Klik sini

Selasa, 27 Oktober 2015

Green Tea Ice Cream

Best Blogger Tips

Assalamualaikum dan selamat pagi.....

Memandangkan cerita pasal trip Jepun pun dah selesai. Kali ni saya nak buat ice cream green tea yang macam saya makan dekat Kyoto. 

Bermulala pencarian dan google sana sini untuk mandapatkan resepi pembuatan ais krim ni. Tak susah pun nak buatnya cuma yang susah nak cari green tea atau dikenali juga sebagai uji matcha. Benda ni cuma boleh beli kat kedai bakery saja. Kat supermarket memang tak pernah jumpa lagi la.

Saya mulanya malas nak letak telur tapi akhirnya terpengaruh guna juga telur dalam bahan ni. kuning telur ni fungsinya sebagai stability kepada tekstur ais krim dan tentula rasanya lebih berkrimi.

Mula2 pembuatan, kena asingkan kuning telur dan putih telur. Putih telur ni saya akan buat macaron. Kita cuma guna kuning telur saja.

Macam saya cakap sebelum ni, bahan2 mudah saja. Saya guna whipping cream jenama VIVO 2 cup + 3 sudu serbuk green tea + 3 biji telur + secubit garam + sedikit gula kalau nak rasa manis sikit (tak letak pun xpa sebab whipping cream sendiri dah manis)

Saya didihkan semua bahan kecuali telur. Bila adunan dah didih saya ambil sesenduk dan campur dengan telur sehingga sebati. Kemudian adunan telur tu, saya campurkan dan didihkan dalam periuk. Masa ni kena sentiasa whisk or kacau supaya mengelak daripada telur jadi berketul dalam adunan ni.

Apabila adunan dah jadi pekat dan licin, saya tutup api dan tuangkan dalam bekas. Kemudian saya tutup dengan plastic wrap macam ni. Ini supaya bila saya sejukkan dalam peti ais, kristal ais takkan terbentuk di atas permukaan ais krim ni.

Apabila adunan dah sejuk, saya masukkan dalam ais krim mesin dan putar sampai gebu.

Ini rupanya yang belum gebu lagi.

Kemudian adunan ais krim ni tuang dalam bekas dan bekukan semalaman atau sekurang2nya 4 jam. 

Selamat Mencuba dan Menjamu selera!!!!

3 ulasan:

Rizziela berkata...

sedapnya...sy suka makan ice cream green tea

Zara berkata...

Oh my! You did your own matcha green tea ice cream? Phewww! Respect gile!

Noor Hafirdaus berkata...

Sebab suka sangat dan susah sangat nak beli kat pasaraya. Yang ada jual pun jenama Baskin Robin dan Haagen dazs, tu pun mahal gila