Khamis, 19 Februari 2015

Sagano Romantic Train, Arashiyama Kyoto : #11- Chasing The Sun Day 4

Kinnochiwa!!!!

Lepas redah dusun buluh tu nampak ramainya manusia berkumpul kat bawah sini. Macam biasa kami ni akan terjah mana2 tempat orang kumpul ramai2 ni. Kali ni jumpa stesen romantic train pula. Sejujurnya kami memang percaya pada instinct kaki dan sampai sekarang instinct kaki tak mengecewakan lagi hehehe.....

Kami pun terus sekali lagi menonong beli jela tiket train padahal time ni xtau kat mana hala tuju train ni tapi disebabkan semua orang datang, kami pun taknak ketinggalan jugak la. Klik di sini untuk lebih info dan kalau tak cukup kat sini pun ada.

Memang time beli tiket tu tak tunggu lama naik terus train ni tapi kami dapat standing tiket jela yang berharga 1,240Y untuk 2 org. 

Apa yang bestnya ketapi romantic ni, ia akan menyusuri Sungai Hozugawa yang menghubungkan antara Arashiyama dan pendalaman Kameoka.

Mula2 bila dapat standing tiket ni agak hampa la sebab kena berdiri sedangkan kaki dah lengguh berjalan seharian dah ni meredah temple dan bamboo grove tu tapi masyaallah bila train ni bergerak syukur sangat dan2 hilang semua lengguh2 bila nampak keindahan ciptaan tuhan depan mata ni. Tak mampu nak terangkan dengan kata2 dan biarla gambar yang berbicara, Subhanallah tak henti2 keluar dari mulut.

Bak kata Zizan Jejak Jepun dia asyik nyanyi lagu "Chaiyya Chaiyya" naik train ni tapi saya lak terngiang2 lagi suara pakcik dalam train ni nyanyi lagu "Sayonara" kat orang2 dalam bot kat bawah ni. 

Kalau inginkan pengalaman yang berbeza, pelancong boleh naik sampan melalui sungai ni tapi harga dia mahal sikitla. Saya tak mampu nak naik sampan, tengok dari atas pun jadila.

Since dapat gerabak terakhir ni or gerabak no.5, gerabak ni ja pun yang open air yang lain2 jenis tertutup bolehla dok wah sana wah sini ambik gambar view yang menakjubkan. 

Ride ni selama 25minit untuk 7km. Air sungai ni biru turqoise dan ada saki baki bunga sakura dan cruise sampan menyusuri Sungai Hozugawa, lawa gila.

Maka sampaila di stesen yang terakhir iaitu Torokko Kameoka Stesen. Semua orang turun kat sini. keluar ja dari train nampak hantu ni, dia pi kat pelancong bukan Jepun saja dan offer diri nak selfie dengan kita.


Takyah nak kenalkan diri kami ni mai dari mana dia dah teka "Malaysia?", kami pun angguk jela. Pastu dia buat spontan show kat semua orang kat situ bagitau kami ni dari Malaysia dan MH370 tu ada kaitan dengan nenek moyang hantu yang sorokkan. Kan tak pasal2 kami jadi pelakon tambahan kat situ lak. Orang lain gelakkan kami sebab terperangkap dengan dia. Pastu dia kata dia akan bagitau hantu tu untuk pulangkan semula MH370. Kami pun layan jela drama spontan dia kat situ. Pelancong2 lain pun sibuk dok tanya kami apa cita MH370, rasanya orang luar lagi banya info kot dari orang Malaysia, takdak jawapan nak bagi sebab kita semua pun tak tau apa berita MH370.


Kami pun tak tau tempat mana ni kami turun ni dan kebetulan nampak orang pegang bendera bawa tour, kami pun ikut jela tour tu. Seperti biasa betulla sangkaan kami sebab rombongan cik kiah ni menuju ke stesen ketapi untuk balik ke Kyoto balik.

Dari stesen tu kami akan jalan kaki kira2 10minit menuju ke Umahori stesen. Dari Umahori stesen ni samada boleh terus ke Kyoto ataupun balik ke Saga Arashiyama stesen balik.

Walaupun kat kawasan ni bendang semata2 kami tetap jakun sebab kalau kat Kedah, bendang banyak pokok pelam, kat sini lak pokok2 sakura subur kat tepi2 bendang ni. Gigih gak ambik gambar sakan, jakunla katakan.


Bangunan belakang tula stesen Umahori. 

Close-up sikit bunga sakura atas pala ni. Wangi sangat sakura ni.

Dalam 20minit macam tu maka sampaila kami kat stesen Saga Arashiyama balik. Memandangkan dah masuk waktu zohor, kami solat jamak kat sini dulula. Solat kat tepi koridor jela, buat jamak takdim dulu kang sampai hotel boleh buat jamak takhir. Sebelum tinggalkan Arashiyama ni sempat lagi saya merasa ice cream green tea yang sangat sedap ni.

..........to be continued

p/s: nak kemas baju2 lak maklumla esok dah start cuti raya cina, cuti panjang takkan nak dok diam2 dalam rumah lak. 

2 ulasan:

kay dolce berkata...

Subhanallah cantiknya pemandangan kat sini. Beruntung awak dapat tengok dgn mata sendiri.

Hafirdaus berkata...

Alhamdulillah syukur sangat, view memang breathtaking