Klik sini

Ahad, 13 Julai 2014

Nagoya Castle, Japan: #3- Chasing The Sun Day 2

Best Blogger Tips

Anak jantan sekor ni manja melampau-lampau. Nama dia puppy. Sebab apa nama 'anak anjing'? dulu masa dia kitten suka kutip n kumpul barang2 guna mulut dia mcm anjing. Ramai orang takut dengan kucing hitam tapi sebenarnya kucing hitam lah yang paling manja yang pernah saya jumpa berbanding kucing2 lain.

Ohayo gozaimasu....
Good Morning everyone..........
Sejuk sangat2 pagi sebab heater dalam bilik tak terpasang sepanjang malam tambah angin luar masuk sebab bukak tingkap...fuh memang sejuk. Kalau nak tau sekarang ni pukul 4.30am waktu Malaysia dan subuh masuk pukul 3.30am kat sini. 

 Inila rupanya lobby hotel ni. Oh ya kat sini disediakan kopi free dan suka hatila nak angkut brapa cup kopi pun sehari...yeay!!

Pagi ni saya pun mintala segala mak nenek bernama map kat receptionist. Dah ada map baru nak buat kajian nak berjalan ke mana2. Trip kali ni memang saya plan dah sampai sini baru nak decide nak ke mana sebab tak nak memaksa diri dengan ikut  itinerary sepenuhnya. Mungkin pengalaman trip sebelum ni mengajar kami untuk tak mengikut itinerary sangat sebab bila kita plan dan kita tak ikut plan mesti akan rasa kecewa kan dan kalau plan yang dirancang2 tak berjalan mcm dirancang mesti percutian jadi tak best. Sebab tu saya tak leh join tour kot, rasa diri tak bebas. Walaupun dalam kepala saya sekarang, saya nak meredah merata tempat, tapi dalam hati kata "rilex...kalau ada masa dan tak penat baru kita terjah tempat tu". ok now totally no plan....plan on the spot maybe...hehehehe.....


Banyak jugakla kenderaan pagi ni tapi pelik juga sebab kat traffic light semua kenderaan akan matikan enjin memasing. Walaupun nampak banyak kenderaan berhenti kat traffic light tapi suasana jadi sunyi sepi dan kalau kita borak pun akan dengar suara kita saja. 

 Beginila suasana di awal pagi hehehe takla awal sangat sebab dah pukul 8am. Kalau perasan kan susah betul nak jumpa sampah kat tepi2 jalan ni dahtu nak cari tong sampah pun tak jumpa. Kalau buat sampah tu simpanla dalam bag. Kalau nak buang sampah tunggu balik buang kat hotel ataupun buang kat 7e sebab 7e la satu2 tempat yang sediakan tong sampah.

7e aka tempat dinning for breakfast n dinner. Sampaikan balik ke Malaysia pun bila saya nampak 7e saya akan terkenangkan kenangan kami makan kat 7e. 
Sebenarnya memang banyakla 7e kat Jepun ni kiranya marata2 memang mudah nak jumpa 7e. Apa yang menariknya 7e ni adalah dia jual NASI, self-service mesin kopi, ada kemudahan meja dan kerusi untuk makan, ada air panas free untuk rendam megi, ada mangkuk plastik+chopstik+sudu garfu+wet tisu disediakan free dan dah tentu pekerja yang sangat friendly. 

Apa yang kami buat, kami ambik sudu+garfu+wet tisu dan mangkuk plastik. Tadah air panas dalam mangkuk tu dan rendam pek brahim dalam air panas selama 3 minit. Sementara tunggu lauk Brahim panas, saya beli nasi untuk 2 bekas dan salad kosong skali. Pagi ni kami makan lauk ayam merah Brahim bersama dengan nasi panas dan salad. Alhamdulillah kenyang sampai malam la ni. Saya bawak bekal coklat untuk jajan kalau kami lapar karang. Coklat adalah makanan wajib bawak semasa di oversea sebab senang nak makan di mana saja dan kenyang.

 Mengikut petua direction dari receptionist hotel, kami akan tunggu bas di perhentian 758 untuk menaiki bas sightseeing. Kalau nak tau lebih lanjut mengenai bas ni termasuk masa bertolak dan sampai serta laluan bas boleh klik di sini.

 Bas yang ditunggu pun tiba, bas ni pun macam tau je berhenti kat sini walaupun kami tak tahan dia pun. Dalam bas ni penumpang diberi pilihan samada nak beli one day pass ataupun nak beli tiket sehala ke destinasi tertentu. Kalau nak jimat of coz la beli one day pass kan. Harga One day pass adalah 500Y. Dalam bas ni ada pelbagai pamphlet dan map  dan ada tourist guide yang akan bercerita dalam bas sepanjang perjalanan. Malangnya tourist guide cakap bahasa Jepun, kami tak paham dia cakap apa. 


Mungkin awal lagi kot tak ramai orang dalam bas ni. Kami pun taktau nak turun mana. Dok berkira-kira kami akan turun kat first perhentian la. Lagipun tak rushing ke mana pun so jejalan la menikmati keindahan bandar Nagoya.


Rupanya perhentian pertama adalah Nagoya Castle. Huh tak sangka lak sampai sini sebab cantik sungguhla view kat sini. Subhanallah...tempat ni aman dan tenteram ja dengan bunga2 sakura kiri kanan jalan dan sakura yang gugur memenuhi kaki lima jalan. 

 Inilah pintu nak masuk castle. Nampaknya sakura dah banyak berguguran yala bunga sakura cuma tahan seminggu je atas pokok selepas berkembang. Sekarang ni pun dikira di akhir musim spring la juga.

Kami pun terus beli tiket masuk. Harga masuk ke castle adalah 500y seorang tapi kalau ada one day pass dapatla discount dengan harga 400y seorang. Baru tau kalau kita pi ke mana-mana tempat pelancongan di Nagoya ni kalau tunjuk one day pass akan dapat discount lagi.

 Inila Nagoya Castle....

 Ini pula bilik maharaja beradu. Masuk sini kena tanggalkan kasut dan simpan bag dalam loker yang disediakan. Sebenarnya takdak apa pun kat dalam ni tapi pengawasan yang sangat ketat kat sini. Bila fikir2 balik kan mungkin la dinding lukisan ni diperbuat daripada emas kot sebab ramai gila orang jaga dan banyak cctv lepas tu pelancong takleh berdiri lama2 kat satu2 tempat, kena sentiasa bergerak.

 Keluar je dari kamar beradu maharaja, kami pun jalan2 kat kawasan sekitar castle. Ada pun tong sampah kat sini, comella macam robot ja. 

 Saya tak dapat nak gambarkan keindahan di sini sebab semuanya indah. Sambil jalan dok wahh sana wahh sini.

Kemudian baru kami masuk ke dalam castle putih ni. Kamar beradu maharaja tak sama bangunan dengan castle ni. 
Saya nak buat pengakuan sikit, sejak2 saya datang ke Jepun ni kerap sungguh saya berselfie. Saya baru sedar sejak saya tengok banyak gambar2 yang mr.soulmate ambik  saya dok senyum sorang2 depan camera. 
Hahahaha penyakit kronik sungguh ni......but first let me take a selfie. 

 Dalam castle ni tak ingat ada berapa tingkat tapi setiap tingkat kami gagah panjat guna tangga. Ini view kat floor yang paling tinggi. Setiap floor ada pameran tertentu daripada pedang samurai ke baju perisai dan kitab2 lama dan macam2 lagila. Tapi memang best sebab kat sinila baru kita lebih mengenali budaya Jepun dengan lebih dekat. 

 Lepas tu kami jalan2 lagi kat kawasan sekitar. Dalam kawasan ni ada sesi pengambaraan drama kot dan pengawal yang kita nampak dok pegang tembok ikut belakang maharaja sebenarnya atas tembok dia ada sign tulis jangan ambik sebarang gambar diorang dan jangan berada berdekatan diorang sebab diorang tengah rakam drama. 
Memandangkan suhu yang nyaman dan pemandangan yang indah takla terasa penat pun berjalan kat sini walaupun luas juga kawasan ni.

 Belakang istana ada sungai dan kiri kanan sungai ada pokok sakura berjuntai2 ke dalam sungai tapi time ni banyak sakura dah gugur. Sekali angin tiup, bunga2 sakura pun berterbangan. Time sakura terbang bau sakura wangi sangat.

 Sakura terakhir yang belum gugur.


Jalan punya jalan tutp2 dah sampai ke pintu masuk pun. Rupanya kami dok jalan tawaf castle je. 

 Pastu nampak apa yang orang ramai2 ni dan ada kakak2 kat depan ni pakai kimono sambil menari2.


Ada show rupanya. Walaupun semuanya pakai kimono tapi bersemangat menyanyi dan menari. Time ni saya dah berpisah dengan mr.soulmate. Dia busy ambik gambar pemandangan sekitar ni manakala saya lak teruja dengan kakak2 ni menyanyi dan bercelah2 dengan orang Jepun tengok show ni.


Seronok tengok barisan teksi2 di sini sangat klasik.
Saya jakun ok tengok teksi ni penumpang takyah nak bukak or tutup pintu teksi sebab pintu akan terbuka dan tutup dengan sendirinya.


 Kami pun gerak semula ke bus stop nak naik bas ke perhentian seterusnya. Kali ni takyah beli tiket bas dah sebab guna one day pass je.

 Bas yang ditunggu pun tiba....
jom kita ke perhentian seterusnya

                                                                ....................to be continued

Tiada ulasan: