Klik sini

Rabu, 11 Mei 2016

Day 0 - Kia Ora!! New Zealand RoadTrip

Best Blogger Tips

Assalamualaikum.......

Bismillah....pembuka bicara.
Mengembara sudah menjadi perkara wajib untuk kami berdua setiap tahun. Cara mengembara setiap individu tak sama. Ada orang mengembara cara selesa ikut travel agent. Maka tak perlula bersusah payah nak buat research dan nanti terikatla dengan masa dan peraturan travel agent. Ada orang mengembara sambil mempromosi sesuatu atau sambil berniaga. Maka dapatla ia mempromosikan syarikatnya kepada orang lain dan dapatlah keuntungan dari travel itu (semoga jangan melampau promote sangat dan tidak terlalu memandang rendah pada kami yang travel secara miskin ni, promote2 juga tapi janganla keterlaluan sampai tak reti nak jaga hati orang lain). Ada orang mengembara sambil mencari pekerjaan. Maka dapatlah ia pekerjaan di tempat ia melancong itu atau cerita travel yang berbentuk ceramah dan buku travelog atau sebagai pemandu pelancong untuk orang lain pula atau dengan jual sim card, macam-macam jenisla.
 Ada orang mengembara sekadar melihat ciptaan tuhan dan semoga semakin tunduk. Bak kata pepatah "Semakin banyak tempat dijejak, semakin tunduk. Semakin banyak pengalaman dilalui, semakin rendah rasa diri. Semakin banyak dipelajari, semakin bodoh dirasakan."
Harap-harap kami ni yang jenis last sekali tu kot. 

Kalau mengikut pengalaman sendirila kan. Kalau travel secara backpackers ni, banyak benda yang kita belajar. Dari mula cari tiket penerbangan sampaikan selamat balik rumah la. Lagi banyak cabaran, lagi banyak pengalaman. Lagi banyak benda yang ditempuhi, lagi banyak benda yang TERpaksa belajar. 

Saya suka nak kongsi pengalaman yang kami lalui disertai tip-tip sepanjang pengembaraan ini agar menjadi panduan buat orang lain pula di luar sana. Dan dah tentula ditujukan buat orang yang nak travel secara budget dan bebas tanpa terikat dengan apa-apa komitmen.

Perancangan awal saya pada bulan April 2016 adalah saya mengikut rombongan bersama penulis ET Afganistan ke Pakistan. Tambah2 bila lepas tengok cita Bajrangi Bhaijaan lagila meronta-ronta hati nak tengok keindahan alam di bumi Pakistan. Segala perancangan dan research mengenai Pakistan pun saya dah buat. 

AKAN TETAPI......

kita manusia merancangla bagaimana gah dan sakan sekali pun tapi kalau Allah tak izinkan, maka takdakla rezeki ke Pakistan.

PADA 12 JANUARI 2016.......gempar berita dikalangan pengembara dan kaki travel iaitu Air Asia X  menyambung semula penerbangan bagi laluan ke Auckland, New Zealand dengan tambang sehala promosi bermula serendah RM499. Penerbangan harian ke Auckland dari Kuala Lumpur melalui Gold Coast, Australia dijangka beroperasi bermula 22 Mac ini!!!!!!!!!!

Berita yang mengembirakan ni ditunggu-tunggu oleh saya dan mr.soulmate setelah Air Asia tutup laluanya ke Christchurch pada 5 tahun yang lepas. Kini kami akan kembali untuk menuntut janji setelah sekian lama untuk ke New Zealand. Buat pengetahuan umum. Harga tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke New Zealand biasanya mencecah sehingga RM3 ribu dan kadang2 lebih mahal harganya berbanding ke eropah. Buat pengembara miskin seperti kami, memang dok termenung menanti berita baik dari syarikat2 penerbangan.

Maka pada hari pembukaan pembelian tiket penerbangan, saya antara manusia yang jadi keluang man mengadap website Air Asia. Ada sedikit cabaran semasa pembelian tiket ni dan menyebabkan saya terpaksa beli tiket pergi asing dan pulang asing dan bukan beli secara tiket return seperti selalunya. Dapatlah saya tiket dengan harga RM1,400 return sekali tax. 

Selepas tu bermula kajian demi kajian dan reseach kalah nak masuk dewan exam je. Seminggu selepas tu baru saya beli tiket domestic melalui laman web webjet. New Zealand ni terbahagi dari 2 kepulauan iaitu Auckland di Utara dan saya beli tiket ke Christchurch di pulau selatan. 

14.4.2016 bermulalah pengembaraan nobita dan sizuka dari Sik ke Kuala Lumpur. Terima Kasih Doraemon sebab bagi pinjam rumah buat kami rehat dulu sebelum dan selepas perjalanan seterusnya dan bagi kami tumpang parking kereta. Daraemon....kamu sangat baik dengan kami tak tau la cuma Allah dapat membalasnya. Cuma awak je tau sapa itu Doraemon hehehehe.....

 
Dah la bagi tumpang segalanya pastu Doraemon hantar kami pula ke stesen erl terdekat untuk ke KLIA2. Kesian Doraemon sebab malam yang sama dia kena meneruskan perjalanan sejauh 400km pula ke utara. Kami macam pass baton la, kami dari utara ke kl dan dia pula dari kl ke utara.
Teruk betul la nobita dengan sizuka ni susahkan doraemon kan.

Kami bawa bag tarik yang penuh dengan makanan. Taktaula macam mana nanti kat airport kiwi tapi kami memang nak declare je semua biar pegawai airport punggah je bag.

Penerbangan kami sebenarnya ditunda dari pukul 7pm ke pukul 11pm. Kami pun saja masuk awai nak solat dan dinner dulu kat dalam. Kat dalam tak ramai manusia macam kat depan sebab kat dalam ni cuma tinggal penumpang yang akan berlepas saja.

Memang takla banyak pilihan makanan pun tapi kami pilih makan nasi ayam jela.

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Gold Coast penuh dan hampir 90% adalah omputih dan kebanyakannya org Australia. Jadi orang Malaysia sekarang kena berebut beli tiket murah dengan orang Australia sekali, banyak pula saingan.
Alhamdulillah setelah 9 jam penerbangan  kami akhirnya mendarat ke Gold Coast.
Semua penumpang kena turun dan bawak sekali semua harta benda xleh tinggal dalam flight.
Kemudian kena beratur melalui ke hall transit. Jangan silap laluan ke arrival tau sebab laluan 'arrival' untuk penumpang yang turun ke Gold Coast saja. Jenuh jugak 2, 3 orang yang silap laluan kena dok pusing patah balik ke laluan yang benar. Tapi jangan risau banyak papan tanda transit Air Asia New Zealand.

Sekali lagi kita kena melalui pemeriksaan security. Kesian sangat dahla ngantok gila kena buka kasut, tali pinggang, dan percayalah security di Australia memang ketat bertabah jelah walaupun kita hanyalah transit. Memang ramai penumpang yang dok menyumpah2 sebab pemeriksaan di Australia sangat annoying. Lagipun kami kan dah lalui semua security sebelum berlepas dan kena pula sekali lagi. Lagipun kan bukannya kita minta nak masuk Australia pun. 

Niat di hati nak rilex2 guna wifi di Gold Coast tak berkesampaian sebab baru lepas security dah kena panggil balik masuk flight. Bayangkan kalau transit kata sejam 15minit tu tak bermakna apa2 sebab kami ambik masa tu untuk beratur lepas security SAHAJA. Time announce kena naik flight balik, mana yang pi toilet pun kelam kabut mak enon keluar balik. Yang air semua kena rampas sebab pemeriksaan tadi, dok isi air botol balik pun kelam kabut semuanya. Yala kan bayangkan beratur lama kat security, beratur panjang ke toilet dan beratur panjang ambik water cooler pula. So memang la kelam kabut kot. Lepas tu depa dok announce 2, 3 kali panggil penumpang2 sebab ramai tak masuk flight lagi.

Kalau sesapa nak berselfie pun kat papan tanda ni je kot pastu dah masuk balik dalam perut flight.



Bila dah masuk balik dalam flight, rasa lega gila. 
Tenang jiwa juga sebab ramai aussie yang turun dan banyak la seat yang kosong. Kawasan tengah semua pakat pindah pakat2 dok tepi tingkap la sebab nak tengok view New Zealand.

3 jam kemudian kami pun mendarat di Auckland. Time ni hati teruja sungguh. Dari view atas dah nampak keindahan yang bakal nak kami terokai ni. Subhanallah....

Alhamdulillah syukur....maka pengembaraan bermula....

Kat airport memang ada 2 tempat untuk muslim prayer room tapi jangan terkejut sebenarnya bukan ada room pun. Yang ada hanyalah hamparan karpet di kaki lima. Alhamdulillah syukur, ada juga tempat nak solat. Siap ada arah kiblat dan quran.

Maka episod seterusnya bermula Day 1 di bumi kiwi.....nantikan...

Expenses:
Tree Boutique Hotel Shah Alam = RM98
ERL Putrajaya - KLIA2 = RM18.20/2org
AAX KL-Auckland include tax = RM1,420.00/2org
TOTAL = RM1,536.20
.......to be continued

 kiwi road trip
One couple, one car, one unforgettable road trip around New Zealand.

4 ulasan:

Azra berkata...

yeahh dah ade entry pasal AAX ke NZ
seb baik mention pasal security check kat GC tu .. nampaknye kene cecepat turun and cecepat que ... sejam lebey transit kat GC tu sangat sekejap
tgh plan utk trip bulan 8 nanti :)

Noor Hafirdaus berkata...

Itula nak buat cepat2 entry ni takut lupa tapi kebzian melampau tu yg tertunda lama nak habiskan. Jangan jemu na tunggu entry seterusnya

Nora Zera berkata...

Hye sis..maaf sy nak tny..u naik AA transit gold coast kan
1)perlukan visa x nak msuk gold coast coz flight strsnye sejam lebih je kan
2) baggage semua perlu cek out and cek in semula ke masa di gold coast
Tq

Noor Hafirdaus berkata...

Hi Nora,

1- Kita tak perlukan visa kalau transit nak ke NZ. Seperti yang saya cita dalam entry ni, walaupun masa kita tengok sejam lebih tapi sebenarnya kita rushing gila tak cukup masa sebab:
- beratur panjang ke security check nak masuk transit hall tu (security Aussie ni lebih ketat dari Msia sampaikan bag saya lembab kat bawah tu dia kata saya sorok air dalam bag. Lepas punggah tuang semua isi dalam bag tu baru dia puas hati dan barula nampak bawah bag tu lembab)
- dah semua air kena rampas masa security check, kita kenala top up balik air kan. Beratur panjang pula nak tadah air kat water cooler tepi toilet
- time ni la selesa sikit nak ke toilet buang2 apa2 patut dan perbetul tudung ka apa sebab toilet yang luas dan selesa
-pastu masa dalam toilet juga xsempat nak membuang diorang dah announced kena masuk segera dlm flight (kesudahannya memang membuang dalam toilet kapal terbang la kan)

2- baggage tak keluar pun dari kapal terbang cuma kita dan barang2 hand carry je. Bag saya yang kena tuang tu backpack yang handcarry punya