Naik bas sightseeing dari Toyota Automobile Museum maka sampaila ke Fushimi area ni. Kat sini suasana macam kat Myeongdong Seoul. Lautan manusia memenuhi segenap alam. Jalan-jalan utama ditutup untuk kenderaan. Memandangkan hari ni weekend dan kebetulan ada fashion runaway di tengah-tengah jalan ni memang ramai sungguhla umah manusia.
Kami turun kat kawasan ni nak cari kedai Daiso dan survey2 dulu barang apa yang menarik dan murah. Nanti last day boleh borong kat sini kalau ada barang yang menarik.
Kedai Daiso ada dalam salah satu mall kat sini tapi xtau mall ni nama apa sebab semua dalam tulisan Jepun. Mall ni ala-ala macam kat Sogo. Kalau perasan kan kat Jepun ni kalau pi mana-mana akan nampak wanita dan lelaki yang berbaju tradisional. Fashion diorang simple je dan color pun neutral ja tak macam orang Korea. Tapi ada jugak geng2 harajuku kat sini tapi geng harajuku sini tak semeriah macam kat Tokyo.
Keluar dari Mall tu mulala perut pun berkeroncong minta diisi. Nak cari 7e pun masalah gak sebab 7e ni kedudukan dia tersorok sikit. Jenuh dok tanya orang gak tera nak jumpa 7e ni. Kalau nak makan mestila cari 7e sebab kalau tak makan nasi boleh beli kopi dan ambik air panas. Tengokla basikal kat belakang ni, penduduk Jepun memang naik basikal ke mana saja. Pejalan kaki dan kereta mesti bagi laluan kat basikal.
Inila bekalan lunch kami hari ni. Dalam 7e beli kopi panas dan ambil air panas free. Pastu dudukla kami kat kaki lima menikmati hidangan tengahari yang sungguh lazat dalam cuaca yang sungguh sejuk sangat hari ni. Makan megi dengan kopi dah cukup nikmat dah masa ni. Pastu orang Jepun yang lalu lalang tengok semacam je kat kami. Mungkin sebab makan kat kaki lima ataupun sebab muka kami ni sah-sah bukan spesis gen Jepun.
Lepas makan megi, kami pun tak tau nak pi mana, redah jela ikut kaki. Pastu nampak tanda halal. Mata jadi bling2 nampak tanda halal sebab itu menunjukan ada org jual makanan.
Trak kebab rupanya,yeayy!!! seronok sangat sebab first time jumpa orang muslim yang jual makanan kat sini. Padahal baru tatsat ni pekena megi dah. Masa kami beli makanan ni takdak sapa lagi mai. Tengokla tetiba je orang datang serbu beli kebab jugak. Sempat borak2 jap dengan penjual kebab ni. Diorang sebenarnya student arab dan bila ada event kat mana2 diorang akan datang jual kebab. Bagusnya walaupun student, dah ada bisnes kat sini. Kalau student Malaysia buat bisnes untuk persatuan bagus jugak, maksudnya bisnes ni tak mati kalau student dah habis belajar, akan ada junior ambik alih asalkan qualiti sama tak berubah. Meniaga nasi lemak pun jadila kan.
Memandangkan kami pun dah makan megi tadi, kami beli satu jela kebab share 2org dan ice cream sakura. Ice cream sakura memang sedap sangat rasanya sama macam bau bunga sakura kat tepi jalan ni. Bunga sakura ni bila angin tiup memang harum dia tak tau macam nak cakap....masih teringat angin yang tiup sepoi2 bahasa membawa haruman bunga sakura sekali....rindunya Jepun.
Dari kawasan Fushimi kami jalan kaki sampaila jumpa Nagoya City Science Museum ni. Malangnya museum ni dah tutup pun, tak dak rezeki nak explore dalam planetarium ni. Kalau nak tau maklumat pasal planetarium ni boleh klik di sini. Alamatnya seperti di bawah.
Nagoya City Science Museum
17-1, Sakae 2-chome, Naka-ku, Nagoya, 460-0008 Japan
Phone: 81-52-201-4486 Fax: 81-52-203-0788
Kat kawasan planetarium ni ada kawasan rekreasi. Tapi kat sini banyakla anjing2 berlari-larian bersama tuan. Untuk orang yang penakut anjing macam saya baik blah cepat2 kang bersilat depan anjing malu lak.
Kemudian kami pun menaiki stesen subway yang berhampiran balik ke hotel dulu. Malam ni nak kuar lagi nak cari tiket bullet train ke Osaka.
To be continued.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan