Klik sini

Isnin, 7 Disember 2015

Part 6 - BIFF square: Dynamic Busan, Korea Day 3

Best Blogger Tips
Annyeong-haseyo.....

 Petang ni kami keluar jalan di BIFF square. Biff ni happening masa weekend. Jalan raya dah mula tutup mulai pukul 4pm sehingga lewat malam dan jalan-jalan ni dipenuhi dengan lautan manusia dan peniaga2 yang menjual pelbagai jenis barang dan makanan. Kalau sesapa yang pernah sampai ke Seoul mesti familiar dengan Myeondong. Keadaan yang lebih kurang sama tapi di sini taklah banyak kosmatik macam kat Myeondong, Seoul.

BIFF adalah singkatan  kepada Busan International Film Festival. Di sini boleh lihat handprints of star di sepanjang jalan yang sejauh 428 meter.

BIFF ni bersambung dengan Gwangbokro dan Gukje Market. Jagalchi, BIFF Square, Gukje Market, Gwangbokro adalah satu area. Memang saya jalan kaki hari2 kat kawasan ni. Kalau datang sini dah boleh cover 4 tempat sekali harung je.

Rambang mata dengan barang-barang yang dijual di sini dan memang lebih murah dari Seoul. Kalau stoking di sini sepasang 500W, di seoul harganya sepasang 1,500W. Memang bestla kalau nak shopping di Busan ni. Tapi saya bukanla kaki shopping, tengok harga murah pun takla teruja sangat nak membeli sebab memang bukan niat nak shopping datang sini.

Jalan-jalan di BIFF Square ada 2 kedai cat cafe. Saya masuk ke salah satu kedai yang tepi jalan ni.

Video di bawah ni adalah keadaan kami di dalam kedai ni. 


Kedai ni kalau masuk kena order sekurang-kurangnya segelas air yang berharga 3,500W.

Kucing-kucing ni ada yang jinak dan ada yang jual mahal. Mr.soulmate memang bapak kucing, pantang nampak kucing. Saya takla teruja sangat sebab kat rumah pun tak larat nak melayan kucing.

Kucing2 kat sini kalau dahaga terus lompat kat sink dan minum air kat paip. Cat cafe ni ada 15 ekor kucing dgn berlainan baka.

Lepas main-main dengan kucing nak dekat 2 jam dalam kedai tu, kami keluar jalan-jalan kat luar pula.

Tetiba riuh rendah sangat kat luar ni. Rupa2nya ada live show kat sini.


Artis yang menyanyi dan bermain alat muzik semuanya vateran. Busan ni memang ramai orang tua2 sebab kebanyakan anak2 muda dah berhijrah ke Seoul.

Minum air strawberi ni berharga 1,000W. 


Terjumpa kedai macaroon ice cream pula. Tergoda dan rambang mata kejap nak pilih perisa. Ikutkan hati nak beli ja semua.   

Saya beli perisa rasberi dengan harga 3,000W.

Sedap hokeh. Saya lepak kat tepi2 jalan ni sebelah ajuma ni. Ajuma ni dia bawa bakul dan ditutup dengan kain. Dia macam pandang kanan kiri semacam je. Pastu ada sorang dua datang kat dia dan tukar duit. Sekali dia buka bakul penuh dengan duit dari pelbagai negara ok. Kiranya dia ni macam money changer haram la kot sebab muka macam cuak je.


Lepas tu jumpa peniaga bertudung di sini jual mi goreng. Terkejut pula tetiba perempuan melayu berniaga di sini. Namanya Anjang berasal dari Bandung Indonesia dan menetap di sini baru 8 bln dan merupakan student jurusan perniagaan Korea. Walaupun baru menetap 8 bulan tapi Anjang sangat fasih berbahasa Korea. Kami tengok dia cakap Korea pun macam wahhhh kagumnya. 

Seronok la kami boleh sembang dengan dia setelah 3 hari kat sini tak boleh nak berkomunikasi dengan penduduk setempat.

Masa jalan nak balik ke motel, terjumpa mall yang baru launch ni. Dia jual baju singlet dengan berharga 100W sehelai. Saya rembat selai dan sekarang menyesal tak beli lebih sebab murah sangat. Singlet macam tu kat sini berharga RM20 padahal kalau 100W di convert tu dalam RM3.30. End day 3.

............to be continued

Tiada ulasan: