Klik sini

Rabu, 10 Februari 2016

Part 11 - Haeunde and Gwangali Beach: Dynamic Busan, Korea Day 6

Best Blogger Tips
“DIAlah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula” (al-Mulk, ayat 15)

Nabi s.a.w pula menegaskan: “Sesiapa yang melalui sesuatu jalan kerana mencari sesuatu ilmu, Allah mudahkan untuknya jalan ke syurga” (Riwayat al-Tirmizi, bertaraf sahih). 
Nabi s.a.w menyebut antara kelebihan orang yang bermusafir ialah doa mereka mustajab: “Tiga doa yang mustajab, tanpa syak padanya; doa ibubapa untuk anak, doa orang bermusafir dan doa orang kena zalim” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dll. Bertaraf sahih).

Ayat-ayat di atas sudah cukup menerangkan kenapa saya suka bermusafir apabila saya diajukan pertanyaan "kenapa tak simpan je duit? kenapa habiskan duit dengan melancong? best ke tempat tu? apa yang dapat bila balik dari situ? kenapa tak buat umrah/haji?" 

Saya bukanlah memilih melancong dengan mewah tapi saya lebih suka pilih melancong secara bersederhana supaya saya boleh belajar erti kehidupan terutamanya kehidupan bermusafir di kawasan di luar zon selesa saya. Saya suka bila berada di kawasan wajah dan pakaian saya berbeza dengan orang sekeliling dan mereka pula tertanya2 dari manakah saya datang dan apakah tujuan saya ke tempat mereka. 

Berbalik kepada cerita penggembaraan saya di bumi Korea Selatan, pagi ni seperti biasa, kami tak dak itinerary atau apa saja plan. Keluar je dari hotel, kami rasa nak makan sekali lagi hidangan Morocco di Dusil dan kami pun terus ke subway ambik train ke stesen Dusil dari stesen Jagalchi.

Sampai je kat Dusil, masuk sudah waktu zohor. Kami ambik one day pass metro sebab Dusil dari Jagalchi kiranya dari hujung ke hujung stesen la.


Lepas solat, kami pun lunch kat restoran Morocco. Kami pesan hidangan yang sama macam sebelum ni. Hari ni tak ramai pelanggan sangat. Kalau sebelum ni kami makan kat luar tepi tingkap, kali ni kami pilih makan dalam bilik pula.

Sementara menunggu hidangan utama sampai, kami dijamu kacang kuda rebus dan air teh pekat FREE OF CAJ ya.

Hidangan ni untuk sorang makan je sebenarnya tapi memandangkan portion yang banyak, kami share je la. Tu pun banyak lagi tak habis dan kami tapau je la. Mungkin perut dah kenyang makan kacang kuda sebelum ni dah kot.

Sebelum datang ke sini, saya bawak sekotak sambal ikan bilis Brahim. Niat saya memang nak bagi kat kakak2 kat kedai ni dan lagi pun esok kami dah nak balik. Bila bagi sambal Brahim tu, diorang takut2 nak ambik dan tanya pasal halal. Kemudian mr.soulmate tunjuk lambang halal jakim kat kotak tu barula dia berani ambil. La la tu juga diorang buka dan makan dengan nasi sambal ikan bilis tu. Semuanya kata sedap. Sambil makan terus diorang analisis apa bahan kandungan dalam sambal ni. Sekali lagi kalau makan kat masjid Busan ni jangan terkejut kalau dihidangkan sambal ikan bilis di sana nanti ye. Saya ni macam duta makanan Malaysia pula kat Busan. Sebelum ni promote sambal kicap kat food court Jagalchi Market, kali ni promote sambal ikan bilis pula kat Dusil.

video
Video di atas adalah view kami melepak dan berjemur hampir 2 jam di Pantai Haeunde.

Dari Dusil, kami nak ke pantai Haeundae tapi tersalah stop subway station lak, maka kenalah jalan kaki selama sejam sementara nak jumpa pantai. 

Penat berjalan, singgah makan ice cream turki dulu. Kalau penat dan tak suka gurauan sila jangan beli ais krim ni ya sebab kalau tak, memang rasa nak penampor penjual ni.
Nasibla penjual ni tak banyak sangat aksi sebab kami dok bagi soalan bertubi2 macam mesin gun, maklumla dah jumpa manusia yang boleh kita communicate, sedikit xcited di situ.

Hati melonjak2 keringan sebab dah jumpa pasir. Cuaca pun best ala2 macam kat cameron walaupun nampak macam panas terik.

Maka hamparla map Busan atas pasir ni untuk alas tempat duduk dan makan biskut Morocco yang beli kat masjid tadi, sedap gila biskut dia. Walaupun matahari dok atas kepala, tapi sejuk gedi jugakla cuacanya tambah2 bila angin sepoi2 mai terpa muka. Burung pun banyak dok lompat sana sini macam dok melepak sama2 macam kami.

Walaupun sejuk, ada gak orang mandi pantai tapi takdak sorang pun yang berbikini. 


Kemudian kami jalan lagi tak tau di mana keluar masuk bangunan dan cari pantai lagi.

Zebra line ni kalau kat mana2 negara pun kenderaan kena berhenti kan bagi laluan kat pejalan kaki? sebab masa kami tengah melintas kat zebra line ni ada kereta yang dipandu agak laju dan bagi hon panjang masa kami tengah melintas ni. Tergaman seketika saya, ingatkan nak kena terpelanting dah sebab sebelum lintas dah tengok kiri kanan jalan takdak kereta dah. Punyala hangin mr.soulmate dengen kereta bmw putih yang hampir nak langgar kami ni. Mungkin kereta tu ada masalah brek la kot, bersangka baik jela.

Dua kereta putih kat bawah tu mungkin tercalar je kot tapi driver dah panik dok belek kereta. Habis dah jammed jalan.

Pantai kedua kami singgah adalah pantai Gwangali. Kali ni kami naik train dan kena jalan 300m baru jumpa pantai. Pantai ni banyak gila anjing dan takdak pula manusia mandi manda macam pantai sebelum ni. Disebabkan anjing yang banyak kat pantai ni, kami minum kopi jela kat Angel in us kat tingkat atas sambil layan view pantai dan angin petang. 

Dah nak dekat maghrib macam tu baru kami gerak dari sini. Memandangkan kami ada one day pass subway, kami naik je subway dan turun ke Hyundai Department Store. Kot2 nak tengok spare part ke accessory keta ke kat Getz ni. Rupanya mall ni takdak jual barang2 kereta ye. Saya beli seluar panjang je kat sini.

Dari Hyundai mall, kami jalan kaki je ambil angin malam kat Gwangbok Shopping Street dan jalan sampai ke Jagalchi.

Malam ni malam terakhir di Busan. Banyak pengalaman pahit manis yang kami tempuhi bersama. Sedih pula esok nak berangkat ke KL. Syoknya kat sini barang2 semua harga lebih murah dari KL walaupun dah convert. Bayangkan stokin sepasang 500w=rm1.50, kasut sport 5,000w=rm15. 

Esok lagi sedih sebab nak peluk cium ajuma dan abujie sebab nak naik flight balik KL.

Selepas ni, saya ingin bermusafir lagi jika diizinkan Allah. Melihat alam, memerhati kehidupan dan merenung kembali pandangan yang diberikan dan diri yang menuju Tuhan.

Selamat malam Busan.......

Tiada ulasan: