Isnin, 1 September 2014

Toyota Automobile Museum, Japan: #6- Chasing The Sun Day 3

Ohayo gozaimasu....

Sebulan juga ye entry Japan ni tergendala....sumimasen.....

Antara sebabnya, sebulan yang lepas saya menghadiri internship dan sepanjang internship memang tak sempat nak update blog. Bukan apanya, bila buat entry ni mesti disertakan dengan gambar. Gambar pula ada dalam beribu2 dah tu kena edit dulu color dan watermark nya. Memang makan masa yang lama memandangkan saya tersangatla malas nak edit gambar2 ni. Kesimpulannya memang saya seorang pemalas hahaha habis cerita.


Bersambung kita pada hari ke-3, hari ni saya dan mr.soulmate nak sambung perjalanan merantau tempat2 yang dilalui bas sightseeing yang tak sempat nak cover semalam. Salah satu tempat yang menarik minat kami ialah TOYOTA AUTOMOBILE MUSEUM!!!!!

Kebetulan kami ni memang peminat kereta2 lama, excited sangat nak terjah museum ni. 


Macam semalam, kami berjalan kaki dari hotel ke perhentian bas sightseeing, klik di sini untuk maklumat bas ke museum. Destinasi kami sememangnya ke Toyota Museum. 

Sepanjang dok jalan kaki dari hotel ke bus stop, saya dan mr.soulmate dok bincang samada nak ambil one day pass or beli tiket one way je ke museum sebab kami cadang dari museum kami taknak naik bas sightseeing lagi dah, kiranya nak redah ikut kaki ke naik subway pula. 

Bas sightseeing pun tiba dan masa nak bayar kat driver bas tu kami cakap nak tiket one way je ke Toyota Museum tapi driver bas tu tak bagi, dia rekemenkan kami dua ambik je one day pass sebab lagi jimat. Saya tetap nak beli juga one way tiket then dia pun tak halang dah. Ok tang ni kesilapan paling bangang saya buat sebab tak kira betul2 hehehe sebabnya:
  • One day tiket meliputi semua tempat dan berapa kali naik bas pun cuma bayar sekali je iaitu berharga 500Y 
  • One way tiket ke Toyota Museum berharga 200Y (nak balik mestila naik bas yang sama gak n kena bayar lagi 200Y). Tapi kalau beli one way tiket takleh nak p mana dah n kalau nak p mana2 kena bayar lagi
  • Masuk museum tu kalau tunjuk one day pass dapat diskaun sebanyak 100Y, kalau beli tiket one way tak dapatla diskaun
Ok dah nampak belum? 

Bawah ni info pasal museum ni.

An interactive museum establishde by the Toyota Group. The museum is housed in a red-brick factory from the Taisho Period (1912 to 1926) that remains at the birthplace of the Toyota Group. The museum features many textile machine and Toyota's very first passenger car. In Technoland, you can have fun trying out unique play equipment while learning how textile machines and cars work.
Toyota Commemorative Museum of Industry and Technology
Adults:¥500→¥400
Jr. and Sr. high school students:¥300→¥240
Elementary school students:¥200→¥160
+81-52-551-6115
9:30-17:00 (Last entry at 16:30)
Closed:Every Monday (or the following day if a national or substitute holiday falls on a Monday), year-end and New Year's holidays
Kalau masuk museum ni jangan terkejut kalau ada sejarah pasal kain kapas dan mesin kain di sini sebab nanti kat dalam2 nanti baru jumpa cerita pasal kereta lak.

Gambar di atas tu menerangkan enjin toyota yang pertama di cuba pada basikal sebelum dipasang pada kereta. Kemudian syarikat dari Amerika berminat dan join sekali dalam pembuatan enjin toyota ni.

Jangan risau kalau masuk museum ni di setiap bahagian akan ada orang yang akan entertain kita dan sedia menceritakan sejarah dan maklumat2 yang lain. 

Gambar di bawah ni pula tunjuk bagaimana diorang buat acuan termasukla acuan untuk sekecik2 benda seperti skru sampaila acuan yang besar


Mengikut cara orang dulu2 buat kereta, diorang tak cipta lagi mesin or robot2 yang berteknologi tinggi mcm sekarang kan. Dulu depa buat kereta guna skill pertukangan semata2. Mula2 diorang akan buat rangka kereta ni dulu dengan kayu dan dengan menggunakan kepingan besi, barula depa ketuk2 besi ni mengikut bentuk kayu tersebut dan sampai siap jadi bentuk kereta berbadan besi. 

Kawasan ni bising sikitla sebab diorang busy mengetuk kepingan besi ni untuk jadi lentur macam ni. Dah siap ketuk besi semua barula dicatkan pula.

Saya rasa air liur tap2 dok depan keta ni. Dalam hati bestnya kalau ada sebiji macam ni kat rumah. Tak drive kat jalanraya pun xpa janji tersimpan rapi menjadi kepunyaanku.

Dari tempat membuat acuan sehingga pembuatan dan fungsi alatan2 kereta yang lain, kami pun sampaila ke tempat pameran kereta yang dah siap pasang semuanya. Bila berada dalam museum ni, dia cerita dan mengajar kita secara terperinci sampaikan kita rasa senang gila kalau balik buat kereta sendiri. 

Buat seketika saya jadi lupa diri dan sangat sangat sangat teruja dengan model2 kereta di sini. 


Comel sangat macam nak golek2 kat sini gak.

Last kereta yang dipamerkan di sini adalah kereta letrik iaitu Toyota Prius PHV. Ini antara model yang terbaru dan tercanggih keluaran Toyota. Tapi serius....saya suka lagi kereta lama dari Toyota Prius ni. Tengok kereta ni tak dak apa2 perasaan. Tengok2 kereta kat atas tadi rasa nak guling dan lompat2 keliling dia hehehe....

Selepas pameran kereta2 ni kami masuk ruangan game tapi kebanyakan game sesuai untuk kanak2 ja. 

Seterusnya kami naik balik bas sightseeing dan turun ke perhentian seterusnya. Sebenarnya kami ambik masa agak lama bertapa dalam museum ni dan tak banyak lah tempat nak terjah lepas ni. Oh ya hari ni merupakan pertunjukan fashion runaway di bandar Nayota. kebanyakan jalan2 utama ditutup dan banyak wartawan dan cameramen datang buat liputan. Lepas ni cerita pasal fashion day lak.

To be continued.........

Tiada ulasan: