Klik sini

Isnin, 14 Julai 2014

Oasis 21, Japan: #4- Chasing The Sun Day 2

Best Blogger Tips
Cerita di Nagoya Castle di sini.

Dari Nagoya Castle maka kami pun turunla kat Oasis 21. Oasis ni bertentangan dengan TV Tower Nagoya, boleh naik tower tu kalau nak usha seluruh view Nagoya tapi kami lebih berminat nak explore kawasan Oasis 21 ja. Kalau nak tau lebih lanjut pasal Oasis 21 boleh klik di sini.

Kalau nak tau bangunan belakang ni senget dan ada air atas bumbung dia tapi memandangkan bangunan ni dibina atas tanah yang berbukit maka air atas bumbung tu jadi air kolam dan tak bergerak. Inila dinamakan ilusi mata. Nak cakap macam mana pun taktau kena datang sendiri tengokla mesti hairan bumbung tu senget tapi peliknya level air sama rata dan air pun tak bergerak.

Kami pun beli air dalam bangunan ni dan berpicnic kat garden. Masa dok kat sini ada bau wangi sangat macam bau masakan yang saya masak hehehehe....pokok ni???
Pokok ni ditanam di sekeliling pokok sakura. Kenal tak pokok hiasan ni? 
omigod omigod omigod......Ini pokok ROSEMARY!!!!!!!

Rambang mata saya hokeh jumpa pokok rosemary jadi pokok hiasan yang merimbun macam ni. Kalau saya beli rosemary kat tesco pun jumpa yang kering ja dahtu sepeket sampai rm5. 

Kalau nak tau masakan saya ni wajib buh rosemary tambah2 kalau masak daging. Saya suka bau wangi rosemary dalam masakan. Sebab tu saya jadi panik seketika jumpa pokok ni depan mata yang fresh lagi.

Teruja tau jumpa pokok rosemary rasa macam nak patahkan seranting dua bawak balik Malaysia ja tapi TAK BUAT PUN!!!!

Lepas lepak2 kami pun naik atas bumbung tengok kecanggihan senibina di sini. Tadi saya dan mr.soulmate lepak bawah pokok sakura kat sana nun.
Dalam air asia go selain Hotel Wing International ada gak Apa Hotel ni. Sebelum beli tiket ni, saya ada survey Apa Hotel gak tapi dia lebih mahal sikit jela dari Wing International Hotel. So kalau sesapa nak ambik hotel ni pun bagus gak sebab tengah2 bandar dan dekat sangat dengan Oasis 21 dan TV Tower.

Kat dalam bangunan ni ada kelas terbuka buat food artificial. Memang nampak macam real.

Basikal adalah pengangkutan utama di Jepun ni sebab selain kurangkan pencemaran udara leh sihatkan badan. Negara sejuk macam ni bolehla kan dengan cuaca nyaman ja tapi kalau kat Malaysia macam tak praktikal lak sebab cuaca panas kat sini buat badan lagi dehydration dan leh dapat cancer kulit sebab terdedah sangat dengan ultraviolet light radiation.

Inilah rupanya TV tower Nagoya, tak sempat nak terjah sebab dah penat kira nak balik hotel je. 


Niat di hati nak naik lagi bas sightseeing tapi nampaknya dah terlewat sebab bas yang terakhir dah lalu dah. Nasihat saya kena cek selalu time bas ni gerak supaya tak ketinggalan. Nampak gaya kena ambik bas or subway la kat Nagoya station. Nagoya station dekat je dari sini. Sampai je kat Nagoya station kami decide ambik subway la senang ada direction nak turun kat mana, kalau ambik bas semuanya tulisan Jepun xtau nak baca kang sesat lagi lak. Kami ambik laluan sakura dori dan turun kat perhentian yang paling dekat dengan hotel.

 Jepun ni bila diorang buat peraturan kena ikut, kalau tak ikut memang depa hangin sangat. Saya pernah nampak depan mata mat saleh yang jalan kaki kat laluan basikal kena marah teruk dengan orang Jepun, mat saleh tu tercengang2 tak tau dia buat salah apa hehehe. So kat laluan pejalan kaki, basikal xleh lalu dan begitula sebaliknya.



Dah sampai hotel tapi nak bergambar lagi kat luar hotel.
Balik hotel, solat, rehat dulu then malam ni nak keluar pulak.


Malam ni kami bawak bekalan Brahim Rendang Daging pula nak makan kat 7e. Inilah hidangan kami malam ni. Sangat sedap memang best. Kejap lagi nak jejalan kat area Nagoya Station jap nak cari gajet murah2 kat mall area tu.

                                                                ............to be continued

Tiada ulasan: