. Pastu bila dibalas bertubi2 dengan bahasa korea, saya pun tersenyih2 kata "sorry...not understand". Kat korea ni penduduknya sangat sangat sangat peramah. Cakap dengan kita pom pang dalam bahasa Korea n saya pun dok senyih je angguk2 mcm faham walaupun tak faham. 


"makcik, saya nak ambik gambar kerang ni boleh dak" pastu dia jawab "ye..ye...." Wow ajuma ni faham ckp melayu. 

Cakapla bahasa melayu dengan depa sambil buat isyarat muka n tangan, mesti paham punya. Cakap english payah sangat nak paham ckp melayu paham lak.

Layan gambar2 di bawah ni









Oktopus yang masih hidup dalam besen merah tu dan yang dah mati kat atas tu. Color bertukar terus bila mati.






Lalu lagi kedai2 makan berderet2 kat sini. Harga kat sini lebih murah dari kedai dalam bangunan market.

Kat belakang saya ni bangunan market Jagalchi. Semalam saya makan ikan kat luar. Hari ni saya nak makan seafood kat dalam bangunan pula sambil layan view perlabuhan Busan.



Masuk je bangunan ni terus jumpa lagi peniaga2 seafood. Jalan terus naik tangga ke tingkat 2 ke foodcourt.





ketam belah kanan tu snow crab dan belah kiri tu king crab.


Mula2 saya pun kompius yang mana snow crab yang mana king crab. Gambar atas ni adalah king crab dan harganya sekor mencecah paling murah pun RM400. Awat cheq mahai sangat....xpala kita cari murah sikit, tak mampu nak makan sebab mahai sangat. 


Ini pula snow crab. Ajuma dan ajushi kata kalau nak murah sikit makan dia ni. Isi pun sedap lebih kurang macam king crab kata depa la. Kebetulan salah sorang kat sini jadi translator kami hehehe....

Okla kami pun makan dia la. Ajushi tanya kat kami nak masak apa. Saya kata nak kukus je sebab saya nak rasa isi dia yang asli yg tak campur dengan mana2 bahan masakan. 

Kami pilih tempat duduk yang boleh nampak view perlabuhan Busan.

Apa lagi sementara nak tunggu snow crab ni masak, mr.soulmate jadi chef pula kat sini. Dia keluarkan cili padi dan limau nipis. Dia masuk dapur ajuma minta pisau, papan potong dan kicap. Pastu dia mula buat demo air asam kat food court sini lak.

Hari ni memang tak dak pelanggan sangat pun. So memang pelayan2 dan tukang2 masak dok lepak2 jela. Bila mr.soulmate buat demo, semua pakat mai berkumpul tengok mr.soulmate buat air asam. Depa kata ni first time tengok cili padi dan limau nipis. Saya dok kat belakang gelakkan mr.soulmate je sebab org2 lain teruja tengok dia buat air asam kicap. Bagi kita benda biasa je tapi bagi org2 kat sini, air asam kicap adalah makanan luar biasa. 

Dah siap air asam kicap, dia bedak2 bagi sorang sikit. Depa pun apa lagi terus ambik nasi dan lauk, makan ramai2 sekali dengan kami. Saya lupa nak ambik gambar rupa air asam kicap sebab bila dah siap semua serbu hehehe

Sekali bila dah makan, semua pakat cari air. Pastu memasing kata "maeun" tapi "mashita", hahaha lawak lak. Maeun tu maksudnya pedas dan mashita tu sedap. Kami bagi kat depa seplastik cili padi dari Kedah dan mr. soulmate siap ajar untuk potong bawang besar halus2 masuk sekali. Kalau takdak limau nipis boleh ganti dengan lemon. Tah depa paham ke tidak xtau la.

Lepas ni kalau pi makan kat foodcourt jagalchi market jangan terkejut kalau ada hidangan air asam kicap sebagai side dish no.


Sebelum.....
snow crab memang besar ye tengokla saiz tangan dia tu. Makan sebelah tangan snow crab pun sebu dah perut.


Selepas....
Hidangan semua ni 44ribu won bersamaan RM130. Memang murah sangat. Taktaula kot2 kami dapat diskaun ka sebab dok buat demo air asam kicap dan bagi cili padi free kat depa ni.

Saya tak tau macam mana nak explain rasa snow crab ni sebab rasanya tak sama macam ketam biasa kat Malaysia. Bersandar kekenyangan kami dua.


Dari Foodcourt Jagalchi market, kami berjalan keluar ke bahagian makanan kering pula. Kat sini banyak jual cencalok dan seafood pekasam. 
Saya pun beli oktopus kering sekilo kat sini berharga lebih kurang RM100. Oktopus ni tekstur dia lebih liat dan rasanya lebih manis dan berlemak. Oktopus ni balik Malaysia saya masak dengan sambal tumis Naim Gulai Semilang. Pastu saya frozenkan dalam chest freezer dan simpan ulang makan selama setahun tak habis ni.

Perjalanan diteruskan ke Gwangbok lotte Mall.

.............to be continued





Tiada ulasan: