Jumaat, 7 September 2012

Day 2 Perth, just you and me....- part 2 -

Sambung part 1 gara-gara terlalu banyak pula dok menempek gambar.

Kami pun meninggalkan Albany dengan hati yang berat sekali. Town ni memang tenang ja. National park dia pun menakjubkan. Niat di hati nak singgah kat Denmark bukan Denmark Copenhagen negara kepada penyanyi Micheal Learns To Rock tu ye. Saya set gps ke Denmark tourist information centre untuk dapatkan map free. Kalau nak dapatkan map free, singgahla ke tourist information centre. Kat situ bolehla tumpang toilet, makan ke or beli souvenir. Staf kat setiap information centre sangat bersedia menolong kalau kita perlukan apa-apa sehingga tolong call or book untuk penginapan pun boleh.

Keluar ja dari pekan albany ni boleh nampak padang tenusu kiri kanan jalan. Dari ladang kambing biri-biri ke ladang lembu dan ladang kuda dan seterusnya. Banyak ladang kat sini, binatang pun gemok-gemok belaka. Kalau nak bandingkan lembu kat sini dengan lembu kat Malaysia jauh bezanya. Kat sini lembu dia baka besar sama sebab tu besar semacam. Gambar kat atas tu ladang kuda. Hujan masih renyai-renyai lagi tapi syukurla setiap tempat yang kami singgah hujan berenti sekejap kemudian sambung balik. Alhamdulillah hujan tak lebat, kalau renyai-renyai macam ni masih enjoy dengan view lagi. Layan radio Australia jela, sesekali dengar berita semasa. Depa tak mau pasang lagu raya ka kat radio?



Sepanjang jalan ni banyak sangat nampak signboard kangaroo. Patutla jumpa banyak bangkai kangaroo tepi jalan ni.


Sampai sudah pekan Denmark tapi dia punya information centre under maintenance. Ronda-ronda pekan ni nampak pasaraya Iga, singgah kejapla.


Kat luar pasaraya ni ada tempat untuk customer yang datang dengan anjing, diorang ikat anjing kat luar. Banyak jugakla anjing-anjing kat luar ni tapi pandai, dia tak memberontak pun. Iga ni ala-ala giant kat sini. Saya beli buah strawberry yang dabak punya saiznya dan murah, air mineral, snickers, dan candy untuk driver buat hilang mengantok.

Kat belakang tula pekan comel Denmark. Kecil je pekan ni tak ada traffic light, cuma ada roundabout je macam Shah Alam yang kaya dengan roundabout.
Besar dan manis sangat strawberry ni.



Dari Denmark kami gerak ke Walpole pula. Sepanjang jalan ni pun banyak accommodation dan tempat-tempat menarik untuk tourist. Nampak je kilang chocolate terus singgah la tapi hampa sebab dia cuma buka untuk tourist time cuti sekolah je. Sambung lagi perjalanan.

Ok ada satu lagi kilang menarik untuk disinggah nampak gayanya ni. Jalan nak masuk cuma tanah merah dan memandangkan lepas hujan agak becak dan habis kotor kereta color putih ni.

Lembu ni nampak garang sungguh, kalaula tak ada pagar depan ni mesti dia nak sodok kami dah.
Slow ok drive kat sini, karang terlanggar snail yang crossing jalan ni hehehe

Tanya kat owner kilang ni pasaipa tanda no pig kat sini. Dia kata jangan makan sample toffee macam babi, hahaha.

Inila kilang pembuatan toffee. Toffee ni sejenis candy. Sempat kami beli chili toffee kat sini. Kebetulan masa berenti kat sini sempat lagi berkenalan dengan auntie dan uncle dari Perth bercuti ke Denmark. Seronok borak dengan orang-orang tua kat sini sebab diorang sangat peramah dan diorang tak kedekut share info-info kat kawasan ni. Sekali lagi diorang ingat kami ni orang KL sebab depa pernah ke KL. Bila cakap dok kat sempadan Thailand ja depa macam berminat nak pi kat kawasan utara peninsular Malaysia.

Kat sebelah kedai ni ada cermin kaca yang kita boleh tengok cara pembuatan toffee sendiri. Dah puas ronda-ronda, sambung lagi perjalanan. Next saya set gpc ke Giant Valley, nak masuk dalam hutan pula lepas ni.

Masa nak balik ada 2biji caravan singgah kat sini juga tapi dia ada anjing. Tadi nak masuk kilang ni nampak tanda melarang bawak apa-apa pet kat sini.
Pelik tengok apa  benda tu kat tengah-tengah padang ni rupanya art untuk tontonan umum


Bila nak masuk kawasan hutan ni, banyak nampak tanda ni. Sebenarnya kami bakal nak tempuh hutan tebal dalam ni. Hutan ni masa summer disebabkan terlalu panas , pernah terbakar. Untuk keselamatan para pengguna jalanraya, dia tunjukla rating fire danger supaya kita tak terperangkap dalam bahaya gas dan api kalau hutan terbakar nanti. Memandangkan kami masuk hutan ni time winter, jadi rating dia paling low la.


Hutan kiri kanan

Sepanjang jalan ni banyak nampak bangkai kangaroo dan rabbit tepi jalan. Ada yang dah lama mati, ada yang baru kena langgar. Kesian ja tengok. Pemandu diarahkan untuk bukak lampu bila masuk dalam hutan biar pun siang. Hutan ni adalah national park dan kangaroo pula sangat tertarik dengan lampu kenderaan. Syukurla kangaroo tak berminat nak melompat depan kereta ni. Kalau tiba-tiba mai lompat depan muka bahaya juga.

Memandangkan saya sentiasa buka radio Australia dalam kereta ni. Ada satu berita yang sangat menarik kami dengar. Sebenarnya tourist tak boleh bawa pet kat kawasan tumpuan pelancong sebab diorang ni dah tanam sejenis pokok yang beracun sepanjang jalan kiri kanan ni dan kat national park untuk mengelakkan binatang liar dari hutan mai dekat dengan tourist. Binatang-binatang liar dalam hutan ni secara semulajadi akan jauhkan diri dari kawasan pokok tu dan kawasan yang ramai pelancong sebab depa dah imum dengan bau pokok tu dah. Sementara pet kita yang tak biasa bau pokok ni takut pi makan pulak, matila pet nanti. Itula jawapan kepada persoalan sepanjang saya singgah kat kawasan tumpuan pelancong kat sini di mana banyak nampak signboard tak boleh bawa anjing/kucing kat kawasan tu. Kami legala sebab tak terserempak anjing masa jalan-jalan ni tapi still pelik sebab apa pula takleh bawa pet.


Dah sampai pun simpang ke valley of giant. Masa ni perasaan nak tak nak je masuk sebab saya tak sedap hati bila berada dalam hutan ni. Apatah lagi hutan ni berusia beratus-ratus tahun dan binatang-binatang dalam hutan ni masih terjaga. Pokok kiri kanan sebesar-besarnya, menakutkan kawasan ni macam cerita hantu pula. Mr.soulmate dok tanya nak tak nak masuk, kalau tidak nak patah balik tup tup dah sampai pun tempat parking. Turun jela tapi tak lama pun berenti kat sini.







Pokok giant ni berapala umur dia agaknya


Tak suka dok lama-lama, sibuk saya ajak mr.soulamate teruskan perjalanan. Saya tak suka berada dalam hutan ni sebab perasaan tak tenang. Nak tenangkan perasaan kalau berada kat tepi pantai jela.


Lega rasanya hati dapat keluar dari hutan giant tu. Singgah kat Walpole isi minyak Esso. Kat stesen minyak sini pun masih ada say hello kat saya walaupun saya berada dalam kereta. Orang-orang kat sini suka tegur orang luar.


Bertentang stesen minyak Esso adalah information centre. Masuk dalam tu ada guest book lagi, jangan lupa tinggalkan jejak dalam buku tu. Sempat ambil map free dan apa-apa yang free untuk tourist. Kami pun solat kat sini dulu


Sempat minta air panas kat staf information centre sebab nak makan megi. Dia pun masakkan air panas kat kami. Lunch makan megi jela, sangat jimat dan halal kat sini. Selepas tu kami teruskan perjalanan melalui hutan tebal sampaila ke Augusta. Jumpa lagi bangkai-bangkai kangaroo kat tepi jalan. Kat simpang nak ke Augusta tu nampak ada dua stesen minyak tapi harga yang berbeza. Dari persimpangan tu ke pekan Augusta lebih kurang 6km.


Pukul 4.30petang dah sampai ke tourist information centre Augusta tapi dah tutup. Kat depan dah ada map free dan senarai penginapan sekali no telefon kat Augusta. Bagus kan sebab masa ni kami still tak tau nak tido mana malam ni. Suasana macam nak maghrib dah walaupun pukul 5pm.

Kat belakang saya tu pekan Augusta, sangat comel kan. Harga minyak Caltex kat belakang tu harganya jauh lebih mahal dari stesen minyak kat simpang tadi. Esok pagi kena isi minyak kat stesen minyak simpang tu sebab stesen minyak kat Augusta ni memang mahal.

Ada satu kedai sebelah information centre ni, dok tengah siap nak tutup kedai. Sempat lagi kami tanya kat mana penginapan yang selesa dan murah kat sini. Demand tak?nak yang selesa je tapi semestinya murah. Dia cakap kat YHA belakang ni memang selalu jadi tumpuan tourist kalau datang sini. Sementara matahari tak turun sepenuhnya lagi, kami cadang nak ke cape leeuwin boleh tengok sunset kat sana.


Cape leeuwin dah tutup untuk pengunjung. Cantiknya sunset kat sini dengan angin yang sejuk tersangat-sangat. Pakai selipar je memangla mengigil. Bila time maghrib je tetiba angin sejuk pun datang.



Suhu semakin menurun dan angin semakin kuat. Gila punya sejuk kat sini tapi sunset cantik


Masa kami sampai kat sini dok ambil gambar, posing sana sini, burung seagull ni sibuk je mai dekat macam nak tengok apa yang kami buat. Sampaikan kami nak ambil gambar berdua pun dia datang nak menempek sekali dalam gambar. Saya panggil dia cip cip dan dia datang lagi dekat. Jinak sungguh cip cip ni.


"Cip cip...awak terbangla jauh sikit sampai kat Merbok tau, saya tunggu awak kat sana. Sukala kat awak ni sebab awak jinak dan datang terus dekat saya bila saya panggil awak. Bye bye cip cip saya kena cari penginapan pula ni" Hari dah gelap dan kami kena gerak cepat nak cari penginapan. Dari lighthouse ke pekan Augusta, ada rabbit liar pula dok main lintas jalan anak beranak, nasib baik tak langgar. Laju betul dia lompat.


Seperti cakap orang tu tadi, kami pun carila kat mana YHA tu dan alhamdulillah senang je nak cari sebab memang dok belakang sikit dari information centre tu. Masa tanya kat receptionist tu syukur ada bilik kosong lagi. YHA ni hostel untuk backpacker dan banyak review yang puji melambung tempat ni dan dengarnya rakyat Malaysia pun ramai yang pernah dok kat sini. Bilik yang kami dok ni adalah bilik yang paling mahal sebab private bathroom dan ada balkoni. Malam tu agak kelaparan sebab tengahari makan megi saja. So dinner masak nasi impit dan sambal ikan bilis brahim dalam kettle. Makan atas bag plastik ja longgok semua skali. Sedap gila kot time tu sejuk gedi makan nasi panas dgn ikan bilis saja. Selesai sudah day 2. Sambung esok day 3 nak buat apa pula ya

 EXPENSES DAY 2
Isi minyak Shell kat Albany = $28
Beli air kosong = $4.80
Shopping makanan kat IGA Denmark = $9.77
beli candy toffee = $2.50
Isi minyak kat Esso = $25
Check in kat YHA Hostel = $90

TOTAL = $160.07



Tiada ulasan: