Isnin, 28 Februari 2011

Nasi Ulam Kedah bersama Roasted Chicken

Hampir dua tahun diperantauan saya cuma jumpa nasi kerabu kelantan je jual di mana-mana, nasi color purple tu. Lepas tengok  Best Wan dalam AFC terus lapar nasi ulam Kedah huhuhu dahla lama tak balik Kedah, rindu la pulak hehehe.....
http://www.asianfoodchannel.com/bestwan/viewrecipe.php?id=26



Bahan-bahan nasi ulam, 
beras (sudah semestinya), ikan bilis, ikan kembong (lebih kurang 3 ekor atau secukupnya), udang kering, kelapa parut (nyior mesin), semua bahan ini perlu di goreng kering dan dikisarkan. bagi ikan kembong, ambil isi sahaja dan dikisarkan juga. Sambal belacan, bahan-bahannya, cili merah (cabai masak), cili hijau (cabai melaka), belacan, garam, dan limau nipis. Semua bahan ini ditumbuk atau dikisarkan. Ulam-ulaman seperti, pegaga, bunga kantan, serai, daun kunyit muda, daun sekentut, pucuk putat, pucuk gajus, daun kesum, daun selasih (basil), daun limau perut, ulam raja, daun kaduk dan pelbagai ulam yang dirasakan bersesuaian. Antara bahan-bahan lain, bawang merah (secukupnya), limau nipis atau limau kasturi, lada hitam dan garam secukup rasa. Ulam-ulaman dan bawang perlu dihiris halus.

Cara-cara:
Masak nasi (bersesuaian dengan orang), setelah masak, lerai nasi (hancurkan/ macam buat nasi goreng), biarkan sejuk.
Goreng kering kelapa parut sehingga berwarna perang, kisarkan hancur.
Goreng udang kering, ikan bilis dan kisarkan juga.
Ikan kembong digoreng garing (lagi sedap), ambil isi sahaja dan kisar.
Sambal belacan (cili merah, cili padi dan belacan yang telah ditumbuk bersama garam secukup rasa dan diperahkan limau nipis)
Ulam-ulaman ( pegaga, bunga kantan, serai, daun kunyit muda, daun sekentut, pucuk putat, pucuk gajus, daun kesum, daun selasih (basil), daun limau perut, ulam raja, daun kaduk dan pelbagai ulam yang dirasakan bersesuaian) dipotong halus.
Bawang merah dimayang halus.

Masukan nasi kedalam bekas yang bersesuaian, cukup besar untuk digaulkan bersama bahan-bahan lain. Masukan ulam-ulaman dan bawang yang dipotong halus tadi, masukan juga udang, ikan bilis dan kelapa yg telah dikisar tadi. Masukan juga isi ikan kembong yang telah dikisarkan tadi. Campurkan juga sambal belacan yang telah disediakan tadi (secukupnya, boleh lebih jika suka pedas). Masukan garam dan lada hitam kisar secukup rasa. Perahkan limau nipis atau limau kasturi mengikut selera anda (selalunya 2 biji limau nipis @ 6 biji limau kasturi; untuk rasa masam dan bau harum limau tersebut). Gaulkan rata (pastikan rata betul-betul).

ni rupanya ayam yang dah dipotong kecik-kecik

sebelum potong ayam tadi rupanya lepas grill mcm ni la 
 
Ayam Panggang ( cara suami ku)
Bahan-bahan:
Ayam 1 ekor (buang isi dalam; hati, perut;limpa.semua la)
serbuk jintan putih dan jintan manis, lada hitam kisar, bawang merah dan bawang putih dikisar halus, halia, serai, cili padi (2 biji jer) dikisar halus juga. oregano, taim, rosemary, dan sedikit serbuk kulit kayu manis. Madu, garam secukup rasa dan sos tiram. daun limau purut dihiris halus.
Ayam tadi dibersihkan dan ditoskan, untuk kurangkan jumlah air. Masukan dalam bekas plastik (tupperware @ plastik beg yang boleh disealkan semula), Masukan semua bahan-bahan tadi bersama-sama ayam, gaulkan rata. Perapkan sekurang-kurangnya 4 jam (semalaman lagi bagus). Masukan kedalam oven, grill sehingga masak. 

Hidangkan, boleh dipotong kecil atau hidang sekor camtu ja.

Hidangkan bersama-sama ayam panggang (ayam golek pon ok jugak) dan sambal belacan.


Lepas makan nasi ulam ni memang sesuatu kepuasan sangat hahahaha......sebab dah lama mengidam kot. Sebenarnya original resepi ni datangnya dari suami tercinta, kami sama-sama mengidam nak makan nasi ulam kedah. Manala ada orang jual kat sini, so memang kena buat sendiri la semua. 
Ulam-ulam ni kami cari kat pasar malam dan selebihnya kat tesco hehehehe......rupa2nya kat tesco lagi banyak jual ulam dan harga pun lebih murah berbanding kat pasar malam. Semua bahan-bahan tadi suami yang sediakan termasuklah masak dan jeng jeng......tulis blog untuk bahan2 dan cara2nya, melampau betoi saya ni. Apa-apa pun masakan suami memang tiada tolok bandingan, semuanya sedap. Luv u babeh.....

Tiada ulasan: