Khamis, 21 Februari 2013

Oh Medan, Indonesia....DAY 1


Cuti semester bermula lagi dan tiba la saat nak menggembirakan hati dengan melancong pula. Kali ni takla jauh sangat cuma 40minit je perjalanan melalui laluan udara. Sepanjang cuti ni saya dan mr.soulmate bz je memanjang asyik ulang alik kedah-kl-kedah sampai rasa baju-baju kena hantar dobi sebab tak sempat nak membasuh dan menjemur baju. 

Macam biasa saya dapat tiket murah ke Medan, Indonesia untuk dua orang pergi balik semua harga RM200. Kiranya harga sorang untuk sehala RM50 kira murah jugakla sebab dah termasuk tax, luggage bagai. So kali ni punya persiapan pun tak beriya sangat macam ke Perth bulan Ogos lepas. Tak study apa pun even hotel pun tak cari. Saya cuma minta nombor telefon supir dari teman saya yang pernah ke Medan mudah-mudahan supir tu boleh menyenangkan keadaan. 

Lagi membuatkan saya tak dak semangat sangat nak ke Medan bila saya terBELI tiket ke Seoul untuk musim bunga bulan april ni. Semangat nak ke Seoul lagi berkobar-kobar sebab saya dapat tiket murah juga untuk 2 orang pergi balik lebih murah dari harga ke Perth haritu. Walaupun esok nak berangat ke Medan tapi saya masih sibuk baca-baca review hostel dan guest house kat Korea. Even supir pun saya tak call lagi.

Oh ya ni kali kedua saya datang ke Indonesia. First time datang saya ke Surabaya tapi sebab dok rumah orang dan orang Indon juga yang bawa berjalan semua takla rasa susah dan mencabar macam kali ni. 


Berbalik pada hari pertama di Medan, saya menaiki flight dari Bayan Lepas, Penang. Memandangkan flight pukul 7.25pagi. Saya dan mr.soulmate bangun pukul 2pagi ok dan baru nak terhegeh siapkan bag dan terus bertolak dari Kedah dan sampai ke Penang International Airport lebih kurang pukul 4.30pagi. Masing-masing masih mamai lagi kot sebab rasa macam tak cukup tido je. Sampai kat airport baru la nak check-in guna mesin air asia tu dan ber'sahur' kat KFC. Alhamdulillah tak delay pun so sampaila kami kat bumi Medan pada pukul 7.25 pagi. Jangan kata saya mamai guna pintu suka hati doraemon pula ok sebab waktu bertolak pukul 7.25 pagi dan waktu tiba pun 7.25 pagi. Sebabnya Indonesia kan lewat sejam dari jam Malaysia sebab tu masa perjalanan ni macam masa tak bergerak je kan. Kang balik nanti rugila untuk 2 jam.

Masa nak mendarat tu saya takut gila kot sebab flight landing betul-betul atas bumbung rumah orang rasa macam dah nak berlanggar rumah orang kot. Bayangkan kedudukan airport ni di tengah-tengah kota Medan dan lapangannya pula di kawasan perumahan, menakutkan okeh. Rupanya memang dah pernah terjadi kes flight langgar rumah-rumah area tu. Kalau nak tau berita flight terhempas di Medan silala klik dan baca Penerbangan 091 Mandala Airlines
  hehehe kalau saya baca berita ni awal mesti saya cancel percutian ni biarla burn tiket ni sekali pun tapi malangnya saya dapat tau masa saya dah berada di Medan.



Alhamdulillah selamat mendarat walaupun cuak jugak la sebab flight nak touch down tu dekat sangat sangat dengan bumbung rumah-rumah kat sini

Lepas beratur cop passport apa yang patut saya pun telefon supir iaitu supir saiful. Tunggu punya tunggu Saiful tak datang lagi, peminta sedekah ramai dok berkumpul kat kami siap cakap "Bagi 5 ringgit pun jadila". Hemoi hemoila ingat aku cap duit ka apa, dulu masa saya keja jual tiket malam-malam tu nak dapat 5 ringgit kena keja selama 2jam ok. Adoila baru tak sampai sejam kat bumi Medan ni dah rimas dah orang mai dok minta duit je. Saya pandang mr.soulmate dan cakap "jom kita beli tiket balik Malaysia balik, tak tahan dah walaupun tak sampai sejam kat sini".

 Sabar bebanyak dan berdoa agar supir saiful cepat sampai dan tetiba mr.soulmate pusing belakang dan nampak orang pegang kertas tulis nama saya. Lega hati tapi malangnya supir tu bukan saiful. Saiful bawa rombongan orang lain, yang datangnya ialah bapak rahmat. Geram sangat sebab saiful tak cakap pula ada orang lain yang gantikan dia tapi disebabkan sangat annoying dok lama-lama kat airport tu, malas nak cakap banyak kami pun ikut jela bapak rahmat. Time tu doa dan tawakal jela sebab saya dah rasa macam tak sedap hati.

 Dari Airport Medan kami dibawa oleh bapak Rahmat ke Berastagi selama 3jam iaitu dengan halaju sepanjang perjalanan 40km/j. Nak muntah punya tak tahan slow gila bapak rahmat drive. Jalanraya takla teruk sangat ala-ala jalan macam nak pergi Wang Kelian or Gunung Jerai je. Sepanjang jalan tak dak wow faktor lagi dan saya dapati sepanjang jalan ni banyak gereja, masjid tak banyak pun jumpa. Kedai babi panggang bersepah-sepah sepanjang jalan, sampai jumpa pakcik yang bawa babi kat sebelah dia.

Bapak Rahmat berenti sebab kami belum breakfast lagi dan kebetulan saya memang beli 3biji burger mc D kat Penang Airport. Kami berenti makan kat warung Penatapan, banyak monyet muka garang-garang dok lepak kat sini. Takut pula saya sebab kang dia mai rampas burger kat tangan ni. Saya pun bagi burger mc D kat bapak rahmat untuk makan sekali dengan kami. Bapak Rahmat cakap kat kami "Apa ni, halalkah?" mashaallah takkan kami nak makan makanan haram pula, tak nampak aku yang bertudung litup ni kah? kemudian bila cakap halal semua dia cuma makan bahagian roti saja, telur dan chicken ham tu dilemparkan bagi monyet makan. Saya pandang mr.soulmate, alahai sayangnya dahla burger ni kalau ambik ala carte mahal. Risau tak halal la kot, biarla malas nak layan dah.
 
 Dalam perjalanan nak ke Berastagi, bapak rahmat singgah ke taman strawberry. Saya masih takdak perasaan tapi disebabkan kesian kat bapak rahmat yang beriya-iya, saya seolah-olah macam berlakon jadi excited, memang fake gila kot. Demi nak menjaga hati supir kami, saya and mr.soulmate turun la kutip buah strawberry dalam kehujanan. Hujan renyai-renyai je pun bukan lebat mana. Nasib baik strawberry kat sini besar-besar dan manis ala-ala rupa strawberry yang saya beli kat Denmark, Australia nak kata cameron highlands memang jauh sekalila. Harga strawberry yang saya kutip ialah 30ribu iaitu sebnayak 200g. Harga agak mahal kan, baik beli strawberry korea kat jusco lagi murah.
 
 Bapak Rahmat teruskan perjalanan dan singgah ke kuil Budha di Berastagi. Hairan saya takkan nak bawa kami masuk kot, rasanya wat siam kat bulatan Teluk Wanjah, Alor Setar lagi besar 3kali ganda tapi tak terasa nak masuk melawat pun. Disebabkan bapak rahmat dah beriya-iya ceritakan sejarah kuil ni dia cakap cantik gila kat bahagian dalam, kami pun sekali lagi fake macam teruja juga. Apa yang saya tak berapa suka pasai kuil ni ialah banyak gila speaker kat kawasan ni dan kedengan mentera budha segenap alam kat sini. Sampaikan saya agak terkejut bila mentera diulang-ulang sampai ada beberapa pelawat yang saya rasa bukan agama Budha pun terikut-ikut menyanyi dengan mentera yang berkumandang ni. Disebabkan saya dah tak sedap hati tambah-tambah masuk kuil pula dengan alunan mentera macam ni, tetiba hujan turun lebat, dalam hati saya syukur sangat bolehla kuar dari sini dan sambung perjalanan ke lain pula.
 
Inilah pokok passionfruit yang saya suka sangat dengan buahnya. Suka buat passionfruit yogurt cheesecake. Buah yang masak banyak berguguran kat tanah. Ada sign juga kat sini 'dilarang memetik buah markisa'. Nak cari pokok ni nak tanam kat rooftop rumah baru nanti mesti best sebab teduh je. 

 Akhirnya sampai juga Berastagi yang famous dengan pasar buahnya. Kata orang tempat sini sejuk tapi sejujurnya saya rasa panas sangat. Bila saya cek suhu kat sini rupanya 30C. Mak ai....heran saya kenapa semua pakai baju sejuk tebal-tebal, saya pun samala pakai jaket padahal panas gila. Tak paham apa yang sejuk tempat ni yang diperkatakan sangat. Kalau kata 30C tu sejuk ok takdak apa nak cakap dah.
 
 Kemudian kami dibawa lunch kat kedai makan yang katanya sangat famous dengan pelancong asing. Rasa masakan macam biasa saja masih belum WOW tapi WOWnya bila nak bayar sebab harga makanan kami dua ialah 104ribu bersamaan dengan RM35. Lauk yang ambik cuma ayam bakar, ayam masak hijau dan sayur brokoli goreng. Sebelah malamnya pula kami decide nak makan jagung saja sebab kata bapak rahmat jagung kat sini sangat enak. Kami memilih makan jagung rebus saja sebab rasa lebih bersih sebab jagung bakar, terdedah kat luar lama dan grill dia macam tak berapa nak bersih sangat. Harga jagung rebus ni 2 batang 8 ribu bersamaan RM1.40 sebatang, mahal kan jagung kat pasar malam pun baru seringgit sebatang. 

 Disebabkan kami masih tak book mana-mana hotel lagi malam ni, bapak rahmat bawa kami ke satu hotel ni namanya CT Inn. Yang peliknya sebelum nak sampai hotel ni ada lagi hotel-hotel lagi tapi dia tak berenti pun even nak tanya ada kosong ke tak. Bila sampai hotel ni pula dia suruh kami tunggu dulu and dia sorang masuk dulu kat receptionist. Kemudian dia datang balik dan cakap semua bilik dah penuh dan nasib kami cuma ada 1 bilik je kosong sebab Imlek (Chiness New Year). Kami dah rasa pelik sebab nampak hotel ni sunyi sepi dan cuma kami dua je pelanggan kat sini. Hotel ni semalam 375 ribu bersamaan RM125, mahal dan memang melebihi budget tapi kami pun malas nak cakap banyak, bayar jela.
Disebabkan rasa curiga saya kat bapak rahmat ni menbuatkan saya bertanyakan sekali lagi harga dekat mamat lain yang bukan berurusan dengan bapak rahmat ni dan mamat tu kata bilik kat sini semalam 200 ribu. Terus mamat yang awal-awal tadi datang mencelah dan perbetulkan cakap kawan dia ni. Wah nampak benor mohongnya takpa la awak buat kat saya esok-esok orang lain buat kat awak pula. 

Memang tepat jangkaan saya, bilik hotel ni cuma saya je customernya. Mana ada customer lain dah bilik lain semua kosong. Geram kan tapi disebabkan kami datang ni taknak stress stress kami cuma sedaya upaya untuk enjoy je. Memang kalau fikir pasal penipuan ni walaupun sekupang pun tapi kalau kena tipu memang geram sangat. Kadang-kadang kita tak kisah nak berbelanja lebih asalkan dapat hiburkan diri sendiri tapi kalau ada orang menipu terus rasa down sangat. Sebenarnya di awal perjanjian saya dengan supir saiful ni saya bayar RM550 untuk 3hari supir termasuk semua sekali parking, entry fee dan petrol tapi setiap kali nak masuk mana-mana minta duit lain dan asal berenti kereta mesti kena bayar parking dan minta lagi duit. Rimasla nak kuarla duit 2,3 kali nak bayar, apasal tak cakap caj lebih je kan senang takyah nak bayar semua dah. Disebabkan supir yang bawa ni orang tengah jadi susah betulla nak komplain apa ke, terpaksa ikut jela. Buatnya nak cakap banyak dengan depa ni kang tak balik Malaysia pula kami. Memandangkan kami ni berjaga dari pukul 2pagi lagi memang penat gila dan otak minta di hibernate je.

Malam tu sebelum berpisah dengan bapak rahmat, dia minta duit penuh sebanyak RM550 kat kami, cuak dah saya ye tak kalau dia tinggalkan kami terus kat sini macam mana?lepas tu mr.soulmate nampak muka saya yang risau ni, dia cakap "kita bayar jela, semua ni base on trust jela, doala agar takdak benda buruk berlaku". Apa pun semuanya saya percayakan mr.soulmate. Tunggu dan lihat sajala apa yang bakal berlaku esok.
Kenapa tak ada orang jujurkah di Medan ni?terdesak sangatkah nak mencari rezeki sampai kena menipu?  Inila percutian yang paling mencabar sekali sebab sepanjang masa kena hati-hati, tak selamat langsung.

Sabtu, 9 Februari 2013

Spaghetti Pesto with Turkey

*Sekarang ni saya dalam perjalanan dari International Airport Penang ke International Airport Polonia, Medan. Doakan perjalanan kami di Medan semuanya selamat, amin. Nantikan pula entry pengembaraan kami di bumi Sumatra. 
Entry ni masak minggu lepas tapi set schedule untuk post hari ni. Selamat mencuba......
 

Kembali dengan spaghetti pesto hehehe saya memang suka sangat dengan pesto. Apa tu pesto?pesto ni mix daun basil+mint+cheese+garlic+pine nut.
Rasa pesto ni memang kena dengan tekak saya kot. Lagi satu sebab saya memang big fan of basil dan mint. Kalau makan ayam tandori kat kedai mamak mesti minta tambah kuah mint sebab sedap.

 Inilah bahan-bahan masakannya. Pesto kali ni saya beli yang siap dalam botol punya sebab susah nak cari daun basil kat sini. Proteinnya saya guna daging turkey yang saya beli kat kedai bakery. Lain-lain bawang dan mushroom.
 
 Sementara saya rebus spaghetti, saya masak dulu turkey ni. Dengan guna butter saya tumiskan bawang dan kemudian masukkan mushroom dan turkey. 

 Spaghetti yang dah siap rebus tu saya gaulkan dengan pesto. Kalau nak extra cheese boleh parutkan parmesan cheese atas spaghetti yang panas-panas, mesti lebih sedap.
 
Ha dah siap, mudah kan. Kalau nak resepi pesto boleh klik di sini dan di sini

Selamat mencuba.

Jumaat, 8 Februari 2013

Passionfruit Yogurt Cheesecake



Hari minggu lepas saya terima tetamu istimewa x-colleaque dulu. Saya pun nak jamu dia makan kek favourite saya ni iaitu non-bake cheesecake. Memang saya suka sungguh buat kek ni sebab tak yah nak masak dalam oven, chill dalam peti ais je and rasa macam ais cream. Resepi yang sama juga saya buat macam sebelum ni tapi bahagian bawah tu saya letak kek tapi kali ni saya letak oreo yang dimampatkan. Resepi yang sebelum ni klik sini.

 Alahai ada juga orang tak kenai apa tu passionfruit or bahasa melayu nya kata buah markisa, ish ish....
 Buah ni saya beli kat uncle yang jual kat street market, curve damansara. Jauh sungguh beli buah. Kebetulan saya ada banyak urusan yang kena selesaikan di JPA,  dan saya singgahla jalan-jalan kat curve sebelum balik tu. Kat kedah ni saya tak jumpa lagi orang jual buah ni tapi pokoknya banyak orang tanam kat sini.



 Sampai je kat rumah, saya pun startla membaking eh tak baking sangat la kek ni. 
Layer bawah sekali tu saya guna biskut oreo yang dihancurkan bersama krim dia so saya takyah la guna melt butter sebab krim dia akan buat oreo ni padat dalam loyang ni dah. Lepas padatkan oreo, simpan kejap dalam peti ais selama 30 minit. Sementara tu start buat lapisan kedua.

Layer tengah pula saya mix whipping cream+yogurt+cheese+gula+gelatin. Caranya saya masukkan 250g cream cheese dulu dalam mixer pukul sampai gebu then baru masukkan 1 cup vanila gula. Bila dah gebu rupanya baru saya masukkan whipping cream dan yogurt. Sementara dalam bekas lain saya guna sepeket gelatin jenama halalgel dan 3 sudu air panas, biar larut. Kalau tak larut saya panas kejap dalam microwave gelatin tu. Kemudian masukkan gelatin dalam adunan dan cepat-cepat kacau dan tuang atas lapisan oreo tadi. Simpan semula adunan ni dalam peti sejuk dan seterusnya buat pula lapisan atas sekali.

Top layer pula saya guna buah markisa+gula+gelatin. Gelatin pun serupa nak buatnya macam tadi. Dalam mangkuk saya campurkan buah markisa dan 1/4 cup vanila sugar. Kemudian saya campurkan gelatin bersama buah tu. Seterusnya saya tuangkan perlahan-lahan agar lapisan tengah tak pecah. Kemudian saya simpan kek ni kat bahagian frozen semalam. Barula jadi macam ais krim kan hehehe

 Bila guna loyang spring form ni, selalunya lapisan atas tu akan meleleh kuar. Seeloknya lapikla loyang ni kalau tidak habis peti ais.

 Awal-awal sesudah subuh juga saya jenguk tengok kek ni. Tadaa dah beku dah lehla potong makan.

 Inila bahagian saya makan, beriya nak buat and makan tapi tak banyak mana pun makan, kesudahannya dok kalut bagi kat orang la kek ni sebab tak habis nak makan.

Memandangkan lapisan atas tu masih ada lebihan, saya simpan je dalam peti ais dan jadila jeli passionfruit.

Selamat Mencuba.

Khamis, 7 Februari 2013

Udon Goreng


Dinner malam ni makan udon jela. Percaya or tak satu mangkuk udon ni saya dan mr.soulmate tak mampu nak habiskan bukan sebab tak sedap ke apa tapi terlalu kekenyangan. Mi udon ni saya makan 5 urat je dah kenyang sangat-sangat, tak tau pasal apa mungkin mi udon ni kembang dalam perut kot. Makan separuh mangkuk dinner dan sambung separuh lagi breakfast esok pagi, boleh pula lagu tu. 

Bahan-bahan dalam udon ni ialah ubi bit, brokoli, mushroom, carot dan daun cilantro (daun ni orang selalu masak dalam tomyam sebab bau wangi dia). Lain-lain bahan macam nak buat mi goreng je iaitu garlic, bawang, kicap, sos lada hitam, garam dan gula.

Saya dah beberapa kali dah masak udon ni boleh klik di sini, sini dan sini.

Selamat mencuba

Rabu, 6 Februari 2013

Brownies Red Velvet


 Mr.soulmate request brownies marble cheese untuk makan-makan kat opis dia pastu saya cadangkan apa kata buat eksperimen daripada chocolate brownies kepada red velvet brownies pula sebab kebetulan saya buat tempahan kek red velvet juga. Mr.soulmate pun happy je nak rasa percubaan baru ni, so saya pun start la membaking kek ni.
Tak sempat nak merasa kek ni huhu sedih. Kena tunggu kelas start kalau nak buat kek ni sekali lagi sebab ada kawan-kawan boleh habiskan kek.  

Resepi seperti di bawah

  RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan utk brownies:
2 1/2 cawan (250gm) tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan (113gm) minyak canola
1 1/4 cawan gula castor
2 biji telur A
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu besar pewarna merah
1 cawan susu fresh
2 sudu besar perahan lemon/limau nipis

Cara:
Panaskan oven dgn suhu 180C.
Alas loyang 10" x 10" dgn baking paper dan lebihkan bahagian tepi utk memudahkan proses mengeluarkan brownies.
~ ~ ~

Masukkan perahan lemon/limau nipis ke dalam susu fresh dan kacau sedikit.
Biarkan selama 5 - 10 min. (kaedah ni menghasilkan buttermilk)
Masukkan pewarna merah ke dalam bancuhan susu dan kacau.
Simpan kejap dalam peti sejuk
~ ~ ~
Ayak tepung gandum bersama baking powder dan serbuk koko dan garam. Ketepikan.
Dengan menggunakan handwisk, kacau gula bersama minyak canola sehingga gula sedikit larut.
Masukkan telur dan kacau lagi hingga sebati.
Masukkan pula esen vanila dan bancuhan susu/buttermilk tadi. Kacau sebati.
Masukkan tepung yg diayak tadi dan kacau.
Dalam bekas lain campurkan cuka bersama soda bikarbonat dan cepat-cepat tuang dalam adunan kek(jgn overmix)
Tuangkan ke dalam loyang dan ratakan. (tinggalkan lebih kurang 2 - 3 sudu besar dan masukkan ke dalam piping bag/bag plastik bersih, utk mencorak bahagian atas topping/cheese)
Bakar selama 20 min menggunakan api atas bawah (atau sehingga bahagian atas masak sedikit)
Keluarkan dr oven dan tuang bancuhan lapisan cheese ke atasnya. Ratakan.
Gunting bucu piping bag/bag plastik dan paipkan secara melintang sehingga habis ke atas adunan cheese td.
Lorekkan secara ulang alik menggunakan lidi bersih.
Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar lagi lebih kurang 15 - 20 min.
Keluarkan dr oven dan biarkan sejuk. sebelum dipotong.

Bahan utk lapisan cheese:
250g cream cheese
3/4 cwn gula castor
1 biji telur gred A
5 sudu besar susu fresh

Cara:
Pukul cream cheese hingga gebu dan masukkan gula.
Pukul lagi hingga sebati.
Masukkan pula telur dan susu fresh.
Pukul hingga kembang dan ketepikan.

Memandangkan saya lupa sungguh nak simpan sikit adunan kek untuk buat corak atas kek ni, saya taburkan kek yang dihancurkan atas cheese. 

Selamat mencuba.

Selasa, 5 Februari 2013

Tortilla roasted chicken with pesto sauce


Menu berkhasiat hari ni adalah tortilla bersama ayam panggang dengan bergravykan pesto. Pesto ni color lain sikit sebab saya campurkan red bell pepper dalam tu dan rasa dia manis sikit sebab red bell pepper ni rasa dia memang manis walaupun nama je pepper.

Inilah bahan-bahan untuk sos pesto ni. Saya blend garlic+daun mint+daun basil+garam+black pepper+chedar cheese (sebab tak ada parmesan cheese)+olive oil+red bell pepper. Pine nut tak ada sebab tak jumpa kat market sini.


Lepas blend semua baru saya masakkan atas api sampai pekat or sampai masakla.


Semalam cara mr.soulmate roasted chicken masak seekor dalam oven kan. So, hari ni cara saya roasted chicken pula saya suka goreng dulu atas pan seterusnya baru panggang dalam oven. Bahan marinate pun tak sama sebab saya kalau marinate ayam wajib ada serbuk paprika dan cayenne pepper sebab entahla bagi saya la kalau masak ayam campur sikit paprika rasa dia lebih sedap dan bangkit. Apa-apa pun terpulang selera masing-masing ikut bahan apa yang kita rasa suit together kan. Yang nampak macam daun tu adalah fresh tyme. Saya suka bau tyme dalam ayam juga. Banyak la pula saya letak tyme kan hehehe jangan ikut perangai macam saya yang tak suka bazir sebab kalau tak guna tyme sekarang nanti tyme ni rosak je dalam peti ais.
Macam saya buat daging stew sebelum ni juga, saya akan goreng dengan minyak yang sedikit saja dengan api kuat nak bagi kulit luar garing kemudian masukkan dalam oven selama 45minit dengan suhu 200C

Inilah hasilnya bila kuar dari oven.


Apa yang saya suka bila guna teknik ni ialah jus dalam ayam ni banyak sangat sebab bila kita goreng awal-awal tadi, kulit dia dah jadi keras dan halang air meresap kuar bila dalam oven tu. Sebab tu isi ayam or daging bila guna cara ni sangat empuk dan kuar jus yang banyak.

Antara banyak-banyak tortila pula saya suka rasa garlic tortila sebab sedap. Kalau nak buat taco sendiri kat rumah pun senang je, tortila ni potong jadi tiga segi and goreng, dia akan jadi macam chip. Kuah taco pula biasanya sos bolognese dan cheese. So cicahla tortila goreng tu dengan gravy bolognese dan jadila taco.


Memandangkan saya dan mr.soulmate je makan so saya suka beli salad yang ada sekali dengan akar dia sebab tahan lebih lama. Salad ni walaupun dok dalam peti ais seminggu pun masih segar, tak layu. Salad or sayur yang segar tak dimakan dek ulat ni kena hati-hati sikit sebab mungkin masih ada racun kat daun. seeloknya daun salad ni rendam dulu dalam air garam dan bilas bersih-bersih sebelum makan.

Saya letakkan avocado sekali dalam salad ni. Buah avocado ambik dari pokok rumah member kat Kelana Jaya. Lebat sungguh buah avocado pokok dia, sedap pula tu.

Selamat mencuba.


Isnin, 4 Februari 2013

Roasted Chicken


 Roasted chicken lagi sebab last time mr.soulmate buat masih terasa keyummiannya so kali ni request lagi roasted chicken kat mr.soulmate.



 Sebelum nak roasted chicken ni kenala marinate dulu ayam ni. Bahan-bahan marinate ialah tyme+rosemary+basil leaf+sos black pepper+sos plum+oregano+salt+mustard. Marinate ayam ni sekurang-kurangnya 30minit supaya bahan-bahan ni meresap dan sebati dengan ayam.

 Tak lupa juga bahan-bahan stuffing nya iaitu carot+leek+garlic+bawang besar+saderi+lemon


 Sesudah roasted, lemon yang disumbat ni perah atas ayam pula untuk rasa masam sikit. Kalau tak suka tak payah perah airnya. Lemon yang disumbat tu untuk dapatkan aroma lemon dalam ayam tu.

 Ayam ni dibakar dengan suhu 220C selama 1jam 30minit.


 Selamat mencuba.