Klik sini

Selasa, 21 Februari 2012

Red Velvet Cake with Cupcakes Topping

Best Blogger Tips
Taraaa....inilah kek yang red velvet with cream cheese frosting dan bertoppingkan cupcakes red velvet. Kek ni saya buat istimewa untuk kakak opis sebagai hadiah perkahwinannya baru-baru ni. Sebelum buat kek ni saya konfius jap samada nak buat kek seketul ke atau nak buat cupcakes then puas berfikir-fikir maka tercetusla idea mengarut ala kretip ni hehehehe


Mula-mula saya buat kek dulu tapi saya potongkan kek ni kepada dua lapisan. Saya letakkan cream cheese forsting di antara layer ni.

Tak lupa juga saya sediakan cupcakes yang cumil-cumil ni. Syukur sangat cupcakes ni tak merekah tau sebab dulu masa zama-zaman nak belajar buat cupcakes ni, cupcakes mesti pecah merekah selepas keluar dari oven. Selepas dapat petua dari mr.gogo kalau nak bagi cupcakes ni tak merekah, masa kita preheat oven ni kena letak suhu yang paling tinggi. Masa kita nak bakar cupcakes barula kita pusingkan suhu kepada 180C. Miss teori berkata, sebab apa tau sebelum masukkan kek kena pusing suhu habis sebab.....bila oven sangat-sangat panas, kulit kek atau permukaan kek akan otomatik akan masak dahulu berbanding bahagian dalam kek ni. So, bila permukaan kek dah masak dia akan jadi keras dahulu dan bahagian isi kek akan slowly masak dan taklah kek jadi merekah atau pecah pada puncaknya. Mungkin ada teori yang lain tapi ini teori yang saya fikirkan la entah betul entah tidak.

Inilah hasilnya selepas diletakkan cream cheese atas cupcakes ni dan saya taburkan sikit hancuran kek atas cream cheese nak bagi bertambah cumil hehehehe

Kemudian saya ambik lidi pencukil gigi untuk cucuk bawah cupcakes ni dan tikam dalam kek supaya cupcakes atas kek ni takla terjatuh nanti dan senang kata lebih stabil atas kek ni.

Cupcakes dan frosting berlebihan bolehla buat makan sendiri

Kek ni saya hiaskan mengikut kestabilan buttercream ni atas kek. Bukan apa, memandangkan cuaca di Malaysia ni tersangatla panas jadi buttercream susah nak stabil dan mudah cair dan ditambah tangan yang tak berseni langsungkan lagila susah. Kalau nak tau resepi boleh rujuk dalam sini dalam entry saya yang lepas.


Selamat mencuba dan menjamu selera....

Tiada ulasan: