Klik sini

Rabu, 3 September 2014

Victoria Sandwich Cake

Best Blogger Tips
Maaf ye kawan-kawan yang terliur dengan gambar yang saya masukkan dalam instagram dan FB. 
Sorry sesangat....saya ni biasalah passion dengan baking so apa saja yang saya bake, saya akan share dalam IG dan FB. Kalau orang lain kongsi pengalaman manis bersama rakan-rakan mengenai perkembangan anak-anak dalam FB or IG, saya pula ingin berkongsi passion saya dalam bidang masakan dalam FB dan IG. 

Saya pernah ditegur beberapa orang kawan2 mengenai post makanan saya di media sosial ni, katanya post makanan saya ni menganiayai orang yang tak mampu menikmati makanan ni. Bahkan bila saya share tempat makan menarik dan jalan2 cari makan pun dikatakan salah sebab menunjuk2 tempat makan yang sedap2 dan mahal kepada orang yang tak mampu nak pi makan tu. 

Niat saya cumala nak promosi tempat makan berkenaan bersama kawan-kawan supaya orang lain boleh datang rasa kat tempat tu juga. Sekaligus buat free marketing kat kedai makan berkenaan. 

Sumpah...bukan niat saya nak menunjuk2 pun, saya pun ada keinginan nak berkongsi sesuatu yang saya suka bersama rakan-rakan yang lain. Niat saya cuma nak berkongsi ilmu dan resepi dan keghairahan saya masak memasak ni.

Bagi saya apa pun bergantung pada niat hati kita, kalau niat kita nak berkongsi benda yang baik dengan orang lain apa salahnya. Mudah-mudahan perkongsian saya ni dapat memanfaatkan orang lain bahkan ilmu yang saya sampaikan dapat digunapakai oleh orang lain pula. Dalam blog saya ni bukan saja ilmu masak memasak ja tapi tips travel pun saya share skali. 

Victoria Sandwich Cake ni sebenarnya kek span yang dijadikan sandwich untuk cream cheese, cream dan strawberry preserve. Kek ni simple je sebenarnya tapi rasanya tersangatla sedap. Bagi menentukan kesedapan kek ni adalah bergantung pada fruit preserve yang kita buat ni. Saya sebenarnya tak pasti apa beza antara jam, preserve dan compote. Dari info pakcik google kata jam dan preserve ni lebih manis sebab guna banyak gula dan pekat. Manakala fruit compote ni manisnya bergantung pada manis buah semata dan dia lebih cair. 

Kalau orang lain buat strawberry preserve, saya pula buat berry compote. Resepi berry compote ni inspired by cooking show Ina Garten dalam "Back to Basic". 

Memandangkan kalau buat fruit compote ni tak guna gula, maka saya beli buah yang masak ranum dan lembik sikit. Kebanyakan buah jenis ni kat pasaraya ada diskaun dan harganya lebih murah sebab buah dah nak dekat rosak walaupun buah tak rosak lagi. Jadila pengguna bijak ye kawan-kawan hehehe....

Resepi Berry Compote
1 pek strawberry
1 pek blueberry
1 biji lemon
1 vanilla pod - kalau tak jumpa boleh je guna esen vanila
5 sudu kodial strawberry
sedikit air

Caranya
  1. Kupas kulit lemon, kulit lemon simpan. Buah lemon belah dua, perah dan ambik jusnya
  2. Dalam periuk masukkan buah blueberry+strawberry+kulit lemon+vanilla pod+kodial strawberry+jus lemon (simpan sikit utk cream cheese)+air
  3. Masak sampai pekat atau semua bahan bersatu. Kalau nak manis boleh tambah gula tapi jangan banyak 

 Sementara nak tunggu berry compote kita tu nak jadi pekat, kita leh siapkan kek span.

BAHAN-BAHAN :

BAHAN A :
- 1 cawan tepung gandum.
- 3/4 cawan gula
- 1 sudu besar ovallete.
- 1 sudu kecil baking powder.
- 5 biji telur gred A.

BAHAN B:
- 1/2 cawan air
- esen vanila

BAHAN C:
- 1/2 cawan minyak jagung. 

CARA-CARANYA:

1. masukkan bahan A ke dalam bekas adunan. putar laju selama 5 minit sehingga gebu dan sebati. Jangan over sangat, stop bila dah gebu.

2. Perlahankan pemutar,masukkan bahan B. putar lagi selama 5 minit sehingga sebati.

3. hentikan pemutar, masukkan bahan C dan gaul menggunakan kaedah kaup balik menggunakan sudip / senduk sehingga sebati. 

4. panaskan oven selama 15 minit guna suhu 170C, api atas bawah. griskan loyang dengan mentega dan lapik dengan kertas grease dan tuangkan adunan tadi. kek akan sangat naik, jadi tuang lebih kurang separuh ataupun 3/4 loyang sahaja.

5. kemudian bakar sehingga masak.lebih kurang 35-45 minit.bergantung kepada oven.cucuk lidi kalau nak tahu masak sepenuhnya atau tak..

 Kek yang dah masak biarkan dalam 5 minit dulu dalam loyang dan kemudian keluarkan. Jangan biar lama kek dalam loyang sebab kek akan turun balik. Biar kek sejuk atas redai.

 Sementara kek sejuk atas redai, meh kita sediakan cream cheese dan cream pula. 
Cream cheese+butter mestila dalam keadaan suhu bilik. Jangan pukul time dia tengah membeku, kalau tak nanti rosak mixer.

Dalam bowl mixer, pukul 150g cream cheese+100g butter+2 sudu jus lemon. Pukul sampai kembang or gebu or sebati pastu baru masukkan 1/2 cup gula aising. Masa pukul gula aising kena slow2, kalau tak nanti habis berterbangan gula aising segenap dapur.

 Bila dah selesai cream cheese tu, ketepikan dulu. Sekarang kita pukul non-dairy whipping cream sampai kembang. Whipping cream ni ada yang jenis non-dairy dan dairy. Non-dairy ni dah rasa manis manakala dairy lak tak manis. Selalunya kalau nak buat frosting or topping gunala non-dairy sebab bila kita pukul, bentuk dia elok tak lembik macam jenis dairy punya. Dairy whipping cream ni biasa guna sebagai krim masakan seperti lasaqna or carbonara. 

Bila kita pukul whipping cream pula, gunala halaju maksimum dan stop bila dah betul2 kembang. Bila kita still pukul bila dia dah already kembang, whipping cream akan jatuh bentuk dan cair. Bila dah cair takdak pilihan kena buangla sebab takleh nak guna dah. So jangan over beat dia tau.


 Potong kek kepada 2 lapis. Atas lapisan kek yang pertama, sapu cream cheese, kemudian sapu whipping cream dan baru tuang berry compote.

 Kemudian baru letak lapisan kek kat atas dan tabur gula aising atas permukaan atas.

 Pastu ikut sukala nak deco macam mana kek ni. Bagi saya lak sebab saya buat kek ni untuk bagi makan-makan kat tempat internship saya, so saya bahagikan kek ni siap2 dan deco setiap bahagian. Deco kek ni kita leh ja google dan ambik idea di sana.



Happy baking.......


2 ulasan:

Engku Muzahadin berkata...

Singgah dan Follow blog ini, datang dari #KelabBloggerBenAshaari Salam kenal... http://engkumuzahadin.blogspot.com/

syieda berkata...

Tq for sharing..teringin sgt nak buat sendiri. X sabar rasanya..