Klik sini

Khamis, 10 Julai 2014

Nagoya, Japan: #2- Chasing The Sun Day 1

Best Blogger Tips
Urusan di Imigresen Jepun cukup mudah dan efficient berbeza dengan Korea yang sangatla slow. Tak dak pun  nak buka beg cek segala bagai dan kaunter pun dia buka banyak dan cepat. Q pun tak sampai 10minit dah lepas semua. Teringat kat Korea Q kat imigresen nak dekat 2jam lamanya kaunter lak buka 2 ja time tu.

Macam tak caya je dah jejak kami di bumi matahari terbit, syukur alhamdulillah selamat sampai walaupun tadi bergegar flight dengan air-pocket.


Memandangkan matahari pun nak kian terbenam maka cepat2 la cari location prayer room kat airport ni. Kemudahan muslim di sini sangat bagus, bukan saja disediakan prayer room untuk muslim bahkan restoren untuk muslim pun ada kat sini. Saya agak tergamam seketika sebab bila kita masuk dalam prayer room ni dia pasang sound orang mengaji quran dalam ni!!!! serius...kat Malaysia pun tak buat tau. Pastu ada partition untuk laki solat dan pompuan solat. Bestnya rasa macam muslim kat sini sangat dihargai walaupun muslim cumala kaum minoriti. 
Boleh rujuk di sini untuk info lebih lanjut. 

Hepi berganda2 bila masuk toilet lak. Kalau masuk toilet takyah nak tadah air botol macam kat tempat lain sebab setiap toilet dia ada air walaupun takdak hos la. Bukan tu saja, toilet dia kalau malu dengan bunyi ketika buang air boleh tekan sound bunyi macam kita tengah flush walaupun tak flush lagi!!
 dan bukan saja ada air basuhan malah ada angin nak keringkan *tut!!!! tetiba nak cari satu toilet ni nak pasang kat rumah gak senang urusan.

 Subway ni boleh pandang je nak makan takleh la ye sebab ada ham n pork lagi. Kalau nak makan tunggu balik Malaysia je ye. Bag merah isi kain baju dan bag biru adalah makanan sesaja. Bukan senang nak cari makan halal dan murah kat sini. Nama pun cheapskate kenala bawa bekal makanan sendiri, nak makan kat restoren memang takla.

 Kami pun menujula ke arah subway sebab nak balik hotel. Kat Jepun ni berbeza sangat kat Korea dari segi komunikasi juga sebab diorang ni sangat fasih dan kalau tak pandai cakap pun paham english. Bagi saya memang takdak masalah langsung dari segi komunikasi kat Jepun ni walaupun Nagoya bukanla bandar besar or bandar pelancongan macam di Tokyo ataupun di Osaka.

Kat kaunter ni silap kami la pi tanya jalan nak ke hotel yang termurah bukanla tercepat. Tips....jangan terlalu cheapskate sangat kalau benda tu menyusahkan dahla baru sampai. Maka dia bagila jalan yang kena transfer train  banyak kali yang termurah dan jimat. Jimat duit la sikit tapi tak jimat masa la. Padahal ada je direct train ke Nagoya station n naik subway sakura dori terus ke hotel.

Maka bermula ekspedisi sesat pertama sebab banyak tukar train kan wajibla sesat. Patutla hairan apasal orang lain tak naik train dengan kami dan kebanyakan penumpang adalah penduduk tempatan dan budak sekolah je. Time ni budak sekolah balik kot sebab penuh dengan budak2 sekolah ja.


Ini antara stesen yang kami kena transfer lagi tak tau kat mana main redah menonong je dan tanya orang, nasib baik diorang ni reti gak english. Bayangkan la dengan bag anak badak kat belakang dengan anak gajah dok seret keluar masuk train kan dan tercangak sana sini, oh sangat kelakar ok. 

Akhirnya dok berpusing2 last station kami turun kat Fushimi. Inilah akibat tak cukup research dari airport ke hotel. Alhamdulillah kedudukan hotel ni strategik benarnya dari station fushimi dan sakura dori tapi lagi dekat naik sakura dori la. Kiranya kami turun kat Fushimi ni adalah yang pertama dan terakhirla sebab lepas ni kami guna sakura dori je, station terdekat dengan hotel adalah Manunouchi.

Dari station Fushimi kami kena menapak  la sejauh 400m kalau lengang kangkung menapak 400m ni ok la tapi bayangkan kalau bawak sekali anak badak dan anak gajah, hazab jugak tu. Sebenarnya keluar je dari subway dah nampak sign hotel. Hotel yang kami akan menginap selama 7 malam ni adalah Hotel Wing International. Sepanjang jalan nak ke hotel ni ada 2 kedai 7e. Dan2 perut pun berbunyik bila nampak 7e ni ada jual nasi. Saya beli nasi segera 2 bekas dan minta pekerja dia panaskan siap2 dalam microwave sekali. Pastu beli salad kosong yang berharga 90Y, air starbucks dan air mineral. Pekerja 7e ni siap bagi sudu garfu chopstik dan wet tisu.

Urusan check-in pun mudah semua pekerja fasih ok english lagipun sebelum bertolak dah confirm dah dengan hotel kami nak datang sebab ada gak perasaan was-was bila beli air asia go ni harga yang sangat murah dari harga kat agoda. Rujuk di sini kalau nak banding harga dan tempah melalui agoda. Harga di agoda semalam RM280 dan harga melalui air asia go RM130. Bukan nak promote air asia tapi banyak forum dan group yang discuss pasai harga murah hotel ni dan ramai gak yang rasa harga dia tak munasabah murah tapi melalui pengalaman saya memang benar belaka dan betul la kita memang dapat banyak saving beli tiket flight dan hotel skali ni. So kalau lepas ni nak ke bandar lain takla ralat or membazir sangat  beli hotel lain kan sebab hotel ni memang murah sangat. Saya memang ada gak menginap di tempat lain di Toyama iaitu sejauh 400km dari Nagoya, nanti saya ceritakan dalam entry seterusnya la.

Hotel ni ada sediakan perkhidmatan nak cuci baju sendiri letak coin je tapi tak sempat pun nak basuh baju sebab tak lekat dalam bilik pun asyik merayau je. Selang sebilik dari bilik saya adalah bilik pantry. Kat bilik pantry ni ada disediakan microwave, vendo machine dan water cooler. Peti ais takdak la sebab dalam setiap bilik dah ada peti ais kecik. Kami panaskan rendang daging Brahim je dalam microwave untuk makan bersama nasi dan salad yang beli kat 7e tadi. Memang tak kebulurla dok kat Jepun ni kalau dah bawak bekal makanan sampai satu luggage.
End day 1, esok akan kami terjah sekitar bandar Nagoya pula.

                                   ...........................to be continued

2 ulasan:

zila@akulovetravel berkata...

amboi...1 luggage besaq bwk makanan. Tp betui la..berbaloi bwk mkn sendiri..mkn pun puas skit.

Noor Hafirdaus berkata...

Jangan tak percaya semua makanan memang cukup2 sampai hari terakhir. Dok sini jadi lapar mcm mn tah mcm bela hantu raya dlm perut ja