Klik sini

Rabu, 9 Julai 2014

Nagoya, Japan: #1- Chasing The Sun Day 1

Best Blogger Tips
Assalamulaikum!
Macam mana Ramadhan kali ni? doakan saudara kita di Palestin. Ini berita terbaru di sana, 
Seramai 60 warga Palestin telah ditangkap ketika mereka sedang bersama demonstrasi aman membantah pembunuhan kejam remaja Palestin Muhammad Abu Khidir. Di kalangan yang ditahan adalah kanak-kanak yang meneyertai demo aman itu. Terdapat juga yang cedera kerana dikasari oleh Zionis.
Sama-sama la kita berdoa agar ketegangan di sana selesai.

Selesai sudah urusan yang sangat membizikan. Sekarang dah lapang ni bolehla stori mori bab Jepun ni.

Sejak2 kerajaaan Jepun announced nak masuk negara dia tak yah guna VISA, melompat2 ala2 kanggaru hepi. Bukan senang tau nak buat visa Jepun, sangat complicated. Sebenarnya tak banyak research pun saya buat masa nak pi Jepun ni semuanya bergantung kepada keadaan di sana saja so kalau larat kami akan merantau jauh sikit n kalau tak larat dok dekat2 jela, ha mcm tu lebih kurang. Lagipun bab-bab berjalan ni saya sorang je study, mr.soulmate tak dak masa nak layan, dia ikut je mana saya nak redah.

Kali ni lain sikit cara saya shopping kat Air Asia ni, saya bukan setakat beli tiket saja macam sebelum ni malah saya ambik Air Asia go skali dengan hotel di Jepun skali. Sebelum ni cuma usha tiket penerbangan je dan kali ni TER-usha pakej air asia go skali hotel dan bila cek date macam best lak sebab harga tiket return dan hotel utk 7 malam RM1,200 seorang. Maksudnya bila tolak dengan harga flight return campur skali makan n luggage semua, harga hotel semalam rm130. Bagi saya memang murahla tapi taktaula kalau ada orang lain yang dapat lagi murah kan. Bila saya usha harga2 kat agoda pun hotel2 kat Jepun ni agak mahal sebab nilai tukaran wang diorang sangat tinggi, lebih tinggi dari Korea ye.

Maka saya dan mr.soulmate akan berangkatla kami ke negara matahari terbit. Dah lama betul mengidam nak jejak kaki di Jepun ni. Kiranya kami akan menikmati musim bunga la di sana. Kebetulan beberapa hari sebelum berangkat, kat sini pun musim bunga juga. Musim bunga ni terjadi selepas musim kemarau dan sekali hujan terus keluar bunga2 ni. Bunga ni pun banyak color, ada yang color pink, purple dan putih macam kat luar tingkap bilik saya ni. 

Ada la juga suara2 sumbang perli saya kata tak payah nak habis duit ke Jepun kalau setakat nak tengok bunga sakura sedangkan sakura kat sini pun dah meriah. Tak cukup dengan tu naik pulak status dalam FB berbunyik "Nak tengok sakura tak yah nak habis duit pi sampai Jepun, kat sini pun dah ada", sambil berposing bawah pokok bunga ala2 kat obersea. Jangan buat salam perantauan hantar kat newspaper kata student obersea sudah mak jemah oi. Kelakar la pulak kan yang penting tak perlu kata apa2 cuma lemparkan senyuman jela ermmmm. I bukan nak kata I ni high standard ke apa tapi kalau I sama argued bukan ke I sama je taraf dengan diorang semua, so baik zip kan mulut rapat2 dan senyum je huahahaha....

Kebanyakan info tentang Nagoya ni saya rujuk di sini.


Ini antara tempat-tempat yang saya sempat terjah iaitu di Bandar Nagoya-Kyoto-Osaka-Toyama-Matsumoto. Bandar2 yang jauh ni saya guna perkhidmatan bas express ja sebab lagi jimat dari naik keretapi. Cumanya dari Kyoto-Osaka-Kyoto je naik shikanzen sebab nakla juga merasa naik shikanzen kan dah alang2 sampai kang balik termimpi-mimpi lak.

Memandangkan saya tinggal di utara nun dan kena naik flight kat KL pulak, maka kenala bertolak awal sehari. Memandangkan dah kami bertolak awal sehari, kami pun menginap di rumah sahabat baik kami di Kelana Jaya dan dia la yang akan hantar kami ke airport awal2 pagi buta nanti.

Tanggal 11 April 2014 seawal pukul 4am, kami dah bertolak dari Kelana Jaya ke LCCT. Sampai LCCT dalam pukul 5.30am. Flight Nippon ni pukul 8am. Kami pi drop luggage apa yang patut dulu dan check in semua maka carila surau solat subuh dulu.

Sempat lagi saya tukar duit yen dulu kat dalam airport walaupun mahal tapi tukar jugakla sebab takut tak cukup duit kat sana. Plan nak jalan dekat2 dah tular plan nak jelajah jauh sikit, makin panjangkan kaki lagi di Nippon.

Dalam flight kena dok jauh2 lak boring betul nasibla kan xnak beli seat dok dekat2 kan, nak save punya pasal lantakla lagipun kalau dok dalam flight buat taik mata je. Saya dok sebelah couple dari France la kot dengar bahasanya manakala mr.soulmate lak dok sebelah orang siam. Kenapa tah trip kali ni ramai betul pelancong dari Thailand.

Sepanjang perjalanan saya tido je dan sekali bangun makan dan terkejut dengan air-pocket yang kuat sampai bergegar satu flight, scary la plak sebab tak pernah rasa macam ni sebelum ni.

 Pukul 4.16pm maka selamatla kami landing di bumi matahari terbit ni tapi time tu matahari dah nak tenggelam pun.

Pandangan pertama saya di Jepun, subhanallah bersihnya landasan tak nampak habuk pun dan lagi terkejut nampak orang dok vacum atas jalan tu. 

Pastu masa jalan on the way ke imigresen nampak perut pesawat tu terbelah kat tengah. Roket kah itu? 

                                                                       ..........to be continued

3 ulasan:

anakomak berkata...

Salam Kenal ....
Tertarik nak baca kisah di Nagoya ;-)

zila@akulovetravel berkata...

wow...cangih tui flight tu..boleh lipat cmtu

Noor Hafirdaus berkata...

@anakomak: terima kasih sudi singgah baca blog saya

@zila: aku rasa tu roket la