Khamis, 3 September 2015

Baking Class: Congo Bars



Baking class datang lagi tapi kali ni kita baking Congo Bars pula. Tu ha resepi kat whiteboard boleh ambik pen salin.

Best kan cuti-cuti hujung minggu buat kelas. Sekurang-kurangnya ada gak benda faedah nak dibuat weekend ni takla asyik berdating tengok wayang je (kata kat diri sendiri okeh).

Kelas ni saya hepi gak sebab kali ni mr.soulmate free dan boleh tolong saya untuk ambik2 gambar dan video. Saya ada postkan short video dalam blog ni tapi tah kenapa macam takleh nak play, tak paham mungkin saiz dia besar sangat kot.

As usual la kan sesi ice breaking adalah sesi kenalkan diri. One by one tau kena kenalkan diri. Actually saya pun bukanla nak ingat semua nama tapi at least everybody talk.


Not only students je kenalkan diri tapi cikgu pun kenalkan diri juga la. N saya cerita serba sedikit maklumat or info about congo bars or some people called it as Blondie. Also i do some research jugak la for easy to me and to them nak ask question kan. Thanks to mr.gogo because tu je info yang cepat dan senang dapat pun.

And class pun bermula....tu mr.soulmate pun bz merakam video .

Apabila dah selesai demo, maka sesi pelajar pula buat.

Ini pula hasilnya dari para pelajar. Semua dah tera dah buat sebenarnya, saja mengisi masa lapang mai join class lagi.

 It was so much fun sepanjang class berlangsung. everybody happy and enjoy.

Ok semua dah siap, boleh masuk dalam oven.

Sambil nak tunggu congo bars masak, kami makan yang sample cikgu demo tadi sambil borak2.

Yey...dah siap, memasing tak sabar dah tu. semua wajibla ambik gambar dulu kan sebelum ngap.


Ok sekian sudah class ke-2 membaking congo bars. Terima kasih daun keladi semua, next time kita buat kelas lagi ye.....

Enjoy watching short video kat bawah ni, tu pun kalau boleh play la hehehehe.....


Khamis, 13 Ogos 2015

Baking Class: Marble Cheese Brownies

Olla....good morning......

 Inilah rupanya Marble Cheese Brownies dan Congo Bars yang saya sediakan semasa jamuan berbuka puasa dan jamuan hari raya aidilfitri anjuran Kolej Komuniti. Memandangkan permintaan yang tinggi terhadap kek ni maka pihak kolej mengambil inisiatif untuk membuka kelas bagi komuniti sekitar Sik untuk belajar the making of Marble Cheese Brownies ni.

Kek ni adalah selalu menjadi hasil jualan saya terutamanya menjelang hari raya aidilfitri kerana keenakan rasa rich of coklat dan cheesenya. Kalau nak kira mungkin tak terkira kot brownies ni yang saya pernah sediakan dan resepinya pun dah terpahat dalam kepala otak dah. Disebabkan kek ni laku untuk dijual maka saya rasa ini mungkin peluang terbaik bagi kominiti Sik pelajari pembikinan kek ni supaya dapat la juga menjana pendapatan nanti. Ilmu yang baik jangan kedekut dan patut dikongsi-kongsi, mana la tau mungkin ilmu ni salah satu pahala yang saya terima walaupun telah meninggal dunia.

Ok berbalik kepada kelas brownies ni, ini adalah kelas pertama pembikinan kek di kolej ni malah KELAS PERTAMA SAYA NAK JADI CIKGU NI!!!!!!!

Gementar tapi in the good way la and at the same time excited juga sebab sebelum ni saya cuma kongsi ilmu melalui blog dan social media secara maya saja but this time, it's for real bebeh...... 

 Dua tiga hari sebelum start kelas saya dah study pasal brownies ni dan semua bahan2 yang digunakan. Macam nak ambik test je kan maklumla saya nak well prepared la kalau ditanya soalan nanti. 


Memandangkan saya sorang ja akan mengajar, saya pun hired sorang pembantu yakni salah sorang pelajar di kolej komuniti ni juga. This time perasaan excited dan nervous datang serentak, apa pun enjoy dan happy!!!

 Ketibaan semua pelajar. Semua berpecah kepada 5 kumpulan. 5 kumpulan maksudnya 5 kek akan dihasilkan oleh para pelajar nanti.

 Selepas sesi kenalkan diri memasing, saya pun terus start demo. Masa ni, saya alu-alukan sebarang soalan dan pendapat dan saya akan jawab setiap pertanyaan tu sambil depa tengok demo dari saya. 



 Kek saya dah siap dan cuma tunggu nak masuk dalam oven saja.


Inilah rupanya kek saya yang telah keluar dari oven.

Lepas tu, inila pula masa yang ditunggu2 oleh semua pelajar semua iaitu buat kek sendiri melalui pemerhatian dari demo tadi.

 Salah sorang peserta yang setia masuk kelas saya sehingga kini. 

Di bawah pula kek2 yang disediakan oleh semua pelajar saya.


Sementara tunggu kek diorang masak, kami pun sempat berselfie dan kemas2 semua peralatan.

pssttt....depa kata cikgu ni sporting dan happening la hehehehe....

 Yey....inilah pula rupanya kek2 yang dihasilkan oleh semua pelajar saya. Saya bangga dengan mereka. Kegembiraan saya macam anak sekolah tunjuk report card dapat semua 100% each subjects kat saya hahahaa.....

 Happy face all of us....and tak sabar nak digging semua brownies ni. Thanks so so so much...mucio gracias....for everyone....i love u....next time kita bertemu lagi. Banyak lagi resepi dan ilmu yang nak saya kongsikan bersama penduduk setempat di Sik, Kedah.

Untuk resepi entry yang pernah saya update boleh klik di sini, di sini dan di sini. Untuk versi red velvet klik di sini.
 Happy Baking!!!!

 Dari Sik saya pun drive ke Sungai Petani tapau sikit brownies kat mr.soulmate sebab dia ada aktiviti pameran di ruang legar Amanjaya Mall. 

Sedikit tazkirah untuk diri sendiri dan pembaca blog saya,

 "Ilmu itu bukan untuk dihafal tapi untuk diberi manfaat"
-Imam Syafie.

Daripada Abu Hurairah, Rasullah saw bersabda bermaksud, "Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali 3 perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya."