Klik sini

Isnin, 23 Februari 2015

Fushimi Inari Shrine @ Torii Gates, Kyoto : #12- Chasing The Sun Day 4

Best Blogger Tips Ohayōgozaimasu!!! 
Kalau entry yang lepas kami kat Saga Arashiyama, so kali ni kami gerak jauh sikit ke Inari. Apa yang bestnya Inari ni? mestila sebab unik Torii Gates nya. 

Sebelum nak cita pasal Torii Gates, saya nak cerita sikit perjalanan kami menaiki train ni. Seperti yang diketahui , Jepun mempunyai satu pada rangkaian pengangkutan awam yang paling cekap di dunia, terutamanya di kawasan metropolitan dan di antara bandar-bandar besar . Pengangkutan Jepun juga terkenal menepati masa, sesak dan agak mahal . Terdapat beberapa syarikat-syarikat keretapi yang merentasi negara yang jauh dan luas , seperti Tokyo Subway dan Metro Tokyo, kali ini saya cuma menaiki JR line saja.

Signboard nak beli tiket ni walaupun semuanya dalam tulisan Jepun, ada gak gambarajah yang menerangkan laluan dan harga tiket yang mudah faham bagi pelancong. Dalam kes saya ni yang beli tiket dari Saga Arashiyama ke Kyoto station, saya pening sikit nak keluar dan beli tiket train asing untuk ke Inari. So, saya pergi je kat mesin yang disediakan sebelum ke pintu keluar iaitu mesin "fare adjustment" atau lebih dikenali sebagai "norikoshi seisan-ki". Mesin ni sangat bagus bila kita tersalah beli tiket ke or nak tukar laluan ke. Gambar ihsan dari google di bawah ni adalah mesin di Kyoto.

Fare Adjustment MachinesInfo dari google~
If you have bought the wrong ticket or decide to change your destination in mid-journey, you can pay any excess fare at one of these machines, rather than face an on-the-spot-fine and a criminal record as you might in the UK for example.

Just place your ticket in the slot and the machine calculates your excess fare. Pay the excess with your charge card, notes or coins and the machine issues you with a new ticket to pass the barrier. Simple, efficient...just the ticket.

Macam kes saya ni, rupanya saya boleh jimat 50yen sorang bila guna fare adjustment mesin ni dari kyoto ke Inari dengan guna tiket yang saya beli kat Saga Arashiyama tu.

Bila dah tukar tiket kat mesin tu kami terus ikut laluan ke Inari la tapi sebenarnya kami salah laluan, nasib baik nampak train masuk dan ramai orang serbu train tu kat laluan bertentangan. Rasa macam dah tak sedap hati apasal takdak orang dok kat laluan kami tunggu ni sebab instict kami kuat menyatakan kalau nak pi Torii Gates ni mesti ramai pelancong yang akan tunggu train sama2 dengan kami.

 Maka dengan tergesa2 kami pun berlari2 ayam ke makcik sorang yang jual apa tah kat sini. Saya cakap "sumimasen....er er...how to go to Torii Gates", sekali dia bantai bahasa Jepun sambil tunjuk2 train yang baru sampai yang ramai2 orang tu seolah2 dia kata "cepat pi naik train tu, dia nak jalan dah". Walaupun tak paham apa patah perkataan dia cakap rasanya kami boleh agak dia kata apa. Kami pun terkedek2 la lari2 kucing naik train tu. Kus semangat...kalau terlepas train ni kang nak kena tunggu next train lak bukan dia dah la, matahari nampak macam kui nak terbenam dah ni. (kui=semakin)

Dalam train ni saya memang dah agak ramai pelancong2 dalam train ni mesti nak pi tempat yang sama dengan saya, maka nanti bila dah turun train ikut jela diorang kan.


Ingatkan jauh dari station ketapi ke Fushimi Inari ni tapi rupanya depan ni je, lebih kurang 400meter camtu.

 Taktau apa jadi hari ni, asal kami dua nak selfie je mesti ada je orang yang nak tolong ambil gambar kami dua. Kali ada sorang mamat dari England bawak family reramai kat sini yang tolong ambik gambar kami kat atas ni. Ingatkan nak ambil sekali Torii Gates atas pala ni tapi tak pun, nak arahkan lelebih segan lak dah orang offer free nak tolong kan hehehehe.....

Mata xleh nak buka sebab matahari betul2 dok depan mata sekarang ni.

Lepas tu dia minta mr soulmate ambik lak gambar dia n family kat sini jugak, ada udang disebalik mi rupanya.

Nak masuk ni takdak sebarang bayaran ya.


Nak masuk je dah nampak musang penjaga kat kiri kanan laluan, mesti ada kaitan dengan cita Naruto nine tail fox ni kan hehehe.....alamak teringat movie Naruto yang baru saya tengok kat wayang, best tau bila Naruto sedar yang Hinata Chan cinta kat dia dari kecik2 lagi....soweeettt sangat.

Maps laluan mendaki di kawasan ni hingga ke puncak Mt. Inari. Kalau yang nak sembahyang mungkin diorang akan daki sampai ke puncak kot tapi kami ni takat nak bergambar dekat2 cukupla. Kaki yang berjalan seharian ni pun dah menunjukkan tanda2 nak kena dok rehat plak.

Taktau ape maknanya, tapi saya rasa harga saiz torii gates yang available untuk didermakan mengikut skala saiz

Sedikit info berkaitan Fushimi Inari ni kalo hampa nak taula... 

Fushimi Inari Shrine merupakan shrine yang terpenting bagi Shinto yang terletak di bahagian selatan Kyoto. Tempat yang terkenal bagi ribuan Tori Gates yang membentuk lalu menuju ke tempat suci di Gunung Inari yang setinggi 233 meter dari paras laut. 

Setiap tori gates ini merupakan hasil derma oleh business/syarikat yang beroperasi. Harga tori gate ni berbeza mengikut saiz. Yang paling kecik pun dah cecah 400k yen untuk setiap satu. Ada yang boleh cecah jutaan yen untuk setiap satu bagi yang bersaiz gergasi! Kat tiang-tiang Tori Gates ni pulak akan diukirkan nama setiap penderma tu. 

Actually, kalo hampa ada masa dan suka hiking, boleh la hiking ikut trails yang disediakan untuk sampai ke puncak Mount Inari tu. Tapi since kami pun tak banyak masa, hanya sempat sampai ke sekerat jalan jela. 

Owh ya... selain tu Inari jugak merujuk kepada God of Rice. Nanti kat kawasan sekeliling tu kita akan nampak banyak tugu-tugu serigala yang merupakan pesuruh kepada Inari ni. 

Tori gates ni akan disusun mengikut saiz. Dari yang besar gila hingga kepada saiz kecikkkkk 

Layan gambar okay~

salah satu bangunan utama di kawasan Fushimi Inari

Permulaan lalu Tori Gates yang dimulai dengan yang bersaiz gergasi. I is suka selpiaq sorang2 bila memasing bawa haluan sendiri2.


Sesi fotoshoot dengan gadis ala2 geisha kat sini lak. Teringat cerita Memoirs of a Geisha lak. Yang pasti minah 2org ni bukan geisha ok. Memang tempat ni salah satu tempat shooting filem ni.

Bukan saya ja yang bergambar dengan depa ni, pelancong lain pun ambik gambar dengan diorang. Saya perasan gak kat kawasan budaya mereka ni, muda mudi diorang akan pakai pakaian tradisional ke sini seolah2 menghayati sejarah tamadun diorang.

Gambar kat atas ni gak menunjukkan 2 laluan yang dinamakan Senbon Torii

                                  nama penderma/syarikat 

Tak daya nak ambik gambar sesorang orang kat sini sebab manusia sentiasa dok lalu lalang kat sini. Disebabkan kefemesan tempat ni, memang setiap hari tempat ni penuh dengan orang ja, bertabah jela.

Air ni tempat orang Jepun kat sini minum. Tengok jela xberani nak minum kot2 ada campur apa2 lak kan.

Torii Gates ni ada yang masih baru dan ada yang nampak dah lama, dan ada yang dalam pembinaan nak pasang yang lain lagi.


tunnel of torii gates yang seterusnya, kitaorang stop kat sini je. Bagi laluan orang nak sembahyang kat atas tu. Kaki pun dah berdenyut2 ni berjalan seharian dah ni. Maap ya gaya di atas tu, mr. soulmate memang kanak2 periang tambah2 bila bergambar kalah retis ni.

Saya dan mr. soulmate pun turun balik dan kami ambik laluan lain lak nak balik ke train station melalui kedai2 souvenir dan kedai makan.


Kedai kat sebelah kanan tu ada jual Tokayaki, lama gak berdiri kat depan tu dok tengok bahan2 yang dia buat kan, berkira2 nak beli ke tidak ni. Last2 mr. soulmate kata "kalau ragu2 jangan belila lagipun kita xtau apa bahan dalam sos tu walaupun nampak macam bbq sos ja". Saya ni memang masalah tak yakin halal nak beli makan kat luar ni, sebab tula rela makan megi jela.


Taktau apa nama jalan ni tapi comel sangat dan havoc dengan manusia. Mata I memang kecik so kalau senyum nampak macam terpejam lak kan hehehehe....ayat cover sebab mata memang tertutup pun.

Ni replika makanan yang diorang jual, nampak macam real sangat.

Ok time nak balik ke Kyoto balik. Masa kat kaunter tiket ni kami nampak ada minah omputih ni terkial2 kat kaunter nak beli tiket, pastu disebabkan kami ni baik hati kan , kami offer nak tolong dia. Tanya dia nak pi mana dan harga yang dia kena bayar kan pastu dia macam xpaham2 lagi. Mesin tiket Jepun ni tak macam kat negara lain, kat sini kena tau rate tiket dulu pastu masukkan duit baru tekan destinasi nak pi mana. Omputih ni tak paham2 sebab dia ingat kena tekan dulu destinasi pastu baru masukkan duit. Kami pun dah malas nak layan, kami blah la sebab dia dok kata dia betul kena tekan destinasi baru masukkan duit. Kami pun dah masuk tunggu train dia dok stuck kat mesin tiket lagi sampaikan ada mat saleh yang lain tolong dia baru dia lepas. Pastu jumpa kami dok senyih2 macam kerang busuk lak, tula tak caya kat kami sangat. 

Kat sini ramai sangat orang tambah2 dengan budak2 sekolah baru balik sekolah time ni. Budak sekolah perempuan skirt masyaallah singkat sangat, kalau tunduk ja confirm nampak spenda. Memang kami berebut dengan budak sekolah la kot time ni diorang habis sekolah.

Dah sampai kat Kyoto station ni, ingatkan sudah kat sini la kan tapi masa sampai kat stesen Kyoto kami masih ada 3jam lagi sebelum bas ekpress nak gerak dari Kyoto balik ke Nagoya. Pastu tah kenapa kaunter bullet train aka shinkansen ni macam ada magnet dok tarik2 kami pi beli tiket je.

Ok terus terang cakap la kami takdak budget nak naik shinkansen sebab harganya yang sangat mahal. Dan kebetulan lak antara stesen yang paling dekat dan murah shinkansen adalah di antara Kyoto dan Shin-Osaka ja. Samada sekarangla nak merasa naik shinkansen atau tak. Then, mr.soulmate kata xpala dia belanja saya naik shinkansen sebab dia tau kami ni memang dah teringin sangat2 nak naik dan kebetulan ada masa bolehla merasa kejap ke Shin-osaka, setidak2nya sampai gak la ke Osaka tu.

Kalau nak tau maklumat lanjut pasal Shinkansen boleh klik di sini.


Dah beli tiket, hepi sangat!!!
tiket ni berharga 1,420 yen sehala. Kos untuk 2 orang untuk 2 way ialah 5,680 yen. 

Alhamdulillah tercapai jugak hasrat nak naik Nozomi, Shinkansen yang paling laju ni. Jadila buat kenangan walaupun cuma ambik masa 14minit je pun dari Kyoto-ShinOsaka.

Walaupun penat gila tapi muka memang takleh nak sorok betapa hepinya. Tenkiu mr.soulmate

Bagi orang Jepun diorang paling suka gerak guna shinkansen ni sebab mudah, cepat dan tak banyak birokrasi macam nak naik flight. Harga dan masa adalah sama kalau gerak melalui flight dan shinkansen, malah gerak dengan shinkansen lebih cepat kot sebab takyah buat pemeriksaan dan nak tunggu flight delay ke apa sebab cuaca ke. Sememangnya shinkansen adalah kebanggaan Jepun.

 Inila Nozomi, ala2 muncung itik ni. Dari muncung ni dah nampak bila dia gerak, senang dia nak belah angin dengan mechanisms dan aerodynamic features nya.

Ok my Nozomi dah sampai, mehla kita. Walaupun kena dok kat gerabak yang tertentu, kami kan pelancong buat2 sesat dok kat 1st class la, boleh gitu hehehee.....

Sebenarnya kami pun taktau ni gerabak nombor berapa main hentam dok ja sebab gerabak ni je tak ramai orang. Yang belakang2 sana tu ramai manusia. Tak sangka lak ni gerabak 1st class kan, selagi takdak staf dia mai cek, buat xtau jela. Memang kalah air asia la keadaan dalam shinkansen ni. 

Dia gerak laju gila tapi takdak gegaran langsung ok, serius tak rasa gegar pun tapi dari tingkap nampak dia gerak desup2.

14 minit kemudian sampaila kami kat Shin-Osaka sejauh 50km ni dari Kyoto station. Ok ramainya men in black beli tiket, semua pakai baju seragam ni dari syarikat yang sama ke apa. Saya perasan kat Jepun ni, kalau orang biasa2 diorang punya pakaian color yang tak menonjol pun macam color brown, hitam, grey mcm tu. Tapi kalau geng harajuku mai sekali kontra terus fashion diorang.

Niat kami memang nak merasa je naik Nozomi shinkansen ni, so bila dah sampai Osaka taktau lak nak tuju kat mana. Kaki pun penat dah berjalan sakan sepanjang hari.

Staf kat kaunter information memang pandai cakap english, tetiba bila buat berbandingan dengan Korea, Jepun lagi terer cakap english. Orang biasa pun walaupun tak pandai cakap tapi diorang paham bila dengar kita cakap english dan komunikasi takdak la mati katak. Ok lagi bila sebelah pihak paham kita cakap dah cukup bertuah dah.

Tengokla jela poster USJ ni dan memang tak sampai lat USJ Osaka ni sebab lagi 2 jam kami nak kena naik bas balik Nagoya balik time ni.

Kami pun naik balik Shinkansen balik Kyoto dan kali ni kami nak pi dok gerabak kami yang sebenarnya la. Dan kali ni memang ramai staf shinkansen buat pemeriksaan dan halau semua orang yang dok gerabak lain balik ke gerabak memasing. Nasib baik kami ikut peraturan kali ni, takla kena hambat macam diorang dalam shinkansen ni.


Dah sampai balik ke Kyoto station kami masih ada sejam lagi sebelum bas bertolak. Mr.soulmate pun pi survey tanya bas satgi nak naik tang mana, nombor brapa semua kat mamat baju putih tu.


Pastu mr.soulmate kata staf bas ni benarkan kami naik bas yang gerak awal sejam tapi kena dok seat paling belakang la. Ok syukur sangat sebab kami sememangnya dah letih gila, kaki sakit, perut lapar, semua adala.

Tadi lalu kat sebelah kedai mc D nampak orang makan big mac rasa macam sedap gila tetiba lapaq big mac sangat2 time ni tapi tekleh makan sebab tak halal mc D kat sini.

Dalam pukul 9.00pm kami pun sampaila kat Nagoya station. Kemudian kami ambik Sakura Dori balik ke hotel. Sebelum sampai hotel, kami beli nasi segera dulu kat 7e, nak makan kat sana dah tak mampu letih sangat2. Sampai hotel baru panaskan lauk pek Brahim makan dengan nasi segera panas2. Kat hotel ni ada pantry lengkap dengan microwave dan watercooler.

Letak je kepala kat bantal terus hanyut koma tak sedarkan diri, penat sangat kot hari ni. 

Esok saya ada big plan iaitu nak merantau sejauh 242km ke arah utara. Next entry la ye.

.................to be continued

Tiada ulasan: