Klik sini

Ahad, 6 Disember 2015

Part 5 - Taejongdae: Dynamic Busan, Korea Day 3

Best Blogger Tips

Annyeong-haseyo.....
Hari ni nak ke tempat adventure mendaki bukit sejauh 4.3km tapi ala-ala ayu gitu dengan kain kumbu serawak. One of kerja gila yang saya buat kat Busan.

Pagi yang cerah terang benderang ni kami decide nak naik bas pergi ke Taejongdae. Masalah nak naik bas ialah kami tak pandai cakap Korea dan orang Korea pula tak pandai cakap melayu...krik...krik....

Selepas breakfast, kami jalan kaki melalui lorong belakang motel pula. Sepanjang jalan ajuma2 dan ajushi2 dok melepak dan kami pun senyum sambil cakap "Annyeong-haseyo", depa pun angguk2 kata "de". Kami pi kedai runcit kat belakang ni nak tanya naik bas apa dan kat mana. Dia pun haram xpaham kami tanya apa. 

Pastu kami daki tangga sebab jalan raya dok kat puncak atas nu. Gambar atas tu adalah hari terakhir nak ke airport. Bila sampai ke puncak baru leh dapatkan bas. Ya...muka bumi Korea sangatla berbukit2 curam. Bayangkan kalau sekali terpelecok, mau guling2 ke bawah macam video klip hindustan.

Tak dan nak tunggu mau seminit, bas no.88 pun lalu. Kami pun terus naik. Nak turun tang mana tak tau ye macam kisah semalamla. Agak2 macam dah sampai turunla kami nanti. Harga tiket bas adalah 1,200W. Boleh naik bas no.88 atau 101

Lama la juga dok dalam bas ni, sambil2 kami cuci mata lihat bandar Busan.

Sebenarnya bila saya travel, destinasi adalah sebagai penghujung untuk perjalanan saya. Saya jenis enjoy sepanjang perjalanan ke destinasi tu. Sebab, sepanjang perjalanan tula saya dapat belajar banyak benda bila saya sampai ke tempat orang ni. Bak  kata omputih "it's not about the destination, it's about the journey to get there". Bak kata Lao Tzu pula "A good traveller has no fixed plans and is not intent on arriving".  
Baru-baru ni ada salah sorang ahli group BBM kata buang masa mereput naik kenderaan awam sementara nak sampai ke satu2 destinasi. Saya memang tak setujula dengan pendapat macam tu. Orang macam ni adalah jenis ikut travel agent jela, takyah susah2 asalkan sampai je tempat2 tertentu. Kiranya macam touch n go, yey dah sampai...jom blah.
 Tapi bagi saya pengalaman tu penting. Kesusahan time travel ni bukan saja menguji diri saya tapi menguji bagaimana hubungan saya dan mr.travelmate saya. Dan kami sama-sama menikmati kesusahan dan kesenangan bersama. 

Gambar saya ambil dari  http://mymiee.blogspot.my/2014/05/busan-dan-jeju-part-9-taejongdae.html
Sejam lebih macam tu, bas berhenti kat station yang terakhir dan semua orang pun turun. Maka kenala menapak sekali lagi lebih kurang 200meter untuk sampai ke pintu masuk dan sekali lagi menapak dalam keadaan mendaki bukit okeh. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk.

gambar pintu masuk yang diambil dari http://junebm.blogspot.my/2013/08/taejongdae-busan.html

Ini pula keseluruhan kawasan Taejongdae.

Taejongdae ni menempatkan banyak tarikan antaranya Tejongsa Temple, Yeongdo Lighthouse, Observation Deck, Gumyongsa Temple dan Taewon Pebble Yard. Template Taejongdae bolehla dapatkan secara percuma di Tourist Information Office yang terletak berdekatan Kaunter jualan Tiket Danubi.

Untuk melawat tempat ni ada dua pilihan, berjalan kaki atau naik Train (Danubi). Hasrat di hati mestila nak naik Danubi kan tapi malangnya dia tak beroperasi pula. Nak nangis pula kan sebab dah dressing ayu2 macam ni nak kena berjalan kaki mendaki bukit sejauh 4.3 KM!!!!!!

Maka dalam keayuan dan kesopanan, saya pun memulakan langkah. Sebenarnya ramai manusia hari ni dan sama-sama berjalan kaki dari pelbagai usia dan bangsa. Semput jugala sampai kena berhenti rehat 2,3 kali sebelum nak sampai tu.
 Dalam sejam lebih berjalan, baru kami sampai di observation deck.

Observation Deck dan lokasi ni berdekatan dengan Yeongdo Light House dan Sinseon Rock dan Mangbu Rock di mana kalau tengok ni merupakan scenery yang sinonim dengan Taejongdae. Kalau tak ke sini bermakna anda tak ke Taejongdae. 

taejongdae park staircase to lighthouse
Laluan kat sini bertangga, nak pergi ke tempat-tempat ni tak jadi masalah, sebab semuanya menuruni tangga, Sinseon Rock dan Mangbu Rock terletak kat bawah sekali. Yang azabnya bila naik naik. I relax je sekadar naik turun tangga ni sebab dah jenuh berjalan tadi kan. aicewah.....

Selepas ke Observation deck, kami keluar balik dan berjalan kira-kira 200m ke Light House.




Seperti biasa, mr.soulmate sangat peramah dan akan berborak dengan sesapa saja. 




Nampak kan manusia kenit2 kat bawah tu. Ok satgi kami pula nak turun bukit pergi ke sana.

Sangatla adventure menuruni bukit berbatu ni. Yang paling tak tahan bila angin sangat kencang sampai rasa macam nak terpelanting je. Apa lagi, saya ni mana nak jaga tudung, blous, kain. Nasib baik pakai seluar panjang kat dalam, so angin tiup kain naik ke atas muka pun ok lagi la hahahaha....

Ok meh nak cerita sikit sejarah Taejongdae. 

Taejongdae Resort Park terletak di hujung selatan Busan. Nama Taejongdae berasal dari nama Raja ke-29 dari Dinasti Silla (berkuasa dari 57 SM – 935). Sang raja sangat gemar berjalan-jalan tetapi, inilah tempat yang paling beliau sukai.

Taejongdae Park merupakan salah satu monumen di Busan. Ia merupakan bukit yang di tumbuhi dengan pokok pine. Disini terdapat sebuah rumah api dan di bawah rumah api di resort ini terdapat batu yang dipanggil Sinseon Rock, dinamakan sempena mitos bahawa dewa dan dewi datang ke sini untuk berehat.

Sinseon Rock membawa maksud "tempat bermain si Pari-Pari" 
Pada batu ini terdapat angka yang dipanggil Mangbuseok, dinamakan selepas kisah seorang wanita yang menunggu suaminya yang telah dibawa ke Jepun. Taejongdae juga terkenal dengan upacara berdoa untuk hujan, dilakukan apabila terdapat kemarau dan hujan pada 10 Mei lunar dipanggil ‘Hujan Taejong’.
Layan jela gambar2 kat bawah ni.









taejongdae busan

taejongdae lighthouse
Gambar dari http://pheurontay.com/busan-taejongdae-park-rocky-cliff/
Yeongdo Light House
danubi train taejongdae park
gambar dari http://pheurontay.com/busan-taejongdae-park-rocky-cliff/

Masa naik atas balik nampak ramai orang dok kerumun beratur. Kami pun beratur la tunggu sampai 30 minit baru Danubi sampai. Tak mampu dah kaki nak menapak turun bukit 4.3 km.

Harga tiket Danubi ni sorang 1,500W. 
Danubi ni diambil dari perkataan dalam Bahasa Korea yang membawa maksud "admiring the scenery"  Danubi menjadi ikon Taejongdae. 

Kami pun pi balik kat station bas tadi dan naik bas balik. Kami balik naik bas no.101 pula. Malangnya kami taktau nak turun tang mana, so kami turun kat mana-mana station subway terdekat jela. 


Entry Busan ni kena pinjam gambar orang lain sebab gambar Busan saya banyak hilang disebabkan virus. 
Ok nak balik rehat dulu. Petang2 sikit baru nak keluar pula merayap cari makanan.
..........to be continued

Tiada ulasan: