Klik sini

Isnin, 9 Mei 2016

Part 12 - Bye Bye Korea: Dynamic Busan Day 7

Best Blogger Tips Anneyeong Korea.......

Insyallah ini last entry Korea. Lama juga nak siapkan entry ni kan. 


Sign "visit Malaysia" ni ada kat setiap bus stop. Macam mana Korea promote negara dia kat malaysia melalui k-pop begitu jugakla Malaysia nak promosikan Malaysia kat rakyat Korea.

Maka hari terakhir dah tiba. Emosi dan pelbagai perasaan melanda diri hehehe sedih sangat nak tinggalkan omoni dan abuji.

Masa saya turun terserempak dengan omoni. Dia macam biasala speaking korea dengan kami. Saya cuma angguk2 sambil tunjuk sign tangan nak terbang balik rumah. Pastu mata dia bergenang dan menitisla air mata sedih sebab kami nak tinggalkan dia.
Aduyai omoni....cek pun rasa sedih sangat tau. Omoni baik sangat walaupun first day kat Korea omoni dan abuji garang dengan kami.
Pastu dia cakap korea lagi NON-STOP hokey sambil buat sign tunggu sat sebab dia nak panggil abuji turun jumpa dengan kami.
Dia jerit2 panggil abuji. Abuji pun kelam kabut turun tangga mai jumpa kami.


Abuji pun sedih gak cuma dia takla sampai teriak macam omoni kan. Kami ni cekalkan hati untuk tak qeyau sama dengan omoni ja. Abuji sekali lagi dok speaking korea dengan kami. Mungkin dia kata, "nanti hampa dua maila lagi melawat kami kat sini. Jangan lupa promosi motel ni kat kawan2 yang mana nak mai Korea tau". Ataupun dia kata "cepat2la pi berambuih hampa dua ni. Meluat dah aku tengok hampa kat sini". Disebabkan kami tak paham dia kata apa kami agak ayat2 positif jela.


Sejujurnya saya sedih sangat nak tinggalkan Korea tapi dalam masa yang sama tak sabar nak balik supaya boleh bersembang dengan bebas dengan manusia selain mr.soulmate. Mr.soulmate tu riang ceria saja muka sebab dia memang tak berapa suka dok kat Korea, tak sabaq sungguh nak balik Malaysia tu.

Dari motel kami pi jalan utama nak tahan teksi ke airport. Walaupun jam pukui 5am tapi sebenarnya time ni pukui 3am dah cerah segenap alam dah sebab lani kan musim summer, siang lebih panjang dari malam.
Kami tanya teksi berapa harga teksi ke airport tapi dia takleh bagi jawapan. Dia kata kena tengok meter la. Kami pula duit won dah terhad takut gak tak cukup duit.

Last2 kami pi jalan belakang mendaki bukit tinggi untuk tahan bas saja je stesen lrt. Kesian tau mr.soulmnate terpaksa anggut bag naik tangga curam kat bawah tu.

Nak kata shopping banyak sangat pun takla juga tapi tak tau apa pasai bag semacam berat pula nak balik ni.


Perlepasan kami bersama hujan membasahi bumi seperti mana hati kami sedih nak tinggalkan bumi Korea.
Kawan2 saya tanya apasal selalu ke Korea. Jawab saya, saya ke Korea bukan sebab saya suka sangat ke Korea tapi time saya beli go holiday Air Asia ni, harganya sama dengan pakej ke Langkawi. Lagipun saya dah lama idamkan ke New Zealand tapi memandangkan tiket flight yang mahal dan masih belum mampu nak beli, saya belikan dulu tiket ke Korea la.

Ini antara barang2 kosmetik yang saya sempat memborong. Ada lagi borong cili, kimchi dan lain2 tapi tak sempat nak snap, dah selamat masak pun.

Saya ingin memohon maaf seandainya entry Korea kali ni ada salah info atau mengganggu emosi sapa2 yang membacanya. Saya minta maaf, mungkin saya tak sengaja. Yang salah datangnya dari diri saya sendiri dan yang baiknya dari Allah swt.
Semoga maklumat dan cerita dalam entry kali ni dapat membantu sesapa yang ingin mengembara ke Busan. 
Mungkin entry ni lebih sesuai kepada pengembara yang berdikari dan bebas atau backpackers atau seumpama dengannya.

The end.

1 ulasan:

zila@akulovetravel berkata...

mengganggu emosi...hahaha. Bila lak nak update NZ..x sabaq nak baca experience hang