Khamis, 16 Februari 2012

Chocolate Ice Cream

Sekarang ni musim panas sangat dan tetiba terasa sangat-sangat nak makan ais krim terutamanya ais krim coklat.

Resepi ni tersangatla mudah dan hasilnya serupa macam makan ais krim kat Baskin-Robbins je hehehe, perasan okeh...

 Bahan-bahannya....
3 kotak kecil susu
5 sudu susu tepung
3 sudu gula aising
1/2 cawan serbuk koko very very high kualiti supaya rasanya purely coklat
1 sudu gelatin

Cara-caranya....
  1. Panaskan susu dalam periuk sampai naik buih di keliling periuk, terus tutup api. Jangan sampai mendidih sangat.
  2.  Masukkan susu tepung dan gula aising dan biarkan sejuk sebentar kemudian pukul sampai susu kembang. Kalau nak senang masuk je dalam blender hehehe
  3. Masukkan susu dalam peti sejuk sehingga separa beku.
  4. Bila susu dah jadi separa beku, pukul susu dengan mixer sampai fluffy dan masukkan secubit garam dan serbuk koko. Simpan dalam peti ais lagi sehingga separa beku
  5. Larutkan gelatin dalam air suam dan masukkan dalam adunan. Masa ni jangan pukul adunan guna mixer sebab nanti gelatin akan jadi berketul. Pukul guna hand whisk je adunan tapi jangan kuat sangat, agak-agak gelatin sebati dengan adunan je. Simpan dalam peti sejuk sehingga beku
  6. Wallahhh ais krim dah siap, bukan saja sedap tapi liat sebab campuran gelatin...best wooo....
Tak mampu nak luahkan dengan kata-kata, layan jela gambar bawah ni....
 
 
 
 
 
 
Selamat mencuba dan yang pasti ini antara resepi yang paling best saya pernah try

Tiada ulasan: