Klik sini

Selasa, 17 Februari 2015

Goodbye 2014, Welcome 2015

Best Blogger Tips
 Sebelum berakhirnya February 2015 lebih baik ada pembukaan entry untuk tahun ni. Lama benornya menyepi.....

Detik demi detik berlalu tak terasa betapa cepatnya masa bergerak. Rasa macam baru semalam  buat last entry dalam blog ni rupanya dah 5 bulan tak buka blog ni. Lepas beberapa orang yang rajin melawat blog ni tanya kenapa lama tak update baru perasan rupanya blog ni bukan saya sorang ja menulis dan membacanya malah ada orang lain yang sudi meluang sikit masa baca blog ni. Maaf sangat2 sebab masa sangat berharga dan berlalu dengan pantasnya. Begitu juga kehidupan roller coaster saya sebagai pelajar pun dah berakhir, sekejap pula rasanya 3 tahun berlalu. Teringat lagi hari pertama masuk kelas dan kelas pertama saya adalah subjek Malaysia Law, malu dan segan sangat time tu sebab kita sorang je tua bangka, yang lain semua comel2 muda belia dengan majoritinya adalah lepasan pre-law. Manala nak sama status kan dengan orang yang tak pernah belajar law tetiba sekelas dengan lulusan pre-law. Selalunya kat UiTM ni student pre-law ni sentiasa rasa hebat dan lebih pandai dari semua bidang yang lain, sampai sekarang pun saya tak paham kenapa. Sebab tula kalau student pre-law fail dan student diploma pass diorang anggap student diploma ada cable yang lecturer sentiasa luluskan, sebenarnya tak leh terima kenyataan depa mengaji tak berapa cerdik sampai fail berkali-kali tu.  Tanggapan saya mengenai kehidupan belajar bersama pelajar2 yang jauh lebih muda dan bijak dari saya pada hari pertama dan hari terakhir bagaikan langit dan bumi. Kenapa ya?biarla rahsia…… Sejujurnya banyak kenangan manis yang terbina sepanjang 3 tahun ni, ini serius ok bukan hipokrit toksah nak drama sangat. 

Drama 3 tahun pun selesai maka berbalikla pada matlamat asal nak habiskan cerita ni. Okla nak siapkan cepat2 episod Jepun ni. Sekarang tengah pilih gambar2 dan edit letak watermark semua then baru nak karang cerita. Bye....nantikan episod 10 xpdc Jepun. Sayonara.......

Tiada ulasan: