Sabtu, 25 Jun 2011

Lemon Chicken Rice @Pak Li Kopitiam

Malam ni jalan-jalan makan kat Pak Li Kopitiam Seksyen 7, Shah Alam....ya shah alam. Kopitiam ni sentiasa ada pelanggan terutamanya student Shah Alam tapi bila lepak lama sikit pukul 1 pagi ke atas akan nampak geng-geng dua alam pulak kat situ. Dah nampak macam port pulak. Okla kat Pak Li ni saya suka makan nasi ayam lemon ni, tersangatla sedap. Wangi lemon ni masih terasa lagi kat tekak ni

Sebab apa Pak Li ni selalu dikunjungi student?sebab...harga menu kat sini lebih murah jika nak dibandingkan kedai-kedai disekitar. Environment pun best....servis cekap, bersih, selesa dan murahla.
Harga nasi ayam ni berharga RM4.60...murahkan....jom lepak kat Pak Li

Jumaat, 24 Jun 2011

The Asiari Restaurant

Nak cita lagi jalan-jalan cari makan ni. Kisahnya makan kat The Asiari Restaurant, SACC Mall Shah Alam. Restaurant ni saya ingat restoran vietnam tapi bila tengok menu banyak makanan asia.


Tempat dia ok

Makanan pun sedap

Servis agak kureng....sebab selalu lambat

Harga pun ok je, tak murah dan tak mahal

Banyak pilihan menu

Kesimpulannya sekali sekala bolehla nak makan kat sini sebab saya jarang p mall area Shah Alam, ada apa dengan Shah Alam?uitm?errkkk....

Khamis, 23 Jun 2011

Passionfruit Yogurt Cheesecake-cheesecake trio

Bestnya bila sesuatu benda yang sangat xcited, baru 1st time cuba dah menjadi. Apakah benda tu kalau tak bukan Passionfruit Yogurt Cheesecake ni....memang mouthwatering......

Inilah rupanya masa lepas keluarkan dari peti ais semalaman, resepi asal suruh simpan 5jam je tapi dah start buat pun malam, makannya keesokan pagila


Cheesecake trio ni ada 3 layer....bawah sekali cheesecake, yogurt dan lapisan passionfruit. 
Kisahnya la jejalan kat jusco ternampak passionfruit tinggal 1 pek je, saya pun ambikla kebetulan memang tak pernah makan pun buahnya, selalu minum air kodial je yang jual kat cosway. Lepas tu mula dok gogo baru pikir nak buat apa dengan buah ni, makan sebiji je alamak masam gila buah ni tapi bau dia wangi seakan-akan pink guava. Gogo punya gogo jumpala resepi mousse dan panna cotta tapi saya tengok ingredient memang kurang berminat sikit. Cari lagi dari blog ke blog then terjumpa kat blog table for 2...or more, terus jatuh cinta pandang pertama dengan cikgu wendy punya kek ni. Tocey yer cikgu atas ilmu yang berguna ni, semoga cikgu sentiasa hidup dilimpahi rezeki

Kata cikgu wendy, kita kena buat cheesecake dulu sebagai basenya. Kita kena asingkan 2 biji bagi kuning telur dan putih telur seperti dalam gambar ni


Cheesecake base
250gm cream cheese, room temperature
50gm sugar
2 egg yolks
100ml whipping cream
½ tbsp lemon zest
20gm corn starch

2 egg whites
1 tsp lemon juice
40gm sugar

1. Prepare an 8 inch round spring form pan. Refer here. Prepare some boiling water. Preheat oven to 150C (bottom heat only, if that is not available, wrap top of cheesecake when cake gets too brown. I intend this cheesecake to have a pale top.)
2. Beat cream cheese until smooth (no need to be fluffy), put in sugar and egg yolks and cream until combined.
3. Pour in whipping cream, corn starch and lemon zest, and mix until smooth. Set aside.
4. In another clean bowl, beat egg whites until frothy and put in lemon juice. Beat until soft peaks and gradually add in sugar and beat until medium stiff.
5. Fold egg whites into main batter and pour into prepared pan.
6. Bake for 1 hour. Let cake cool in oven with door slightly ajar for 1 hour. Then remove cake from oven and remove base pan that contains water and let cake cool down completely. Chill in fridge (still in pan) when cake has totally cooled.


After chilling cake for at least an hour (or freeze it for 15 minutes for express chilling), prepare yogurt layer


Yogurt Layer
500gm plain yogurt
1 ½ Tbsp gelatin
50ml water
100ml whipping cream
70gm sugar
Extra sugar if needed (due to different level of tanginess of the plain yogurt, especially natural yogurt which is rather sour)

1. Put water into a heat proof bowl. Sprinkle gelatin over water. Let it bloom and then zap it in microwave on high heat for 30 seconds (or place bowl over some hot water to melt the gelatin). Let gelatin mixture cool down to room temperature.
2. Beat cream with sugar until soft peaks and mix in plain yogurt. Taste. If not sweet enough, add more sugar.
3. Run mixer on low and pour gelatin mixture into yogurt mixture.
4. Pour mixture over chilled cheesecake.
5. Place cake into freezer for 15 minutes.


While the cake is going through express chilling in the freezer, prepare the topping.




Topping layer
½ cup passionfruit pulp (derived from 400gm of passionfruit, weighed when still fresh and unwrinkled)
1 tsp gelatin
1 Tbsp water
2 Tbsp sugar

1. Place gelatin into a heatproof bowl. Sprinkle gelatin over and let it bloom for 1 minute.
2. Zap in microwave on high for 15 seconds or melt over hot water.
3. While gelatin solution is still hot, mix in sugar and stir. It’s ok if it’s not fully melted.
4. Mix in passionfruit pulp and mix until sugar is fully dissolved.
5. Remove cake from freezer and touch the surface of the yogurt. It should be wobbly but should not stick to your fingers.
6. Gently spoon passionfruit layer over yogurt. Chill for at least 5 hours before serving.


*If using Passionfruit/Markisa Cordial, then prepare half cup of slightly oversweetened cordial (mix the cordial with some water until sweeter than what u'll usually drink) and mix with the melted gelatin. Skip the sugar, of course, as the cordial is sweetened. Do step1,2, add prepared cordial and then 5 and 6 only

Saya simpan lama sangat dalam peti ais, kek ni jadi beku. Bahagian yogurt dah bertukar jadi macam ice-cream pulak


Saya pakai 6 biji passion fruit, next time kena pakai banyak buah lagi tapi jangan lupa untuk tambah gula sebab buah ni agak masam.

Jeng...jeng...dah nampak 3 layer dia


Jemput makan

Selamat mencuba.....

Rabu, 22 Jun 2011

Japanese Food at Mid Valley

Kalau makan-makan kat food court Mid Valley se-level dengan cinema tu jengah-jengah la makanan jepun kat situ. Menu ni dah jadi menu wajib kalau saya singgah makan kat food court dia.

Hidangan saya makan ni, miso soup, green tea, kobis mayonis+wasabi, seaweed rice dan sour spicy chicken teriyaki. Harganya RM>16<, tak ingat berapa...dalam lingkungan tula

Chicken Chop with Apple Sauce

Lunch kat Tanah Merah Jitra, Kedah masa keja kat Wisma Persekutuan Anak Bukit, Kedah

Menu ni tersangatla sedap sebab chicken chop ni nipis je dan masih terasa epal vinegar dalam sauce apple....next entry akan buat hidangan ni

Selasa, 21 Jun 2011

kek love anniversary

Apasal bentuk dia dah tak nampak bentuk love ni hurrmmm...ini kek anniversary yang ke-3, kek chocolate berbentuk love hehehe  

Kek ni ada 6 layer kek coklat dan berfillingkan ganache chocolate tapi dah senget-senget dah coklat maklumla bukan profesional hehehe hentam je nak makan kami dua je pun
Acuan kek ni saya beli kat Daiso, $5 je. Resepi kek leh tengok sini


Lepas letak ganache chocolate, terus simpan dalam peti ais nak bagi keras. Kalau tak sejukkan nanti, menara kek nak tumbang sebab dah senget hehehe

Tadi makan kek ni dengan bertoppingkan strawberry, tak sempat nak snap gambar strawberry hehehe maaf lol...

Isnin, 20 Jun 2011

Bun Sosej

Hari ni kebanyakan gambar dari blog tetiba hilang sebab gambar ni saya upload dalam flickr dulu baru masukkan dalam blog tapi apa punya masalah flickr ni reja dok suruh orang langgan $2 per month je pastu hari ni saya check balik kebanyakan gambar saya hilang. Nak tak nak kena la upload balik gambar-gambar yang hilang tu. Lepas ni memang nak upload terus dari camera lagi senang, ingatkan bolehla buat album dalam flick...hampehla


Ehem...ehem...tetiba gatal tekak hehehe...demam roti datang lagi. Selepas cubaan yang pertama berjaya tak sabar nak buat roti lagi klik sini untuk roti yang pertama dulu. 
Semalam saya beli prune, nak try buat roti prune pulak lepas ni, hopefully menjadi la


1 peket kecik yis mauripan+220ml susu segar suam-suam kuku kambing+ 1 big pinch of sugar, mix sampai dia turn frothy pastu masukkan sebiji telur yang dipukul

Another bowl, mix 500g high protein flour+100g brown sugar

Kemudian tuang sikit demi sikit yis dalam tepung ni sambil menguli-uli tepung ni. Uli adunan sampai 15 minit (sakit jugak la tulang-tulang jari jenuh dok uli tepung ni, maklumla tak mampu nak beli mesin penguli roti lagi)
Bila adunan dah jadi smooth, boleh masukkan 85g butter tapi kali  ni punya resepi saya masukkan shortening sebab saja nak bagi roti ni jadi berlemak sikit.


Uli lagi sampai 15 minit atau adunan jadi stretchable, buat adunan ni bentuk bulat dan biarkan selama 45 minit atau saiz dia naik 2 kali ganda.


Bila dia dah naik, punch dia sekuat hati agak-agak macam nak tumbuk muka orang yang kita meluat hahaha
Punch selama 1 minit, lepas tu biarkan dia selama sejam lagi or sampai dia naik lagi

Tinggi tak naik kalau dibandingkan dengan saiz asal? saya rasala makin tinggi dia naik maka makin lembutla roti



Memandangkan saya nak buat bun sosej, saya bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan saya simpulkan keliling sosej

Tapi....sebelum dibalutkan dengan roti, saya masak dulu sosej ni dalam microwave dalam 3minit je

Ini mr. partner yang balut


Ini saya pulak yang balut

Yang bulat ni saya letak inti coklat dan cheese


Lepas tu saya bakar dengan suhu 160C selama 15minit

Rupa dia takla berkilat sangat sebab saya tak sapu telur atas bun ni. 
Apa lagi bila bakar bun pukul 6.30 pagi, saya bawa bekal ke ofis buat breakfast panas-panas bestnyaaaa.....